Pengikut

Jumaat, 27 Februari 2015

Apam Let It Go! Let It Go!

      Assalam..lama tak jenguk blog aku ni, bz sangat gamaknya aku ni, mana tidaknya...staff tak de beb! duk kerja seteret sampai malam je ni..tapi...sempat gak wat operasi kat dapur tu..he..he. Menu minum petang aku tadi Apam Eno! tapi lupa daa nak oles minyak dulu dalam acuan tu kan?! So seksa daa..aku nak keluarkan Apam aku tu..haish! Tak pe la, dah makan sedap je..he..he.. Layan Album aku ni ye..


Apam Eno Let it go aku!


Bahan2:

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandul
1/2 cawan gula
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu kecil eno biru
kelapa parut yang dicampur garam sedikit
pewarna ikut kegemaran

Cara2:
- satukan semua bahan kecuali Eno, kacau sebati, biarkan 1/2 jam
- bila tengok adunan tu dah berbuih sikit baru campurkan eno & pewarna
- kukus hingga masak ( lama masaknya ikutlah besar @ kecil acuan yang anda gunakan)
- dah masak gaulkan @ letakan kelapa parut tadi.


Acuan yang aku gunakan..

biarkan 30min

letak color kegemaran

tuang adunan dalam acuan..kukuskan


Tada! dah siap.. tak boleh keluar! huk! huk!

Apam Eno let it go aku!


Jumpa lagi!..


Rabu, 25 Februari 2015

Wordless






Sabtu, 7 Februari 2015

Mini Pavlova aku

      Selamat petang, hari ini aku mencuba untuk membuat Pavlova. Asyik duk beli orang punya je, benda favorite..sedapkan?! tak cukup! makan tak puaslah ha..ha. Resepi dah google merata-rata.. tapi buatnya tak gak..he..he. Hari ni barulah aku berkesempatan membuatnya... hmmmm..nikmatnya Allah..buat sendiri kan..dapat banyak woo..lepas tu suka hati akulah kan nak letak apa untuk hiasanya..he..he. Resepi Pavlova lebih kurang je semuanya, cuma manisnya lah korang adjust ikut tekak korang..dalam banyak2 resepi yang aku google tu aku mencuba resepi ini..tapi aku tak tau la siapa tuannya..sebab dah lama sangat aku kumpul he..he. Layan Album Pavlova aku ni ye..


Mini Pavlova aku hu..hu.




Bahan-bahan
4 biji (120 grams) telur putih
1 cawan gula kaster (aku kurangkan sikit)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cuka makanan
1 sudu makan tepung jagung

Topping:
1 cup (240 ml) non-diary whipping cream

Cara buat topping
 Pukul non-diary whipping cream sehingga kembang dan gebu.

Cadangan buah-buahan untuk hiasan
Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda

Cara membuat Mini Pavlova
Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
1.   Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
2.   Tuangkan atas acuan kertas kecil2
3.   Panaskan oven pada 200 darjah C
4.   Bila masukan pavlova dalam oven terus turunkan suhu kepada 160 darjah C dan Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk. (tp bergantung pada oven masing2 ye)
5.   Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.


Putih telur yang dah kembang

Aku buat bentuk mcm ni..senang nak ngap!

dah masak garing

Letak krim

hias dengan buah2

Tada! dah siap








Jumpa lagi



Rabu, 4 Februari 2015

Green Velvet Cake untuk Ayah & Shasha

      Selamat petang kengkawan..hari minggu yang lalu kami menyambut Birthday Ayah yang ke 73 tahun serta anak kedua ku yang lahir pada bulan Januari juga. Alhamdulillah.. walaupun ayah semakin uzur tapi kami bersyukur ayah masih bersama kami lagi..terima kasih Allah. Disebabkan ramai gak anak buah yang ada waktu itu..So kali ini aku nak buat Kek yang besar sikitlah, Green Velvet Cake bertingkek-tingkek! Ha..ha.. Taklah..2 tingkat je. Resepi Red Velvet Cake yang biasa aku buat tu la..cuma colour je aku tukar ke warna hijau..rasa tetap sama beb! so sadap & so moist & so creamy! Layan Album birthday aku ni ye..


Green Velvet Cake aku..

Birthday Ayah & Shasha memang selalunya kami sambut bersama..

Ni la 1/4 daripada cucu2 Ayah


Adik pun buat Kek juga..Devil Chocolate Cake Ct




Proses mengukus

Proses meletak krim

Tada!! dah siap!
 inilah hasil dari tangan tak berseni ku..he..he.








Jumpa lagi..