Pengikut

Sabtu, 30 Julai 2016

Tepung Pelita Moden Aku

      Assalammualaikum, selamat tengah hari. Macam panas je kat luar tu kan?! Kalau dapat makan Kuih Tepung Pelita sejuk yang baru keluar dari Peti Ais sedapkan?! Mana nak cari ni grrrrrr... 
      Terlanjur tekak teringin makan kuih tu, tapi nak buat tak dapat sebab tengah kerja sampai malam ni, so aku nak tunjuk kat koranglah Kuih Tepung Pelita yang aku buat dulu. Sebab tak ada Daun Pandan, so masuk je la dalam bekas plastik tu. Resepi aku google je, ambil yang mana paling senang. Cer korang tengok resepi dia, senang kan?! Cubalah! Layan Album aku ni ye.



Tepung Pelita Moden aku


Tepung Pelita Moden

Bahan Hijau bawah:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula ( aku buat 3/4 cawan je )
5 cawan air pandan ( air tadi blander dengan 5 helai daun pandan, kemudian tapiskan )
sedikit garam

Cara2:
- masukkan semua bahan diatas dalam periuk / kuali masak hingga pekat dan tidak berketul (agak-agak macam dah pekat, meletus-letus macam gunung berapi tu ok dah lah tu )
- masuk dalam bekas yang korang nak guna tabur sedikit gula.

Bahan Putih Atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
sedikit garam

Cara2: (sama macam diatas )
- masukkan semua bahan diatas dalam periuk / kuali masak hingga pekat dan tidak berketul (agak-agak macam dah pekat, meletus-letus macam gunung berapi tu ok dah lah tu )
- masuk dalam bekas bahagian hijau bawah tadi.
- biarkan sejuk dahulu sebelum dimakan.

Lebih kurang pekat macam ni lah, lepastu meletus-letus wap keluar tu kan..he..he. 

Masukkan dalam bekas, tabur gula sedikit (benda tu panaskan, nanti cairlah gula tu)


Letakkan bahagian putih atas tu pula.

Tada!!! dah siap.



Jumpa lagi



Rabu, 27 Julai 2016

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

      Assalammualaikum...selamat sore semua...ehh! tetiba lak! ambil mood la katakan. Alhamdulillah rezeki hari ini makan di Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju. Aku dan teman sekerja ku telah dibawa oleh majikan kami untuk makan tengah hari disini. Katanya di Cibiuk ini ada pelbagai jenis sambal, jadi kami ingin mencoba sambalnya itu. Ternyata memang berbeda tiap satu sambalnya itu, dari yang tidak pedas, hingga yang memang ' pedas bangat ' kata temanku yang ada disitu. Tapi bagi aku..orang Negeri Sembilan-Melaka, biasa-biasa aja...masih boleh dimakan dengan selamber je..he..he. Yang pastinya..sedap!!! Inssya Allah kalau ada rezeki boleh kesini lagi ya. 
      Pada Majikan ku..terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi! Layan Album aku ni dulu ye..


There are part of my life




Terselit lak dia ni..

Disebabkan aku sampai lambat, mereka dah orderkan untuk aku. So aku tak tahu tajuk menu deme ni.. kome layan gambau je la ye..kot lah teringin lepas tengok ni, kome google je la..





Jumpa lagi...



Isnin, 4 Julai 2016

Cornflakes madu

      Assalammualaikum...dah 29 Ramadhan kan?! aku baru nak buat kuih raya ni..baju pun tak abis jahit lagi ni.. Errr...nak minta postponed hari Raya boleh?!!! bagi lagi 2-3 hari lagi boleh?! banyaknya kerja nak buat...hwaaaa!!!
      Cornflakes Madu ni pun terkejar-kejar aku buatnya, anak asyik duk tanya je bila nak buat Cornflakes Madu ni. Nasip anak-anak dah besar, so dorang la yang masukkan Cornflakes dalam paper cup tu.
Okay..aku nak sambung jahit baju jap..korang layan Album aku ni ye..


Cornflakes Madu aku..


Cornflakes Madu Aku
Bahan2:

Bahan A
200g cornflakes
100g almond flakes ( sangai sekejap )

Bahan B

110g butter
90g gula halus
6 sudu besar madu
1 sudu besar golden syrup

Cara2:

- campurkan bahan B, panaskan atas kuali sehingga sebati (gula dah larut )
- masukkan bahan A dalam kuali, kacau sebati.
- sudukan dalam paper cup, bakar sekejap dalam 7 minit, 175C atau bergantung pada oven masing2 ye.


Masuk semua sekali kacau sebati

Susun dalam paper cup, hiaslah mengikut citarasa korang

Tada!!! nak try?!!



Jumpa Lagi..