Pengikut

Khamis, 22 November 2012

Biskut Coklat Chip

      Assalammualaikum semua... hari ni aku nak letak kat sini resepi Coklat Chip. Sebenarnya entri ni bukan aku punya, Erna (anak) yang punya, sebab dia malas taip resepi dia buat link kat aku. Katanya "buat apa nak bagi resepi2 ni, org buat blog nak bercerita je". Suka hati dia lah, dia punya blog la katakan..
     Resep Coklat Chip ni banyak, dalam banyak2 tu dia ambil yang Chef Wan punya.. Disebabkan ni resepi Chef Wan rasa dia memang just nice je.. (tak manis sangat) Yang penting aku dapat makan Biskut Coklat Chip..hu..hu... (untung nya ada orang boring kat umah..he..he..).

     Erna...tengah kusyuk la tu!
tak bagi pun org kacau dia buat tu...



 Biskut Coklat Chip

Bahan-bahan:-

1 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil asen vanilla
1 cawan coklat chip
1 cawan walnut (suka hati la nak letak, almon ke, pican ke)

Cara-caranya:

-Pukul butter, gula perang & gula kaster hingga kembang,
-Masuk telur, esen vanilla kacau sikit.
-Masuk tepung, koko, baking powder & susu segar sedikit2
-Masuk coklat chip & walnut
-Bakar hingga masak (mcm korang biasa buat la)
-Sejukan





     

Sabtu, 10 November 2012

Chocolate Peanut Butter Fudge

      Hari ni aku buat Chocolate Peanut Butter Fudge. Resepi ni aku ambil dari buku Mom Recipe. Sedap Fudge ni sebijik macam makan Cloud 9, lebih2 lagi bila dah dicelup dalam Coklat. Sekarang kan dah cuti Sekolah, nanti ada beberape team anak buah nak sampai ni..so boleh la buat banyak2.

Ni la Chocolate Peanut Butter Fudge..
yang ni dah dicelup dengan coklat..


Yang ni yang telah disiap dipotong2..

Resepi:-

450g gula aising
450g marshmallow
450g peanut butter
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar margerine
4 sudu besar serbuk coklat ( kalau tak nak letak pun ta pe. jadi ler Penut Butter Fudge je )

Cara2:-

- Campur gula aising dengan fresh milk tadi, masak api sederhana dalam 5 min. (sehingga 234 degrees)
-  Alih dan dari dapur tadi, campur pula peanut butter, marshmallow, mergerine, serbuk koko & vanilla. kacau cepat2 sehingga larut semuanya.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminum foil @ loyang yang telah di greased dengan butter.
- Biarkan sejuk kemudian potong mengikut bentuk yang anda suka.

Marshmallow..geram kan!!!


Peanut Butter..


Kacau cepat!!! he..he..


Ha..dah larut kan..

Tuangkan..


Ta da!!! dah siap..


Yang ni dah dicelup dalam coklat..


Rabu, 7 November 2012

Birthday Tina & Mak...

06th November merupakan hari lahir Tina atau nama manjanya.. 'Abby'... Birthday Mak pun jatuh pada tarikh yang sama... malangnya mak tak ada sebab pergi 'bercuti' dirumah Along di Negeri Sembilan. Disebabkan aku sedikit sibuk sekarang ini, so tak sempat nak buat kek untuk Abby... Abby minta kek Angry Bird jadi kali ni aku mintak la Babanya belikan kek untuk Abby. Aku bukan apa...sejak jadi blog mithali ni he..he...da lama tak pernah beli kek kat kedai, selalunya buat sendiri je..(banyak resepi kat blog2 kan..)
     Abby paling senang.. tak de deman2nya, tanya Abby nak apa birthday nanti? katanya.. "abby nak KFC." KFC je?!!!  Alhamdulillah..he..he.. sonang gitu! Tak pe..cuti sekolah kan tak lama lagi, nanti ummi senang ummi buat kek khas untuk Abby & Nenek. Pastu ummi cuti nanti kita...........buat la apa2 aktiviti yang patut!!!! Buat sementara ni Abby nikmati la kek Abby tu dulu okey...luv uuuuuu...

Selamat menyambut hari lahir Abby..

 
Kek yang dibeli oleh babanya..

 
ni kek Angry Bird Abby
 


 Comelnya Abby..





 nasip baik kek ni sedap...




Rabu, 24 Oktober 2012

Kuih Bahulu...

       Salam Aidil Adha... lagi 2 hari kita nak menyambut Hari Raya Korban. Korang semua raya kat ner? Balik kampung ke? Best la u all ada gak kampung yang betul2 kampung... Aku?!!.. Insyaallah balik gak..walaupun kampung aku tak berapa nak kampung...tapi okey lah tu!!! Dapat gak anak2 merasa berjalan kaki tanpa pakai selipar...
      Aku nak buat Kuih Bahulu ni...korang nak?! Best wooo...walau tak sama gebus gilos macam kita makan kat melaka tu...ni kira ok la ni...nak tunggu balik melaka baru makan..kempunan la. Tapi kat pasaraya pun banyak gak jual, kat jusco punya pun best gak..tapi tak larat nak tengok orang yang jual tu...tapi tak pe la..dia penat kot berkerja sambil berdiri tu...


