Pengikut

Ahad, 31 Disember 2017

Swafoto

Diambang tirai 2017 ni, tetiba rasa nak swafoto lak..

Khamis, 14 Disember 2017

Sambal Udang Anak Petai

      Selamat tengah hari! jemput makan semua! hari ni masak simple je, sebab nak cepat2 siap pergi kerja kejap lagi. Anak-anak ada kat rumah cuti sekolah ni, kenalah masakkan?! Jimat sikit, kalau tak ke kedai je la kita ye tak.

Sambal udang petai aku



Resipi Sambal Udang Petai Aku, sama gak macam korang punya.

Bahan2
- udang ikutlah banyak mana korang nak masak
- petai sesedap rasa hihi
- bawang merah blander dengan sedikit belacan
- cili kering yang dah di blander
- air asam jawa
- garam, gula dan perasa secukupnya

Cara2
- tumis bawang hingga naik bau
- masuk cili yang telah dikisar tadi kacau rata. masak sehingga cili garing ( kalau korang dah bersin2 tu dah cukup dah tu)
- masuk air asam jawa kacau rata
- nampak macam dah nak mendidih tu masuk udang, petai dan perasa
- tengok sambal dah mendidih, udang tu macam dah masak,  dah la tu boleh tutup api...siap!




try ye..

Jumpa lagi