Pengikut

Rabu, 26 Ogos 2015

Rich Oreo Chocolate Brownies

      Selamat petang..hari ini aku nak update Brownies Oreo yang aku buat hari tu. Sedapnyaaaa...dah lama aku tak buat Brownies Oreo ni. Hari tu aku teringin sangat so..mulalah operasi membuat Brownies Oreo tu. Dulu aku pernah buat kan, banyak kali dah tu! tak percaya? cer korang tengok salah satu Brownies Oreo yang aku pernah update, klik kat link sini ye he..he. Ok..layan Album aku ni ye. Resepi omputeh ye..korang translate sendiri je la ye..

Rich Oreo Chocolate Brownies



RESIPI RICH OREO CHOC BROWNIES 
(Makes 8" sq)
 INGREDIENTS:
 225g/8oz Butter
 240g Cooking Chocolate
 3 Large Eggs 1 tsp Coffee Powder
 1 tsp Essence Vanilla 
250g Castor Sugar
 60g Flour* 40g Cocoa Powder* 
1/2 tbsp BP* 
1 tsp Salt* (* mixed together) 
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour (1 pack = 137g but no need to be so accurate)

 METHOD:
 1. Melt chocolate & add butter. Stir until smooth.
 2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth. Add in chocolate mixture & stir well. Fold in flour mixture until well mixed. Finally fold in Oreos. 
3. Bake 170C for 45 min. 



Ni yang dah siap untuk dibakar

Tada!! memang rich woo..



Ok..jumpa lagi..


Ahad, 23 Ogos 2015

Kuih Getas

      Selamat petang, korang dah minum petang ke? Tak tau nak makan apa? Jomlah buat Kuih Getas ni! Senang pun senang, sedap pun sedap..kejap je pun buatnya, tapi kena ada bahan la kan, kalau tak ada camne nak buat ekk?! heeee...
      Kuih Getas ni memang favorite aku, 1st time aku makan masa kerja kat Keramat dulu. depan Lrt Jelatik dulu ada flat, bawahnya ada kedai-kedai. Hujung flat tu dulu ada pejabat Pos, kat depan Pejabat Pos tu ada orang berniaga Kuih2 & Pisang goreng, Kuih Getas ni pun dia buat juga, tulah 1st time aku makan. 'Ini kuih Getas, Kuih orang Banjar katanya' bila aku tanya nama kuih ini. 
      Baru2 ni aku teringin nak makan, tapi tak jumpa2 lak orang menjual Kuih ni. Sudahnya ternampak kat Moment Weechat kawan, mak dia buat Kuih ni, apa lagi..wasap la dia minta resepi. Masalahnya bila tanya orang2 tua ni resepi, dorang tak ada sukatan ye..semua main agak2 je. So aku pun agak2 juga la, ikut suka aku la ye..layan Album aku ni ye.

Kuih Getas aku..



Bahan2:

1 pek tepung pulut (1 pek tu 500g kan?)
1/2 biji kelapa parut ( yang putih je, kalau kelapa tu kecil, korang buat lah sebiji kelapa tu)
sedikit garam ( larutkan dalam air panas )
air untuk menguli

Cara2nya:

- satukan semua bahan, uli sehingga sebati dan tidak melekat di tangan
- bentukkan, ikutlah bentuk apa yang korang nak buat
- goreng hingga masak,
- taburkan gula halus


Sebatikan semua bahan macam ni..

Canai @ ikut la bnetuk apa yang korang nak buat ye..

Goreng sehingga kekuningan

Taburkan Gula halus


Tada! dah siap

Gula tu bolehlah adjust ikut rasa korang.




Jumpa Lagi..


Jumaat, 21 Ogos 2015

Rich Chocolate Pudding again!

      Selamat petang semua... panas betul kan hari ni?! Rasa tekak cam nak makan benda sejuk je he..he. Saje je lakonan tu, sebenarnya dah buat pun ni.. Rich Chocolate Pudding. Puding ni dah biasa aku buat, ni jadi Puding kegemaran keluarga dan kawan2 dah ni. Korang pun mesti dah biasa buat kan?! Cer tengok resepi Rich Chocolate Pudding yang aku dapat ni, sama tak dengan korang. he.he.. So layan Album aku ni ye..


Rich Chocolate Pudding






Jumpa lagi!!


Rabu, 19 Ogos 2015

Frozen time!

Selasa, 18 Ogos 2015

Cinnamon Roll

      Assalammualaikum Bloger dan readers semua, lama tul aku tak menjengguk kalian semua kan, dasyat giler ler tahap kemalas aku ni. Kesibukan kerja disamping nak melatih staf baru dan tanggungjawap sebagai Ibu, nak ambil dan hantar anak ke Sekolah lepas tu ke Tuisyen pula, ditambah dengan malasnya itulah membuatkan Blog aku ni berhabuk dan berdebu tak di kemaskini. 
      Sebenarnya banyak benda aku nak cerita dan share selama ni, tapi untuk permulaan ini aku nak tunjuk dulu sarapan pagi aku hari ni. Tada!!! Cinnamon Roll malas aku. Ni kes malam tadi la ni, tetiba tekak nak makan Cinnamon Roll ni lak, nasip baik bahan2 ada kat rumah, apa lagi tu dia! menguli baik punya pakai tangan beb..hu..hu. Dah siap semua nak bakar lak, punya malas nak tarik plug untuk pasang Oven, so aku bakar menggunakan Periuk Serbaguna Avon daaa..ha..ha. Jadi juga, dapat lah menghilangkan keinginan yang teramat untuk makan Cinnamon Roll tu..he.he. Layan Album aku ni ye..


Cinnamon Roll aku..

Bahan2:
300g tepung roti 
50g butter1 biji telur 
50g gula halus 
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh 
1 sudu kecil garam

BAHAN UNTUK FILING2-
3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka aku letak 2 sudu je)
60g gula perang 
20g butter-suhu bilik
20 gm walnut/badam cincangraisins (option- ikut suka) 

Cara buat roti:  

1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. ( disebabkan malas yang teramat melanda, nak pasang plug pun aku malas, so aku bakar menggunakan Periuk serbaguna Avon tu je..he..he)

BAHAN UNTUK ICINGI: (aku tak buat pun-tak sabar dah nak makan)

Glaze/goo:
-2cup gula perang lembut
-50g butter
-1/2cup thick cream/heavy cream
-1/2cup air
-1 sudu teh garam
-1cup kacang pecan/walnut (dibakar 170c dlm 3-5minit smpi wangi & cincang kasar)

Cara-cara GLAZE/GOO:
1. Cairkan butter,masukkan gula perang,kacau sebati.
2. Masukkan cream,air & garam,kacau sebati biarkan mendidih 5minit.
3. Sejukkan seketika.


Tada!! dah siap pun.





Bakar 3 biji je dulu malam tadi, nak makan punya pasal..ha..ha.



Jumpa lagi..