Pengikut

Rabu, 24 Oktober 2012

Kuih Bahulu...

       Salam Aidil Adha... lagi 2 hari kita nak menyambut Hari Raya Korban. Korang semua raya kat ner? Balik kampung ke? Best la u all ada gak kampung yang betul2 kampung... Aku?!!.. Insyaallah balik gak..walaupun kampung aku tak berapa nak kampung...tapi okey lah tu!!! Dapat gak anak2 merasa berjalan kaki tanpa pakai selipar...
      Aku nak buat Kuih Bahulu ni...korang nak?! Best wooo...walau tak sama gebus gilos macam kita makan kat melaka tu...ni kira ok la ni...nak tunggu balik melaka baru makan..kempunan la. Tapi kat pasaraya pun banyak gak jual, kat jusco punya pun best gak..tapi tak larat nak tengok orang yang jual tu...tapi tak pe la..dia penat kot berkerja sambil berdiri tu...


 Ni la dia Kuih Bahulu...

Kuih Bahulu ni senang je resepi dia..nak menunggu habis..buat sikit2 tu yang malas tu...tapi aku buat gak ni...
Ni resepi mak aku ye... 

Bahan2:
1 mangkuk tepung gandum ( lebih elok kalau dpt jemur/sangai dulu tepung tu )
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula ( kalau tak nak manis, kurangkan lah )

(mangkuk tu, ikut korang la, kalau besar mangkuknya..banyak la dapatnya )

Cara2:
-campurkan semua bahan, pukul sampai kembang/putih.
-bakar sehingga masak / kekuningan.


 Ni saja aku nak tunjuk besar mangkuk yang aku guna..








 Tepung sama banyak dengan telur..

Masuk dalam acuan..kalau nak senang..bakar je dalam loyang kek..dah masak potong2 je..

Dah siap bakar..

 Tada!!!..
'Selamat Hari Raya Aidil Adha..' 



Isnin, 22 Oktober 2012

Angah masuk Hospital!

Pada 19hb  Okt 2012, Angah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan Fibroidnya di rahim. Aku sempat la melawatnya pada hari khamis sebelum pembedahan tu...tak sempat nak melawat hari jumaat tu..kena migrane lak. Semalam Mak, Along & anak2nya, Siti & keluarganya serta aku dan anak-anak ada kat hospital. Penuh wad tu, tension jugak la nurse tu tengok kami..ha..ha..
   Untuk Angah... dia memang seorang yang tabah pun (kalau sakit dia duk senyap je).. Semoga cepat sembuh... jangan ganas sangat berjalan tu..man..man ok...
   Apa itu Fibroid???... info lebih lanjut mengenai Fibroid ada disini..

 Pagi yang cerah...syok je memandu ke hospital nak melawat Angah...

 
Wajah Angah sewaktu kami tiba..
 


Tengok!!! mana nurse tak tension..berkampung lak kami kat situ..

 
Mak & Along serta Daniel (anak angah)..
 

 Lepas melawat tu ingat nak singah la kat Tasik Titiwangsa jalan2..makan2..
tak jadi la..sbb tengok langit macam nak runtuh je...(nak hujan).


Hah!!! kan da cakap..nasip baik kami sempat sampai rumah..kalau tak duduk bawah jambatan la..
sbb mata ni mmg tak nampak kalau memandu malam2 @ hujan lebat sangat..ha..ha..




Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Apakah Fibroid?
    Di sini aku ingin kongsikan dengan kalian info mengenai Fibroid. Aku letak link ni yang aku ambil dari laman DR Hamid Arshat pakar sakit puan...


Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
        Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
    Kalau nak info lebih lanjut mengenai Fibroid, klik kat sini ye. 
contoh pembedahan Fibroid..














Selasa, 16 Oktober 2012

Lempeng Kelapa..

 Jom sarapan!!!... Dah berapa hari tekak ni teringin nak makan Lempeng Kelapa, nak buat malas...nak beli tak gamak lak. Setakat Lempeng Kelapa ke, pisang ke, memang makanan aku la tu.. Masa kecil2 dulu itu la sarapanya berulang-ulang. Kalau cucuk tu..cucuk kodok ikan bilis, kelapa, pisang, labu, pastu lempeng. Lempeng kelapa, pisang, ikan bilis paling2 pun lempeng kosong je. Nak buat sarapan tu semua bergantung la pada lauk apa yang lebih semalam.. kalau ada kari lebih ke, sambal ke, tumis asam ke paling best ikan masin le...nyam..nyamm..sampai ketulang ikan pun dok jilat lagi...(melampau betul)...
Nak buat Lempeng (omputih cakap pancake) senang je kan..korang pun tau...

 Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis...
(sambal bukan lebih semalam ye..aku baru tumis ni ha..)


 Bahan2 dia: Korang masuk je tepung gandum, kelapa yang diparut ( minta la kat kedai runcit tu, suruh dia parut putih je ) & garam.. pastu tambah air.. Buat la cair2 sikit daripada cara kita buat cucuk kodok tu ( senang nak laperkan dia ). Kalau buat ikan bilis ke, pisang ke.. campur je sekali dalam adunan tu... ( crack akak da edit tau supaya senang paham he..he.. )


Inilah semua bahan yang aku dah campurkan..

 
 Lempeng yang baru dilempengkan..


Agak2 da garing sikit..terbalikan dia..


Tada!!! Dah siap Lempeng Kelapa ku..

Jemput makan..








Rabu, 10 Oktober 2012

Spaghetti Bolognese...


Spaghetti ni aku buat masa anniversary mak hari tu. Senang je nak masak spaghetti kan! korang pun tau.. tapi ni saja je la aku nak kongsi dengan kalian Spaghetti Bolognese version melayu aku..he..he..

Spaghetti Bolognese...




Ni la rahsianya... Sos Spaghetti segera..



 Bahan-bahan:-

 1 pek spaghetti
450mg daging @ ayam cincang
1 botol sos spaghetti kimball ( atau mana2 jenama/perasa yang korang suka )
1 biji bawang besar / bawang bombay ( ambil yang besar sikit)
2 biji bawang putih 
2 sudi besar cili boh ( ikut kepedasaan korang la )
1 sudi kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 helai daun bay 
sayur campur / mixed vege ( ikut korang la nak letak banyak mana )
2-3 buah tomato ( kalau suka, aku tak letak pun )
garam, gula & perasa 

Cara:-

- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masuk daging, goreng hingga kering sikit air daging tu.
- Masuk cili boh goreng hingga garing cili tu.
- Masuk sos spagheti, masak sekejap pastu tambah air sikit ( ikut  kepekatan yang korang suka )
- Masuk serbuk kayu manis, jintan manis, lada hitam & sayur campur.
- Masuk mixed vege , daun bay @ semua perasa.

Kuah Spaghetti yang siap dimasak..


Spaghetti yang telah direbus..


Silakan makan...

Isnin, 8 Oktober 2012

Chocolate Red Velvet Cake

      Chocolate Red Velvet Cake for my parents anniversary. 07/10/1967 adalah mak & ayah punya ulang tahun perkahwinan...mereka  tak ingat pun.. Saya je la buat makan2 sikit coz there's nothing i can give to appreciate your sacrifice for being patient to raise me & siblings. Chocolate Red Velvet Cake is not an ordinary Cake, it was a very speacial cake because i made it from my heart just for u! Aku sengaja je buat Red Velvet Cake tu campur dengan Chocolate Cake, atas permintaan ramai la katakan, yang buatnya sorang... tu yang jadi chocolate red velvet. Tu pun nasip baik tak ada yang minta Strawberry Cake, kalau tak jadi la 3 layer Kek Chocolate Red Strawberry..he..he..
     Ni aku nak kongsi resepi untuk buat Red Velvet Cake, mana2 aku tengok resepi kek ni sama je. Kat blog dapur tanpa sempadan ke, blog inahar cooking time ke, cuma tepung je ada yang 2 1/2 cup, ada yang  2 cup je. pastu ada yang letak baking powder, ada yang tak letak pun.. Macam aku... aku ikut dari buku 'mom recipe'. 
     Resepi kek coklat & kek strawberry tu korang pun tau kan!!!


 Chocolate Red Velvet Cake

 
Yaya tengah makan spagetti sambil mempromosikan kak yang dia tolong hias he..he..

