Pengikut

Khamis, 27 Jun 2013

MELAKA 2013 BHG. I Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2013..

      'Dimulakan dengan bismillah...' cam bernasyid je pulak. Aku saja nak cerita mengenai cuti Sekolah yang lepas, disebabkan kesibukan..setelah kian lama barulah aku berkesempatan membawa anak2 pergi bersiar-siar di Bandar Melaka. Korang mesti da biasa kan pergi Melaka, dah tak heran la ekk nak pergi sana. Walaupun aku ni orang Melaka, tapi maaf la, jalan2 & selok-belok nak ke Melaka aku tak tahu pun. Tapi kalau port dickson tu aku terrer La, x sesat punya. ( sbb da bertahun-tahun klu nak bercuti je pergi sana, so anak2 da tak nak pergi, da boring katanya. So..aku pun ajak la Along yang tinggal di Seremban serta anak2nya sekali untuk menjadi Pemandu Pelancong kami...hi..hi. Kalau mengikut rancangan asal..sepatutnya kami 4 beradik & keluarga masing2 akan pergi sekali..tapi adik yang bongsu lak tak dapat join sekali sebab husband dia on call kerja.. So dia pergi bersama Mak & Ayah aku seminggu lebih awal la...tension..tension..hu..hu..
      So..bergerak la kami 3 keluarga ke melaka. 2 hari 2 malam berjalan, tak habis pun Bandar melaka kami pergi sebab manusia punya ramai, menyebabkan jalan jem..so terhad la tempat2 yang kami dapat pergi.. Frust la anak2 sebab tak dapat mandi di Melaka Wonderland @ Afamosa Water World sebab terlalu ramai pengunjung dan sebab jalan jem..hu..hu.. Tapi tak pe la..rasa2nya anak2 kami semua happy kot sebab dari pagi sehingga malam berjalan, yang herannya seorang pun tak nampak muka letih atau nak tidur...punya la excited.. Yang teruk runner2 yang membawa kereta la..termasuklah aku..keletihan kami beb maklumlah umur makin menurun..ha..ha.. Bila nak tidur malam aku siap bagi ubat untuk relakskan otot supaya esok runner2 semua boleh bergerak tanpa rasa sakit2 kaki ke..badan ke.. Terrer tak aku memujuk kakak2 aku supaya lain kali dorang tak la serik nak berjalan-jalan waktu cuti..barulah best jalan ramai2..ha..ha.. Jom layan Album aku ni!

Makan makaroni dulu ye di R&R seremban...
lepas tu kami singgah rumah Along, barulah gerak sama2.


Dah sampai Kota Melaka..
masa sekolah dulu ada la pergi sini..
banyak yang dah berubah kan!..








Afamosa Melaka






Bayangkan..ni baru 3 keluarga..
kalau semua 8 keluarga tu ada..sepanjang kereta api tu kot kalau kami beratur kat situ..ha..ha..

Menunggu Giliran nak ke Menara Taming Sari..
Ketar juga la lutut ni bila dah sampai atas tu..






Permandangan dari atas Menara Taming Sari.






Lalu je kat Muzium TLDN ni..tak sempat nak masuk..next time ye..

Ni pun tak sempat nak singgah..nak naik bot sungai kampung Morten lagi..katanya permandangan waktu malam lebih menarik lagi..pastu nak makan lagi..aduh!..tak cukup hari beb..

Bahtera ni?!!! sengal lah..aku tak ingat lak namanya!!!



Lepas tu beteri hp aku pun habis...camera pulak tertinggal dalam kereta, so permandangan waktu malam di kampung Morten tu..hampeh la aku tak ada pun.. Gambar makan malam beramai-ramai di satu kedai makan yang best & kami berpuas hati dengan kecepatan mereka menyediakan makanan yang banyak tu pun aku tak ada..frust..frust...
Terima kasih kat Along sekeluarga..
apapun kami..
Enjoi!!!!



Khamis, 13 Jun 2013

Roti Kismis Manis..

      Assalammualaikum...sudah 4 hari Sekolah bermula, bermulalah jadual seorang ibu...busy bonar roman ehh..he..he.. Dalam duk sibuk tu tekak ni teringin lak nak makan roti manis.. ahh' mengalahkan orang pregnant lak..ha..ha.. Sebenarnya boleh je aku pergi beli kat Mamak Roti tu, tapi ringan lak tangan ni nak buatnya, barang2 pun ada kat umah, apa lagi..bermula lah aktiviti membuat Roti aku...layannn...

 

Resepi Asas Roti:

bahan2nya:

400gm tepung roti
190ml air suam
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula kaster
2 sudu besar susu tepung ( aku tukar dgn susu cair..aku campur dlm air suam td.. so total liquid aku cukup2 190ml la..adjust je la kn)
1 sudu teh garam
1 biji telur 
kismis secukupnya

cara2nya:

-masuk gula, yis ke dalam air suam tadi, biarkan sebentar.
-masuk tepung, garam, marjerin, telur ,kismis & uli hingga sebati kemudian biarkan 1 jam.
-apabila dah naik, pukul sikit adunan tadi untuk buangkan angin dalam doh tadi. bulatkan & rehatkan lagi.
-apabila dah naik, bolehlah di buat pelbagai jenis roti seperti roti kelapa, roti sosej, roti kacang ke, ikut anda la.
-bakar sehingga masak ( ikut jenis roti yang anda buat)

Bahan-bahan yang diperlukan..


Aku buat Roti Kismis..so aku masukkan Kismis la..

Rehat kan sekejap..sampai naik 2x ganda saiz doh tu..

Dah naik..tumbuk2kan doh tu utk buang angin..

Bentukan mengikut jenis Roti yang anda buat..biarkan rehat lagi sekejap..


Ta'da...

Bye-bye..

Sabtu, 8 Jun 2013

Shortbread Cookies Cuti Sekolah...

      Assalam...dah berkurun rasa nya aku tak menjenguk blog aku ni...bz bonar roman ehh...ha..ha.. Tapi memang busy beb... maklumlah sekarang time kerja dah lain, so susah sikit nak adjust masa ni.
      Shortbread Cookies..bukan aku yang buat..ni erna la...boring 'tak de benda nak mengunyah-nyunyah' katanya.. Di selongkarnya dapur tu, tengok apa yang ada...ni lah hasilnya.. Shortbread Cookies. Sebenarnya buka apa dia tu..saje nak menerai acuan biskut bentuk orang! Suka benor dia acuan bentuk tu..dah lama dia beli, tu yang beriya-iya dia membuatnya..
     Apa pun layan je la resepi yang sonang tu & gambar2 biskut 'orang' tu ye..

Shortbread Cookies

 

Shordbread Cookies

bahan2nya;

100gm mentega
125gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
55gm serbuk koko
210gm tepung
cip coklat @ coklat urai yang berwarna-warni untuk hiasan

cara2nya:

-pukul mentega & gula hingga gebu, masukkan esen vanila kacau sebati.
-masukkan serbuk koko & tepung uli hingga menjadi doh yang lembut
-terap mengikut acuan anda & hiaskan
-bakar 180's selama 20min (bergantung pada oven masing2)
dah siap!!!

Tepung..

Serbuk koko

Abis la dapur aku!!

Tada!!!


macam2 bentuk da...