Pengikut

Khamis, 31 Januari 2013

Joget Kasih Tak Sudah - Konsert Mega Siti Nurhaliza

      Huk..huk... Pagi tadi..tetiba je teringat lagu Dato Siti Nurhaliza ni... Dalam duk nanyi2 syok sendiri waktu tengah driving tu..tetiba je macam tersedih lak..he..he..(boleh ter... lak ye..) Walaupun hari ni bukan hari Wordless Wednesday...tapi aku nak gak letak kat post aku ni..he..he..korang pun layan la yee..


Selasa, 22 Januari 2013

The Sultani

      Dah lama dapur tak berasap wei!!! rindu nak memasak & yang penting nak makanlah..ha..ha. Mana taknya...baru je seminggu aku sihat dari demam Tonsil yang teruk, sekarang kena balik..aduhhh... Aku dah tua agaknya... senang benor demam berulang-ulang.
       Entri hari ni bukan apa, saja nak memenuhkan post..he..he. Malam minggu lepas, aku makan di The Sultani kat Flamingo Hotel..ala..ada promosi bufet seorang rm29.90.. bukan selalu pergi pun. Masakan ala Kashmir..pada yang minat masakan ala india ni memang suka la tu! Nasi beryani, Kari Kambing & ayam dia best, sangat lembut..apa org cakap.."so tender!" he..he.. Selain itu banyak lagi masakan yang di sediakan.. suasana pun menarik, kalau siang nampak la tasik dari atas balkoni tu, kalau malam minggu ada live band lagi..(promote nampak). Layan je la gambar kenangan yang aku ambil ni..

 Kat lobby Flamingo

Ambil gak gambar kat pintu masuk restoran ni
 

 salah satu sudut di Restoran
 

 Jemput makan..
 

Abby biasa la..Mashroom Soup dia la..
 
Gambar tak jelas la..

 

Live Band dia..terror mrk ni..semua lagu boleh..
 1 Malaysia la katakan..

Besar dah anak aku ni..hu..hu..


Permata Hati Ku..


 Jumpa lagi!!!

Khamis, 17 Januari 2013

Azeezah Al-Ansar Steakhouse

       Alhamdulillah...syukur kepada Allah aku dah pun sihat semula dari Tonsil yang teruklah kiranya ni.. Sekarang ni tak sama macam dulu, igat nak biar baik sendiri, alih2 tak boleh tahan dah, kena start Antibiotik  gak. Bila start je antibiotik baru 2 dose je, terus kurang sikit menyengatnya Tonsil aku tu. So sekarang dah ok sikit, tekak pun start la nak makan macam2 setelah beberapa hari duk makan bubur nasi.
      So teringin nak makan Black Paper Steak... aku pun tanya anak2 nak pergi mana? Dengar khabar Al-Ansar kat AU2 Keramat tu nak pindah..so sebelum dia pindah baik aku pekena dulu Black Paper Steak tu, takut nanti duk teringat2 pulak bila dah tak ada nanti.. Steakhouse ni dah lama buka kat sini, seingat aku waktu aku  muda2 dulu dlm tahun 90an tu dah ada dah. Aku & kawan2 selalu gak pergi waktu tu, kira nostalgia la pada aku.. Tapi aku rasa pun ada diantara korang pun pernah pergi kat sini kot..


Ni lah Steakhouse nya..


 Harga pun ok je..

Tengah tunggu makanan..

Ni aku punya, Black Paper Steak

 Shasha punya Chicken Chop

Erna punya Fish & Chip

Abby punya spt biasa, Mashroom Sup, Fries & Garlic Bread

Jemput makan..

Beria Abby makan!



Selasa, 15 Januari 2013

Menu Orang Sakit....Bubur nasi la..apa lagi!

      Rasanya dah lama aku  tak update blog aku ni..rindu kat u all..sibuk sangat romannya aku ni... Dah 3 hari aku demam, Doktor dignos aku Tonsillitis..aduh..demam  tak kebah2, ubat demam 4x sehari aku makan,betul2 ikut nasihat Doktor la, punya nak baik cepat. Perut lapar tapi apa benda pun tak boleh makan, sakit wooo nak telan... Penyudahnya aku gagahkan diri aku masak Bubur Nasi dengan harapan aku boleh makan. Tapi makan Bubur Nasi kosong boring lak pulak..so aku masak gak Sambal Goreng Ikan Bilis & Kacang.. Sempoi je..korang pun tau kan.. tapi ni aku tulis secara ringkas je la ye..busy ni..



