Selamat petang guys..I really miss you all la. Rutin harian aku sejak setahun lebih ni, menggunakan perkhidmatan Lrt untuk pergi dan pulang dari kerja. Dari stesen Gombak ke stesen Kl Sentral ada 13 persinggahan mengambil masa dalam 35-40 minit juga bergantung pada tahap kelajuan Lrt tu.. No no no..kelajuan dia tak tetap ye, aku rasa bergantung pada staf yg kendalikan atau yang jaga monitor dia tu. Sebab kadang-kadang lambat giler bergerak, kadang-kadang kejap je aku sampai..aku tau la sbb aku yg naik benda ni hari-hari. Nampak..hari ni hujan lebat, dia bawak berhati-hati je, berhenti kat setiap stesen pun lama. Anyway thank you Rapid KL for your service, siap bagi promosi lagi pas perjalanan yang murah, unlimited Rm30.00 sebulan. Ada gak sumbangan di zaman covid 19 ni, boleh la meringankan beban rakyat kan.
Lrt Kelana Jaya
Bye-bye