Pengikut

Rabu, 28 November 2012

Mungkir Bahagia-Hazami

Selasa, 27 November 2012

Cinnamon Rolls..

      1st time aku buat roti ni.. resepi ni aku ambil dari blog bos aku.. Dah lama aku ambil resepi ni, baru kini aku berkesempatan nak membuatnya.. Bukan apa..ni kira dah teringin sangat nak makan Cinnamon Rolls buatan sendiri, tu yang tak menyempat-nyempat membuatnya.
      Apa pun aku memang berpuas hati dengan resepi ni.. sedap, tak manis sangat, lembut, walaupun aku punya tak  gebu sangat macam yang ada kat kedai bakeri tu..tapi jadi roti gak kan, kira okey la tu.. Dan disebabkan itu..dah tentu aku akan cuba dan mencuba lagi membuatnya. Tapi aku rasa jenama yis yang aku pilih kot, dulu aku pakai jenama mauri buat donat ke, roti naan ke, kayu keramat ke..okey je.
     Tapi takpe.. aku sertakan juga resepi ni untuk tatapan korang..

Ini la Roti Cinnamon Rolls aku..
( suka hati aku la kan nak letak cinnamon tu bebanyak..he..he..)





RESEPI CINNAMON ROLLS

Bahan2:

300g tepung roti
50g butter
1 biji telur

50g gula halus

100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh

1 sudu kecil garam


BAHAN UNTUK FILING

2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik
20 gm walnut/badam cincang
raisins (option- ikut suka)

Cara buat roti: 

1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

BAHAN UNTUK ICING

Icing! (tak buat pun), cuma gles dgn susu je pastu tabur badam.
Tapi aku sertakan juga resepinya sebagai rujukan.

20 gm butter
50 gm krim cheese
100 gm gula aising
2-3 titik esen vanilla
secubit garam


1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan. kemudian aising ni disapu keatas roti yg telah masak.



Tepung yang dah dicampur dengan semua bahan2 kering..


 Doh yang telah siap...pastu doh tu naik tunggu dalam sejam..


Ambil sikit doh tu, canaikan, pastu taburkan bahan filing tadi..
ni paveret aku..sebab tu la letak bebanyak! he..he..

 Bolehlah di bentukan/gulungkan ikut..


 Shasha...kesukaan makan!
bukan apa tu..dah cuti sekolah..duduk rumah asyik cari benda nak makan je..


Cinnamon Rolls.. I made it from my heart.. 
speacial for my lovely child & my lovely husband..hi..hi..


Isnin, 26 November 2012

Cucur Pisang

       Hujan pula petang ni! Syok gak kalau dapat tidur ni..hi..hi.. Kalau hujan2 ni..mulut memang rasa nak mengunyah  je! Apa nak buat?!..Selongkar peti ais jumpa lak Pisang 3 biji je pulak tu.. Cukup la! boleh buat Cucur Pisang version aku...untuk aku seorang jadi la...
      Buat Cucur Pisang ni sama je macam buat Cucur Kodok yang lain tu, cuma yang ni masukan sikit pisang emas yang dah dilenyek/dihancurkan ( aku tak sure la nak guna perkataan apa? ) Lebih sedap kalau ada kelapa parut, masukan sikit campur dengan gula perang sikit...sedap gak.

 Cucur Pisang..


Ni adalah campuran tepung gandum, garam, gula pasir, gula perang, garam & pisang yang dilecek..
Bancuh dengan air & kacau sebati semua bahan, biarkan sekejap, baru goreng sampai masak cucur tu...


 Dah pun siap..


  Tada!!..



Sabtu, 24 November 2012

Kuih Seri Muka

Jom minum petang! Hari ni aku buat Kuih Seri Muka untuk minum petang. Resepi ni aku ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Aku dah biasa amik resepi dari blog Mat Gebu ni. Setakat ni resepi yang aku amil sukatannya memang sedang2 elok je rasanya.. Tak percaya boleh try!

Ni la Kuih Seri Muka..
( berseri tak? he..he..)

 

RESEPINYA:-

BAHAN LAPISAN BAWAH :-
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna hijau

BAHAN LAPISAN ATAS :-)

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-
 

-UNTUK LAPISAN ATAS :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja). 

-UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan. 

-UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...

Pulut yang telah dikukus, kemudian tekankan/padatkan.

 
Bahagian atas yang telah siap dituang atas pulut tadi.


