Pengikut

Jumaat, 22 Ogos 2014

Puding Karamel Ke 2 Aku!

      Assalammualaikum  bloger2 & reader2 semua...masih berkaramel lagi aku ni! Disebabkan tak puas hati dengan Puding Karamel aku yang pertama hari tu, dengan menggunakan resepi yang sama (resepi tu memang dah elok sesangat) maka aku mencuba lagi untuk membuatnya untuk kali kedua. Kali ini aku buat untuk anak luar perut aku yang sorang ni hah (staf tempat kerja aku daa ha..ha..). Kebetulan birthday dia, pastu dia kata suka makan benda ni, aku buatkanlah untuk dia.. (kira hadiah birthday la tu ye..he..he.) Happy birthday Fatin! Layan Album Kudapan aku ni ye..


Puding Karamel kedua aku..


Gula yang dah dikaremelkan..masuk dalam bekas yang nak diguna..


Telur yang dah dikacau sebati..

Masukkan kedalam susu yang dipanaskan sekejap tadi..

Tuang dalam acuan..kukus hingga masak..

Dah pun masak..

Tada!! hidangkan...bolehlah dimakan..


Bye-bye..


Selasa, 19 Ogos 2014

Agar-agar Karamel

      Assalammualaikum..lama tak jenguk blog aku ni..sibuk makan kuih raya agaknya ekk! Berkaramel lagi aku ni..kali ni Agar-agar tanpa telur & tanpa kukus..atau lebih sinonim bloger2 panggil Puding Karamel tanpa telur. Resepi ni aku ambil dari Google..aku tak ingat dari blog mana..korang taip je nama makanan keluarlah resepi dari bloger2 yang baik hati berkongsi resepi mereka tu..

Agar-agar Karamel Aku..

Resepi:- (aku copy paste dr folder resepi aku ye)

Bahan A :
1 cawan gula
1/4 cawan air

Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
4 cawan air
3/4 cawan gula

Bahan C :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

CARA2:

Bahan A

- utk buat karemelnye guna pan yg leper atau yg mudah di angkat.
- tuang gula dalam pan dan sentiasa kacau.. make sure guna api    kecil..
- bila semua gula sudah cair dan warnanya keperang2an, tambah  kan 1/4 cawan air dan terus kacau supaya semua   air bersatu dgn gula  td.  (hati2 semasa tuang air, wap dia panas)
- angkat pan, tuangkan karemel panas td dlm loyang / acuan. Biar    kan ia sejuk.

Bahan B &C 

- campur semua bahan B dan masukan ke dalam periuk.. Kacau dan  biarkan hingga didih.
- Satukan semua bahan C, sebatikan..
- bila bahan B tadi dah mendidih, tuangkan bahan C yg telah disebatikan ke dalam periuk td..
- kacau sehingga sebati, dalam 3-5 minit dan matikan api.
- tuang puding tadi dalam bekas yg berisi karemel. biarkan sejuk  dan simpan dalam peti ais..dan bolehlah dimakan. 


Gula yang nak di karamelkan

Semua bahan B & C tadi..

Masukkan dalam acuan yang berisi karamel tadi.

Tada! dah siap.


Jumpa lagi..


Jumaat, 8 Ogos 2014

Puding Karamel

      Masih di suasana Hari Raya lagi kan?! So Selamat Hari Raya!!!! Orang sibuk beraya..aku nak upload Puding Karamel yang 1st time aku buat ni lah. Aku buat ini khas untuk anakbuah kesayangan aku tu.. Ni kes hari tu lah..kami pergi beraya rumah orang, tuan Rumah tu menyediakan Puding Karamel ni..habis semua dia bedal. Dia cakap ' kalau Mak Lang buat Puding Karamel ni, Abang Lang boleh habiskan dalam masa beberapa minit je '. Aku pun apa lagi Google la cari resepi..ternyata senang je nak buatnya, cuma aku ragu2 benda ni dah masak ke belum, sebab tak keras2..rupanya dah sejuk baru dia keras betul ye tak?! Memang betul beb..dia habiskan sekejap je benda tu..ha..ha..Terima kasih kat orang2 yang baik hati ni sebab sudi nak kongsi resepi mereka tu. Layan Album Puding Karamel aku ni ye..resepi aku copy paste je ye.. 

Puding Karemel Aku.. 

Bahan2:

1 Cawan Gula
1/2 Cawan Air - utk karamel
1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus je*
5 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
3 sudu besar gula
Esen Vanilla

Cara-
-Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
-Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
-Padamkan api

-Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg  sediakan
Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & ke step seterusnya pula

-Pecahkan 5 biji telur & pukul Asalkan telur kuning pecah & sebati
-panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
-Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
-Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api

-Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg dipukul & Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing

-tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus tadi
-Kukus dalam tempoh 20-30 minit
-Kalau puding masih cair tak pejal-pejal, tambahkan lagi masa kukus sampai masak..kadang nampak je lembik lagi bila dah sejuk ok je.. 


Puding Karamel aku tengah kukus menunggu masak..


Tada..dah siap..
Aku guna loyang besar..tu yang nipis Puding aku ni..ha..ha.


Jumpa lagi!!

Jumaat, 1 Ogos 2014

Album Raya 2014 Aku..4th Day Raya..

      Hari ke 4 Raya...its movie time!!!  Memang tak sabar nak balik Kuala Lumpur...anak2 nak tengok wayang sebelum dorang balik kamsis & balik asrama masing2..lagi pun esok dah start kerja..lepas ni tinggal aku & abby je la..hu. hu..
      Hari ini tengok filem Guardian Of Galaxy.. Kebetulan anak buah pun ada...so aku angkut sekali lah.. Untuk Filem ni..aku rasa boleh tahanlah...ia menghiburkan! Macam2 perasaan ada..start je sedih...pastu ada lawak..aksi..boleh lah..dapat juga menghiburkan hati yang lara...ahaks! ahaks!
        So layan Album Raya aku ni lagi ye..


IOI Mall lah paling dekat..







Bye-bye..


Album Raya 2014 Aku..1st Day Raya.

      Album Raya 2014 aku..1st day Hari Raya..pergi beraya rumah saudara mara la..tak sabar nak makan rendang ketupat rumah orang hu..hu..'selamat hari raya semua'. Layan Album Raya aku ye..

Ayahanda & Bonda aku..

Along & suami..

Anak2 Along

Angah & family

Aku & anak2

Andak & keluarganya

Siti & family

Adik aku



Ni semua saudara mara ni.




Jumpa lag!