Pengikut

Sabtu, 25 Jun 2016

Rich Chocolate Pudding Again and Again

     Selamat petang semua..dah siap ke masak untuk buka puasa? aku pun dah..dah siap...siap beli kat kedai..kerja sampai malam hari ni..hwaaa... Time kerja ni..perkara paling benci ialah fikir nak buka puasa apa petang ni! Memang tension! tak tau nak makan apa pulak petang ni. Hendak2 macam aku ni..dah kerja kat sini dekat 20 tahun, cer korang bayangkan berapa kali aku dah buka puasa time kerja, berapa banyak aku makan kat area sini je..dah penat muak wooo..
      Baru2 ni kan banyak orang buat delivery makanan, semua best2, ada yang murah2, ada yang mahal gak. tapi pa'rak gak la nak membelinya sebab selalunya minimun order mesti paling sikit 3 set. Kadang tak cukup korum..tak merasa ler... 
      Ni aku nak tunjuk kat korang, petang2 cam ni..time dekat nak berbuka puasa ni, cer tengok gambau tu..tertelan gak air liur kan..he..he. Ni Rich Chocolate Pudding aku buat hari tu..selalu dah aku buat benda ni kan..bentuk je lain2..dah sedap..buat selalulah. Apa lagi..layan Album aku ni ye.


Rich Chocolate Pudding Aku.




Resepi Rich Chocolate Pudding

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4.untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan
Tuangkan kedalam acuan


Ok jumpa lagi..
selamat berbuka puasa..



Isnin, 20 Jun 2016

Muffin Chocolate

      Assalammualaikum..salam Ramadhan semua yang menyambutnya ye. Orang sibuk buat Kuih Raya aku sibuk buat Muffin Chocolate lak ye. Apa nak buat..anak teringin makan..aku bancuhlah kejap. Ala..Muffin kan?! senang je kot..masuk semua bahan kacau pakai senduk kayu tu je..masuk dalam paper cup..bakar sampai masak. Resepi aku ambil dari blog Bos aku daa..nanti korang try la ye. Tada!! Layan Album aku ni ye.


Ni aku punya Muffin Coklat


Muffin Chocolate 
Bahan:- 

1 3/4 cawan tepung gandum  
1/4 cawan serbuk koko 
1 cawan gula perang
1 sk baking powder 
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam  
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit  
1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan 
1 sk esen vanila  
choc chips secukupnye

Cara :-

-Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
-Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
-Masukkan choc chips. 
-Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye.
-Bakar selama 20 minit @ hingga masak.

tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bahan kering & basah hanya sebentar sekadar rata je menggunakan senduk kayu isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok.. 


Errr...aku bancuh je...anak yag buat...dia nk makan kan?!



Suka hati dia je tabur bebanyak coklat chips tu..sadappp!



 Okay..jumpa lagi












Khamis, 2 Jun 2016

Dinner at Kafe The Nearby Coffee

      Assalammualaikum, ini cerita  malam semalam, aku and the geng pergi makan malam kat Restoran ni.. Kafe The Nearby Coffee di Rampai Business Setapak. Skrol2 kat facebook, sekali jumpa page Restoran ni, then tengok aikk..cam dekat je ni kan?! Apalagi colling2lah geng makan2 aku, balik kerja terus pergi. 
      Banyak menu kau! nampak macam Western2 je kan..sekali laksa pun ada daa..! tapi aku tak makan la malam tu. Bagus Restoranya..budak2 muda yang jaganya..melayu lak tu..tanpa ragu aku makan..yang penting sedap..macam homemade daa.. Rasa nak pergi je ni..asyik terbayang meatball dia tu..harga memang berpatutan, kalau tak patut aku tak pergi der lagi kan?!
     

 Jom layan Album aku ni..



ni aku tak ingat nama dia..roti aiskrim la lebih kurang

waffle with aiskrim..ahhh..ranggup waffle dia..

macaroni with black papper meatball

ni set meatball dengan sos blackpapper


nak pergi lagi la..
jom?!!!