Bubur Nasi bersama Sambal Goreng Ikan Bilis & Kacang
 

Korang rebus letak air banyak dulu beras tu sampai hampir hancur, pastu masuk santan & garam secukup rasa.

Tumis darat halia, bawang putih, bawang merah & daun pandan sampai garing, curah terus dalam periuk  bubur tadi, biar menggelegak jap, tutup api & bolehlah dihidangkan.
 
Sambal Goreng Ikan Bilis & kacang
 

 Goreng ikan bilis dahulu,

Pastu goreng kacang tanah pulak,

Pastu korang buat la sambal goreng macam biasa, kalau aku..
Aku blander je terus cili kering, bawang merah & bawang putih, tumis terus dalam minyak yang telah panas, biarkan sampai garing, baru masuk air asam sikit, garam & gula secukupnya. dah kering sikit baru masuk ikan bilis & kacang tadi..ok tak?!!!

Dah pun siap..










Isnin, 7 Januari 2013

Tandoori Chicken Pizza

       Salam petang kengkawan semua... hari ini aku nak tunjuk la Tandoori Chicken Pizza yang aku buat masa birthday hari tu. Resepi doh Pizza ni aku ambil dari salah satu blog fav. aku..blog Dapur Tanpa Sempadan . Resepi dari blog ni memang tak pernah mengecewakan aku..mesti jadi & sedap punyo! Bahagian atas Pizza tu korang punya suka la nak letak apa, kali ni aku letak Ayam Tandoori. Ayam tu aku perap dulu dengan serbuk tandoori ( yang segera punya je, banyak pilihan ada di pasaraya, pastu bakar ).
      Dalam satu adunan tu dapat la dalam 3 keping Pizza Regular ( cewah macam kat kedai pulak )..1 keping aku bagi yati sebelah rumah aku ni...berkali-kali sms pastu phone kata 'sedap sangat la kak' katanya, nak tempah suruh aku buat masa birthday anak dia nanti..ha..ha..aku ni kan busy..ndak2 Sekolah dah buka ni. Ni aku nak bagi resepi, kepada yati..ambil resepi ni ye...boleh cuba nanti..
  
 Tandoori Chicken Pizza Aku..

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur
Sedikit pizza sesoning herb untuk ditabur
BAHAN-BAHAN TOPPING :-)
Sedikit Spaghetti Sos Kimbal ( untuk disapu diatas doh )
Ayam Tandoori ( yang telah dibakar tadi, kemudian diambil isinya )
Mozarella Cheese
Bawang & cili benggala ( letak la kalau suka )
Sedikit sesoning mix herb pizza ( untuk ditabur atas pizza )

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik. Biar doh naik (kurang lebih 1jam).
  2. Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 3 bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 2 bahagian lagi.
  3. Sapu sos spaghetti secukupnya, tabur ayam yang diambil isinya, sedikit bawang besar. Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau kurang). Tabur sedikit pizza sesoning mix herb. Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan...

Ini la doh yang telah naik

Taburkan isi ayam tandoori tadi..
 

Taburkan cheese & pizza herb..

Tada..dah diap..
 










Jumaat, 4 Januari 2013

Red Velvet Cake with Cheese Cream.

      Lagi-lagi Red Velvet Cake! he..he.. bukan apa ... 2hb lepas birthday husb. so sementara aku rajin ni aku decide nak buat Red Velvet Cake & Tandoori Pizza. Pada aku Red Velvet kek ni, kek yang special sikit, ndak2 makan dengan Cheese Cream..ahhh.. memang sedap, sebab tu aku buat untuk masa2 yang special juga. Lagi pun Erna dah minta nak makan kek ni lama dah, tu yang buat juga akhirnya. Red Velvet Cake ni aku pernah buat dulu.. so resepi yang sama juga aku guna, mana2 pun aku tengok resepinya lebih kurang je, kalau korang nak imbas kembali resepinya klik kat link ni ye. Tandoori Pizza tu... nanti dulu  la ye....

Red Velvet Cake with Cheese Cream aku.... uhh! terbaekkk beb..

 Ndak gak luf..luf..kat situ..Nadia punya kerja ni..he..he..
 

 Dah kata birthday kena la ada lilin..he..he..

Bahan2 yang telah siap diadun..

 Masukkan adunan ke dalam acuan...dan..bakar!


                                            Dah siap pun..


             Dah sejuk sapukan dengan krim & bolehlah dihias...

 Red Velvet Cake with Cheese Cream..

Tada..!