Pengikut

Jumaat, 13 November 2015

Happy Birthday to Me!!!

Assalammualaikum...  Happy birthday to me!! Alhamdulillah..kerana masih diberi kesempatan untuk berada dibuminya ini. Terima kasih Allah kerana walaupun serba sederhana..tapi aku bersyukur kerana diberi kesihatan dan kehidupan yang baik disamping keluarga serta rakan2 yang sentiasa memberi sokongan serta saling ingat mengingati antara kami.
Rezeki hari ni..kedua-dua bos belanja makan hari ni..hu..hu..terbaiklah! Semoga kalian murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah hendaknya aamiin.. Layan Memiri aku hari ni ye..

Bos dan staf..bergabung..meletop.. He..he..


Kami Scorpion woman tau..
Celebrate sekali la tu..



Makanan kami..banyak woo..kenyang sampai malam tu..


Jumpa Lagi!! 


Khamis, 12 November 2015

Egg Tart

      Assalammualaikum, nak tengok tak Tart Telur yang aku buat hari tu? 1st time tu aku buat tart2 ni. Maklumlah Microwave aku tu mental sikit, suka buat hal..tu yang malas nak buat Pastry2 ni. Kang baik punya aku uli-menguli, tetiba dia tak panas lak, ni berani buat bukan apa..sebab dah lama tak guna 'dia'..'dia ok lah tu..heeee. Eleh senang je rupanya nak buat Tart telur ni kan?! kejap je siap, nak2 cam aku ni..buat gedabak besar..lagi cepat siap..ha..ha. (orang malas). Resepi aku ambil dari blog kakinakl.com, geng bos aku ler tu, dia la suruh aku tengok resepi kak ina ni. Korang boleh tengok dia kat link aku bagi tu, layan Album aku ni ye. Resepi pun aku copy paste je..maaf ye kak ina..malas la nk taip.





Bahan pastri (akak buat 2 kali ganda)
125gm butter
40gm gula icing
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
Semua bahan diatas diadun menjadi doh.
Bentukkan doh dalam acuan tart, cucuk-cucuk dengan garpu.
Bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.


 Bahan Kastard Telur
1 cawan susu segar(akak guna susu kotak)
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
 

Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula dan masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati.
2. Masukkan adunan ini ke dalam kulit tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 8-10 minit pada suhu 175'C.
3. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.


Ni doh yang dah siap..aku simpan jap dalam peti ais

lepas tu aku guna acuan ni

ni pastry aku yang dah masak.. 

tuang aduan kastard telur tadi

tada!!! dah siap




Jumpa lagi!!