 Ni la dia Kuih Bahulu...

Kuih Bahulu ni senang je resepi dia..nak menunggu habis..buat sikit2 tu yang malas tu...tapi aku buat gak ni...
Ni resepi mak aku ye... 

Bahan2:
1 mangkuk tepung gandum ( lebih elok kalau dpt jemur/sangai dulu tepung tu )
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula ( kalau tak nak manis, kurangkan lah )

(mangkuk tu, ikut korang la, kalau besar mangkuknya..banyak la dapatnya )

Cara2:
-campurkan semua bahan, pukul sampai kembang/putih.
-bakar sehingga masak / kekuningan.


 Ni saja aku nak tunjuk besar mangkuk yang aku guna..








 Tepung sama banyak dengan telur..

Masuk dalam acuan..kalau nak senang..bakar je dalam loyang kek..dah masak potong2 je..

Dah siap bakar..

 Tada!!!..
'Selamat Hari Raya Aidil Adha..' 



Isnin, 22 Oktober 2012

Angah masuk Hospital!

Pada 19hb  Okt 2012, Angah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan Fibroidnya di rahim. Aku sempat la melawatnya pada hari khamis sebelum pembedahan tu...tak sempat nak melawat hari jumaat tu..kena migrane lak. Semalam Mak, Along & anak2nya, Siti & keluarganya serta aku dan anak-anak ada kat hospital. Penuh wad tu, tension jugak la nurse tu tengok kami..ha..ha..
   Untuk Angah... dia memang seorang yang tabah pun (kalau sakit dia duk senyap je).. Semoga cepat sembuh... jangan ganas sangat berjalan tu..man..man ok...
   Apa itu Fibroid???... info lebih lanjut mengenai Fibroid ada disini..

 Pagi yang cerah...syok je memandu ke hospital nak melawat Angah...

 
Wajah Angah sewaktu kami tiba..
 


Tengok!!! mana nurse tak tension..berkampung lak kami kat situ..

 
Mak & Along serta Daniel (anak angah)..
 

 Lepas melawat tu ingat nak singah la kat Tasik Titiwangsa jalan2..makan2..
tak jadi la..sbb tengok langit macam nak runtuh je...(nak hujan).


Hah!!! kan da cakap..nasip baik kami sempat sampai rumah..kalau tak duduk bawah jambatan la..
sbb mata ni mmg tak nampak kalau memandu malam2 @ hujan lebat sangat..ha..ha..




Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Apakah Fibroid?
    Di sini aku ingin kongsikan dengan kalian info mengenai Fibroid. Aku letak link ni yang aku ambil dari laman DR Hamid Arshat pakar sakit puan...


Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
        Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
    Kalau nak info lebih lanjut mengenai Fibroid, klik kat sini ye. 
contoh pembedahan Fibroid..














Selasa, 16 Oktober 2012

Lempeng Kelapa..

 Jom sarapan!!!... Dah berapa hari tekak ni teringin nak makan Lempeng Kelapa, nak buat malas...nak beli tak gamak lak. Setakat Lempeng Kelapa ke, pisang ke, memang makanan aku la tu.. Masa kecil2 dulu itu la sarapanya berulang-ulang. Kalau cucuk tu..cucuk kodok ikan bilis, kelapa, pisang, labu, pastu lempeng. Lempeng kelapa, pisang, ikan bilis paling2 pun lempeng kosong je. Nak buat sarapan tu semua bergantung la pada lauk apa yang lebih semalam.. kalau ada kari lebih ke, sambal ke, tumis asam ke paling best ikan masin le...nyam..nyamm..sampai ketulang ikan pun dok jilat lagi...(melampau betul)...
Nak buat Lempeng (omputih cakap pancake) senang je kan..korang pun tau...

 Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis...
(sambal bukan lebih semalam ye..aku baru tumis ni ha..)


 Bahan2 dia: Korang masuk je tepung gandum, kelapa yang diparut ( minta la kat kedai runcit tu, suruh dia parut putih je ) & garam.. pastu tambah air.. Buat la cair2 sikit daripada cara kita buat cucuk kodok tu ( senang nak laperkan dia ). Kalau buat ikan bilis ke, pisang ke.. campur je sekali dalam adunan tu... ( crack akak da edit tau supaya senang paham he..he.. )


Inilah semua bahan yang aku dah campurkan..

 
 Lempeng yang baru dilempengkan..


Agak2 da garing sikit..terbalikan dia..


Tada!!! Dah siap Lempeng Kelapa ku..

Jemput makan..