Pengikut

Sabtu, 28 Mei 2016

Happy 23rd Birthday Ain!

      Assalammualaikum dan selamat berhari minggu semua. Apa rancangan korang hari ni? Aku  tak rancang apa2 pun lagi, hanya nak bermalas-malas je duk rumah kot. Sebelum aku mulakan aktiviti hari ni..aku nak update jap cerita harinjumaat lepas, pasal kami sambut birthday rakan sekerja kami ni. 
      Ni kali kedia kami sambut birthday dia di sini sejak dia mula Bekerja dgn kami..tahun depan tak tau la ada ke tak dia di sini..maklumlah dia ada diploma dlm nursing, so satu hari nanti dia mesti nak berkerja di Hospital juga ekk?! 
      Tak pe lah, tu kita fikir kemudian..la ni kita sambut je dulu birthday budak ni kat sini dulu. Hari tu salah seorang bos kami belanja makan KFC, aku buatkan dia kek simple je.. kek Coklat Kukus dengan Cheese Cocktail Cream..resepi aku ambil dari blog izzah muffin lover..nanti aku letak link dia kemudian ye..aku tak reti daa nak letak link guna HP ni..heeeeee. 
      Layan Album aku ji dulu ye..

Happy birthday to ain
 
   






Ni dulu dan sekarang.


Jumpa Lagi...


Kek Coklat Kukus Keju Koktel

      Assalammualaikum, selamat tengah hari semua..tengah buat apa tu? dah makan ehh?! Aku tengah kerja daa..bila nak ke tepi lak tak tau la..he..he. Aku nak tunjuk korang resepi Kek Coklat Kukus Koktel yang aku buat untuk rakan sekerja aku punya Birthday hari tu. 
      Resepi ni dah lama aku simpan, tak pernah try pun lagi, so sebab masa pun tak ada..aku try la buat sebab nampak macam senang je kan. Resepi ni aku ambil dari bloh izah muffin lover, terima kasih ye empunya blog sudi kongsi resepi dengan kami2 ni yang tak berapa reti nak membaking..he..he.


Ni Kek Coklat Kukus Koktel aku

Sedapkan?!



Bahan2:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecik serbuk nescafe

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur
1 sudu kecil vanila

Cara2

- panaskan kukusan dulu dan sediakan loyang yang telah di glaze dengan butter.
- ayakkan semua bahan A - masuk dalam mangkuk.
- satukan semua bahan B - masuk dalam mangkuk bahan A tadi, kacau hingga sebati.
- masukkan telur dan vanila tadi kacau lagi sampai sebati semuanya.
- tuang dalam loyang tadi, kukus selama sejam atau sehingga masak, kemudian sejukkan kek tadi.

Bahan Krim Keju
 250gm krim cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar2 ( masak 1/2 cawan air dengan 1 sudu besar serbuk agar2 ) (aku guna air dari tin buah2 koktel tadi.
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel

Cara2

- pukul krim cheese dan gula hingga sebati
- masukkan yogurt
- masukkan air agar2 tadi
- tuang atas kek dan ratakan, ikut suka koranglah nak hias camne.
- tabur buah2 koktek tadi.
- sejukkan kek beberapa jam.
- potong dan hidangkan



Senangkan?! yang penting sadap!



Aku tambah buah strawberry atas tu.



Ok..jumpa lagi



Sabtu, 7 Mei 2016

Agar-agar Santan Pandan

      Hi semua...selamat tengah hari..lama tak jumpa korang. Sebenarnya aku terlupa lak tentang kewujudan blog aku ni..la ni baru teringat..barulah buka blog jumpa korang semua. Panas giler kat luar tu sekarang ni kan?! nak keluar rumah pun aku malas sekarang ni..so duk rumah je la besarkan badan..he..he. 
      Jom buat agar2 nak?! simpan Peti Ais..lepas tu makan lak sejuk2..fuhhh! memang terbaiklah. Ni aku punya dah siap..aku makan dulu lah ehh! Layan Albun aku ni dulu ye.. Nak tengok tak Agar-agar Santan Pandan aku yang dulu punya! klik kat sini ye..

Agar-agar Santan Pandan aku..


Bahan-bahan:
 1 paket serbuk agar2  ( yang 10g tu )
 4 cawan air
 1 cawan gula pasir
 250ml santan (aku guna santan kotak 100ml, pastu aku tambah air jadikannya 250ml)
 1 biji telur (masukkan dalam santan tadi, pastu kacau dengan garfu) 
sedikit garam 
5 helai daun pandan 
sedikit pewarna hijau & perisa pandan 
Cara2: 
- blander daun pandan dengan sedikit air, tapiskan. 
- masak gula pasir dengan air blander daun pandan tadi..tambah lagi air..jadikannya 4 cawan semuanya. 
 - bila dah mendidih masukkan sebuk agar2 & kacau sebati.
 - masukkan pula santan yang dah dicampur dengan telur tadi. biar menggelegak (santan pecah). kacau takut membuak keluar lak.
 - kacau dalam 2 minit, bila dah nampak macam berbintil-bintil, tutup api, masukkan dalam acuan.
 - bila dah sejuk bolehlah dihidangkan.





Bye..jumpa lagi..