Pengikut

Khamis, 27 Jun 2013

MELAKA 2013 BHG. I Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2013..

      'Dimulakan dengan bismillah...' cam bernasyid je pulak. Aku saja nak cerita mengenai cuti Sekolah yang lepas, disebabkan kesibukan..setelah kian lama barulah aku berkesempatan membawa anak2 pergi bersiar-siar di Bandar Melaka. Korang mesti da biasa kan pergi Melaka, dah tak heran la ekk nak pergi sana. Walaupun aku ni orang Melaka, tapi maaf la, jalan2 & selok-belok nak ke Melaka aku tak tahu pun. Tapi kalau port dickson tu aku terrer La, x sesat punya. ( sbb da bertahun-tahun klu nak bercuti je pergi sana, so anak2 da tak nak pergi, da boring katanya. So..aku pun ajak la Along yang tinggal di Seremban serta anak2nya sekali untuk menjadi Pemandu Pelancong kami...hi..hi. Kalau mengikut rancangan asal..sepatutnya kami 4 beradik & keluarga masing2 akan pergi sekali..tapi adik yang bongsu lak tak dapat join sekali sebab husband dia on call kerja.. So dia pergi bersama Mak & Ayah aku seminggu lebih awal la...tension..tension..hu..hu..
      So..bergerak la kami 3 keluarga ke melaka. 2 hari 2 malam berjalan, tak habis pun Bandar melaka kami pergi sebab manusia punya ramai, menyebabkan jalan jem..so terhad la tempat2 yang kami dapat pergi.. Frust la anak2 sebab tak dapat mandi di Melaka Wonderland @ Afamosa Water World sebab terlalu ramai pengunjung dan sebab jalan jem..hu..hu.. Tapi tak pe la..rasa2nya anak2 kami semua happy kot sebab dari pagi sehingga malam berjalan, yang herannya seorang pun tak nampak muka letih atau nak tidur...punya la excited.. Yang teruk runner2 yang membawa kereta la..termasuklah aku..keletihan kami beb maklumlah umur makin menurun..ha..ha.. Bila nak tidur malam aku siap bagi ubat untuk relakskan otot supaya esok runner2 semua boleh bergerak tanpa rasa sakit2 kaki ke..badan ke.. Terrer tak aku memujuk kakak2 aku supaya lain kali dorang tak la serik nak berjalan-jalan waktu cuti..barulah best jalan ramai2..ha..ha.. Jom layan Album aku ni!

Makan makaroni dulu ye di R&R seremban...
lepas tu kami singgah rumah Along, barulah gerak sama2.


Dah sampai Kota Melaka..
masa sekolah dulu ada la pergi sini..
banyak yang dah berubah kan!..








Afamosa Melaka






Bayangkan..ni baru 3 keluarga..
kalau semua 8 keluarga tu ada..sepanjang kereta api tu kot kalau kami beratur kat situ..ha..ha..

Menunggu Giliran nak ke Menara Taming Sari..
Ketar juga la lutut ni bila dah sampai atas tu..






Permandangan dari atas Menara Taming Sari.






Lalu je kat Muzium TLDN ni..tak sempat nak masuk..next time ye..

Ni pun tak sempat nak singgah..nak naik bot sungai kampung Morten lagi..katanya permandangan waktu malam lebih menarik lagi..pastu nak makan lagi..aduh!..tak cukup hari beb..

Bahtera ni?!!! sengal lah..aku tak ingat lak namanya!!!



Lepas tu beteri hp aku pun habis...camera pulak tertinggal dalam kereta, so permandangan waktu malam di kampung Morten tu..hampeh la aku tak ada pun.. Gambar makan malam beramai-ramai di satu kedai makan yang best & kami berpuas hati dengan kecepatan mereka menyediakan makanan yang banyak tu pun aku tak ada..frust..frust...
Terima kasih kat Along sekeluarga..
apapun kami..
Enjoi!!!!



Tiada ulasan: