Selamat menyambut perayaan Deepavali 2020 kepada semua penganut agama hindu guys
Pengikut
Memaparkan catatan dengan label Makan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan2. Papar semua catatan
Sabtu, 14 November 2020
Ahad, 23 Julai 2017
Selasa, 8 November 2016
Seoul Garden lagi!
Cerita hari ni..seperti yang dijanjikan dengan Abby nak bawa dia makan dekat Seoul Garden bila birthday dia nanti. Tempat paling dekat yang ada Seoul Garden, Setapak Central je la. Happy belated Birthday Abby.. Maaf abby lepas dua hari baru kami sambut birthdaynya, maklumlah tunggu Ummi cuti dulu baru pergi kan?!
Aku biasa juga makan disini, sebab anak-anak memang suka makan dekat sini, mereka boleh pilih apa yang mereka suka, kemudian masaklah macam mana pun, makanlah banyak mana pun. Nak bakar ke, nak rebus ke, ikut tekak merekalah. Tapi sesekali bolehlah pergi sini, kalau selalu memang tidak dapatlah, botak makcik you! Layan Album Seoul Garden aku ni lagi ye..
Aku biasa juga makan disini, sebab anak-anak memang suka makan dekat sini, mereka boleh pilih apa yang mereka suka, kemudian masaklah macam mana pun, makanlah banyak mana pun. Nak bakar ke, nak rebus ke, ikut tekak merekalah. Tapi sesekali bolehlah pergi sini, kalau selalu memang tidak dapatlah, botak makcik you! Layan Album Seoul Garden aku ni lagi ye..
Alhamdulillah syukur nikmat Allah..
Favorite dia la tu..
Jumpa Lagi..
Rabu, 27 Julai 2016
Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
Assalammualaikum...selamat sore semua...ehh! tetiba lak! ambil mood la katakan. Alhamdulillah rezeki hari ini makan di Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju. Aku dan teman sekerja ku telah dibawa oleh majikan kami untuk makan tengah hari disini. Katanya di Cibiuk ini ada pelbagai jenis sambal, jadi kami ingin mencoba sambalnya itu. Ternyata memang berbeda tiap satu sambalnya itu, dari yang tidak pedas, hingga yang memang ' pedas bangat ' kata temanku yang ada disitu. Tapi bagi aku..orang Negeri Sembilan-Melaka, biasa-biasa aja...masih boleh dimakan dengan selamber je..he..he. Yang pastinya..sedap!!! Inssya Allah kalau ada rezeki boleh kesini lagi ya.
Pada Majikan ku..terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi! Layan Album aku ni dulu ye..
There are part of my life
Terselit lak dia ni..
Disebabkan aku sampai lambat, mereka dah orderkan untuk aku. So aku tak tahu tajuk menu deme ni.. kome layan gambau je la ye..kot lah teringin lepas tengok ni, kome google je la..
Jumpa lagi...
Khamis, 2 Jun 2016
Dinner at Kafe The Nearby Coffee
Assalammualaikum, ini cerita malam semalam, aku and the geng pergi makan malam kat Restoran ni.. Kafe The Nearby Coffee di Rampai Business Setapak. Skrol2 kat facebook, sekali jumpa page Restoran ni, then tengok aikk..cam dekat je ni kan?! Apalagi colling2lah geng makan2 aku, balik kerja terus pergi.
Banyak menu kau! nampak macam Western2 je kan..sekali laksa pun ada daa..! tapi aku tak makan la malam tu. Bagus Restoranya..budak2 muda yang jaganya..melayu lak tu..tanpa ragu aku makan..yang penting sedap..macam homemade daa.. Rasa nak pergi je ni..asyik terbayang meatball dia tu..harga memang berpatutan, kalau tak patut aku tak pergi der lagi kan?!
Jom layan Album aku ni..
ni aku tak ingat nama dia..roti aiskrim la lebih kurang
waffle with aiskrim..ahhh..ranggup waffle dia..
macaroni with black papper meatball
ni set meatball dengan sos blackpapper
nak pergi lagi la..
jom?!!!
Isnin, 21 Disember 2015
Brunch at Seoul Garden
Assalammualaikum...cerita semalam..aku breakfast sekali lunch di tempat kegemaran anak2 di Seoul Garden!!! hu..hu. Alhamdulillah..ada rezeki lebih sikit, dapat la bawa anak2 time cuti Sekolah ni, nak pergi jauh2 kang RM lagi banyak nak guna kan?! RM kat aku ni ala2 je, kejap je singgah kat aku, lepas tu dia bla cari Bos baru..lagi2 Sekolah nak buka ni he..he. So....Kat mana lagi..tempat yang paling senang dan dekat dengan aku..di Fastival City Setapak la.