Red Velvet Cake Recipe
 
2 1/2 cups flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons cocoa powder
1/2 cup butter
1 1/2 cup sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla
1 cup buttermilk ( i only use 1 cup fresh milk + 1 teaspoon vinegar )
2 tablespoons liquid red food colorin
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda
  
- Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two – 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
- In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
- In bowl beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy. 
- Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
- In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
- In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
 - Bake in the preheated oven for approximately 25 – 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean.
- Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the freezer for at least an hour. (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)


Cream Cheese Frosting
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cup confectioner sugar
Mix everything in a big bowl and whip the cream until stiff peaks formed.
   
 Begini la rupa adunan yang da di mixer sebelum di bakar..

 
Wipping krim & cheese cream serta icing sugar yang da siap untuk di sapu pada kek..


 Kek yang sudah siap di sapu krim..


Hah...bab hias-menghias ni memang fail!!
Nasip baik ada pengikut yang sudi menolong..ha..ha..


 Ini lah hasil hiasan nya..







Sabtu, 6 Oktober 2012

Rendang Daging Sempoi Punya...

  Salam sayang semua... terajin lak aku mengupdate blog ni sekarang..he..he..Bukan apa, minggu ni aku kerja petang so pagi ada la masa sikit nak masak. Boleh bawa pi kerja, kang anak2 balik sekolah tak payah la membeli sokmo, jimat sikit minggu ni...tapi masak yang simple2 je la ye anak2...

Hari ini ummi masak Rendang Daging yang sempoi ye anak2... tapi ummi gerenti u all semua mesti  makan tambah2 nyer... Terutama sekali Shasha...kan! kan! kan!

Ini la Rendang Daging Sempoi ummi..


Senang je nak masak  Rendang ni, macam korang masak gak, tapi ni cara aku masak ye...

Bahan2:-
 1/2 kilogram daging lembu
500g santan pekat (nanti tambah la air)
 3 batang serai
5 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas ( x letak pun, sbb x de stock )
2 sudu besar rempah kari
10 biji cili api (cili boh pun ok gak, sukati la )
1 pack kerisik (yang kecil tu) 
daun kunyit @ daun limau purut
Garam, gula dan perasa

Cara:-
-Rebus sekejap daging tu dulu sampai macam dah empok sikit.
-Blander semua bahan (kecuali daun-daunan tu).
-Masuk dalam daging rebus tadi.
-Masak sampai hampir nak kering, baru masuk kerisik, daun kunyit, -Garam dan gula serta perasa.
- Selamat mencuba...


Rendang yang belum kering


 Rendang Daging yang telah siap...Mmmmm


Khamis, 4 Oktober 2012

KEK COKLAT MALAS!!!

Kek Coklat Malas?!!!...mmm...  Sebenarnya bukan kek tu yang malas..tuan yang nak makan kek tu yang malas..he..he..Nak wat cam maner!!! tekak nak makan macam2, nak beli sokmo...duit lak yang malas nak ada kat aku ni..ha..ha.. 
Sebenarnya ni Kek Coklat Tanpa Butter..aku amik kat salah satu blog ni..tapi x ingat lak sape, sbb da lama sgt aku amik baru la ni aku wat...
Kek ni mmg lembab gilos punya lah! tgk la sukatan airnya...bila masuk dlm mulut...fuhh!!! mcm x terasa mengunyahnya..tau2 ada dlm tekak...( mcm iqram dinzly lak ) betullllll...klu x caya..try la buat..


Kek Coklat Tanpa Butter


Bahan Utama:- (loyang 20 cm )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
Bahan A:-
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat ( aku letak 1 cawan je, ok gak )
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe ( pun aku x letak, x ble minum nescafe..migrane..hehe )
Bahan B:-
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
** Topping ** ( aku x letak pun..da kata malas..ha..ha..)
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.
Cara Menyediakan Kek:-


  1. Masukkan gula dan pukul lagi.
  2. Kemudian masukkan minyak masak.
  3. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.   Bakar 170 degree selama 1jam @ sehingga masak.

Cara aku menyediakan kek malas ni:-

- Aku campur semua bahan basah dlm blander, pastu baru + bahan kering, tuang dlm Loyang, bakar.. 
  170 degree selama 1jam @ sehingga masak.( bergantung pada oven masing2 )


Semua bahan basah yang aku blander sekali..


Da tu..aku campur semua bahan kering lak..


Tuang dalam loyang..

Bakar...


Mmmm... Sadap!!!