Tada!!! he..he..dah siap..

Jemput makan!!!



Khamis, 22 November 2012

Biskut Coklat Chip

      Assalammualaikum semua... hari ni aku nak letak kat sini resepi Coklat Chip. Sebenarnya entri ni bukan aku punya, Erna (anak) yang punya, sebab dia malas taip resepi dia buat link kat aku. Katanya "buat apa nak bagi resepi2 ni, org buat blog nak bercerita je". Suka hati dia lah, dia punya blog la katakan..
     Resep Coklat Chip ni banyak, dalam banyak2 tu dia ambil yang Chef Wan punya.. Disebabkan ni resepi Chef Wan rasa dia memang just nice je.. (tak manis sangat) Yang penting aku dapat makan Biskut Coklat Chip..hu..hu... (untung nya ada orang boring kat umah..he..he..).

     Erna...tengah kusyuk la tu!
tak bagi pun org kacau dia buat tu...



 Biskut Coklat Chip

Bahan-bahan:-

1 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil asen vanilla
1 cawan coklat chip
1 cawan walnut (suka hati la nak letak, almon ke, pican ke)

Cara-caranya:

-Pukul butter, gula perang & gula kaster hingga kembang,
-Masuk telur, esen vanilla kacau sikit.
-Masuk tepung, koko, baking powder & susu segar sedikit2
-Masuk coklat chip & walnut
-Bakar hingga masak (mcm korang biasa buat la)
-Sejukan





     

Sabtu, 10 November 2012

Chocolate Peanut Butter Fudge

      Hari ni aku buat Chocolate Peanut Butter Fudge. Resepi ni aku ambil dari buku Mom Recipe. Sedap Fudge ni sebijik macam makan Cloud 9, lebih2 lagi bila dah dicelup dalam Coklat. Sekarang kan dah cuti Sekolah, nanti ada beberape team anak buah nak sampai ni..so boleh la buat banyak2.

Ni la Chocolate Peanut Butter Fudge..
yang ni dah dicelup dengan coklat..


Yang ni yang telah disiap dipotong2..

Resepi:-

450g gula aising
450g marshmallow
450g peanut butter
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar margerine
4 sudu besar serbuk coklat ( kalau tak nak letak pun ta pe. jadi ler Penut Butter Fudge je )

Cara2:-

- Campur gula aising dengan fresh milk tadi, masak api sederhana dalam 5 min. (sehingga 234 degrees)
-  Alih dan dari dapur tadi, campur pula peanut butter, marshmallow, mergerine, serbuk koko & vanilla. kacau cepat2 sehingga larut semuanya.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminum foil @ loyang yang telah di greased dengan butter.
- Biarkan sejuk kemudian potong mengikut bentuk yang anda suka.

Marshmallow..geram kan!!!


Peanut Butter..


Kacau cepat!!! he..he..


Ha..dah larut kan..

Tuangkan..


Ta da!!! dah siap..


Yang ni dah dicelup dalam coklat..


Rabu, 7 November 2012

Birthday Tina & Mak...

06th November merupakan hari lahir Tina atau nama manjanya.. 'Abby'... Birthday Mak pun jatuh pada tarikh yang sama... malangnya mak tak ada sebab pergi 'bercuti' dirumah Along di Negeri Sembilan. Disebabkan aku sedikit sibuk sekarang ini, so tak sempat nak buat kek untuk Abby... Abby minta kek Angry Bird jadi kali ni aku mintak la Babanya belikan kek untuk Abby. Aku bukan apa...sejak jadi blog mithali ni he..he...da lama tak pernah beli kek kat kedai, selalunya buat sendiri je..(banyak resepi kat blog2 kan..)
     Abby paling senang.. tak de deman2nya, tanya Abby nak apa birthday nanti? katanya.. "abby nak KFC." KFC je?!!!  Alhamdulillah..he..he.. sonang gitu! Tak pe..cuti sekolah kan tak lama lagi, nanti ummi senang ummi buat kek khas untuk Abby & Nenek. Pastu ummi cuti nanti kita...........buat la apa2 aktiviti yang patut!!!! Buat sementara ni Abby nikmati la kek Abby tu dulu okey...luv uuuuuu...

Selamat menyambut hari lahir Abby..

 
Kek yang dibeli oleh babanya..

 
ni kek Angry Bird Abby
 


 Comelnya Abby..





 nasip baik kek ni sedap...