Kali ni aku pergi dengan anak-anak dan geng tempat kerja.. ni geng yang baru tau.. Ayu dan Ain...geng yang lama dah dapat kerja kat tempat lain, tinggal la aku yang berkarat ni masih di situ dengan staf2 yang baru..sedey! nanti dorang dapat kerja tempat lain lak, tinggallah aku lagi hik..hik.
Seoul Garden Fastival City...makanannya sama je cam dulu, cuma nasip2lah kalau pergi tu, kadang ada benda tu, benda yang ni lak tak de, tapi apa kesah kan, benda lain banyak..makan je la sampai kekenyangan nak jalan pun termengah-mengah kan..he..he..malu I. Tapi inssya Allah ada rezeki nak pergi lagi yeyyyyy.. Layan Album aku semalam ye.
Ketibaan..ketiga-tiga Puteri dihatiku..
Ain dan Ayu serta anaknya
Hari keluarga kamilah ni..penutup 2015..di Seoul Garden kau!
Hmm..sadap!
Jom pergi sama-sama nak?!
Jumpa lagi!!!
Jumaat, 16 Januari 2015
Ke Seoul Garden lagi!
Salam jumaat semua, hari ni anak aku balik yeyyyyyyy! balik hujung minggu je..hu..hu. Bila anak2 nak balik cuti ni, kami mak2 ni start la kan fikir nak buat apa nanti, betul tak?! Sebab terfikirkan dia duk sana, makan minum dia kan, tah teratur ke tak. So bila balik sekali sekala cam ni, aku nak la masak @ buat benda yang dia tak dapat kat sanakan! Teringat sebelum last dia nak balik cuti yang lepas dia dah cakap dah, kali ni dia balik dia nak makan kat Seoul Garden lagi! adusss! Dah syok la tu makan kat situ dulu. Memanglah syok dengar nak makan kat situ..tapi rm..rm..he..he. Alhamdulillah ada rezeki kami waktu itu, Abby pun tak pernah pergi lagi, jadi kesana lagilah kami. Balik kali ni dia tak cakap lagi nak apa2..so kita tengok je lah nanti ye.. Layan album kami ni lagi ye..
Jom Serang!
Beria-ia abby masakan untuk kakak2nya
Muka eksen abby
Tak sangka banyak gak abby makan..
Dah makan tengok movie lak dgn budak tempat kerja sorang ni.
Jumpa lagi..
Selasa, 23 Disember 2014
Dinner with my children's tonight
Bismillah.... Jemput makan readers and blogger2 semua. Kebetulan hari ini aku kerja pagi, so dapat lah aku spend time keluar makan dengan anak2 aku. Lusa anak Sulung ku dah kena balik ke Politekniknya, anak orang lain masih lagi bercuti, dia kena balik awal sebab ada program katanya..hwaaaaaa. Ada student dari Politeknik Terengganu nak datang untuk melawat, ada program apa tah dia cakap hari tu..aku pun tak paham daa! So kami makan dulu ye...
Kami makan dulu..
Jumpa.lagi..
Seoul Garden Fastival City
Assalammualaikum.. Hmmm Seoul Garden di Fastival City ni aku pergi masa bulan November yang lalu. November kan birthday aku..so budak klinik ni offer nak belanja aku makan di Seoul Garden. Aku apa lagi...yes! dengan besar hati menerimanya. Tapi..tempat apa ni?! Makan macam orang2 Korea tu ke?? Ohh! tidak! Mendengarkan namanya je aku dah terbayangkan makanan mereka yang rebus2 tu, yang bermacam-macam sos tu, tak pedas lak ke..uhhhh..sedangkan banyak benda yang aku tak makan dari makan kan?! Rupanya macam makan Steamboat daa... Bayar ikut kepala..buffet la tu, ambilah apa yang korang nak makan selagi terdaya. Segala benda ada, nasi/mee goreng, semua sea food, ayam/daging yang diperap dengan macam2 perasa, sayuran, air2, aiskrim & macam2 lagilah. Lepas tu korang rebuslah dalam sup mcm tomyam tu, kalau tak nak rebus bakar je la. Ahhh...Sedapnya..sekali sekala nanti bolehlah datang sini lagi..korang pun boleh try la ye.. Layan Album kenangan birthday aku ni ye.
Kebetulan 2 anak daraku ini cuti..so aku bawa la dia sekali..tapi yang ni aku kena bayar sendiri la..
Lepas perut dah kenyang..kami tengok wayang la.pulak..
Terima kasih kat mek ni..sebab belanja aku..Hu..Hu.
Ni mmg favorite dia la ni..
Jumpa lagi..
Langgan:
Catatan (Atom)










