Assalammualaikum, dan selamat malam semua, ini cerita pagi tadi..Roti Puri untuk sarapan pagi kami. Kan cuti public holiday.. aku dan anak2 plan balik ke rumah Ayah aku sampai hujung minggu ni. Sekarang kenalah lebih kerap balik melawat ayah sejak mak aku meninggal 6hb disember 2015 yang lalu. Ayah dah uzur, sebab tu Ayah aku tak nak pergi mana2 pun, puas kami ajak duduk dengan kami dia tetap tak mahu juga..katanya 'nantilah...' So sekarang dia duduk dengan adik lelaki bongsu aku tu je la, tapi adik aku pun bekerja, risau dia sorang2 kat rumah bila adik aku keluar bekerja. Tapi nasip baik adik perempuan aku yang bongsu duk kat sebelah rumah Ayah, so dia dan anak2nya selalu lah jengah Ayah kat rumah..hammm..harap ayah ok.
Berbalik ke Roti aku ni... Roti Puri mak selalu buat. bila kami balik ramai2 tu dia tak tau nak buat apa, dia akan buat ni la..senang katanya..korang ramai pergilah goreng nanti. So kerana rindu kat mak..aku terbayang dia mengelek tepung kat pangkin didapur tu..aku pun bancuhlah tepung buat. Walaupun kami tak banyak bercerita tentang mak sejak pemergiannya..tapi aku pasti cucu2nya pun rindukan nenek dan masakkanya..harap ini serba sedikit dapat mengubati rindu mereka. Layan Albun Roti Puri aku ni ye..
Roti Puri aku
baik punya cicah..makan dengan kuah dal
Tada!!! korang nak resepi ke?!
alah google je la..sonang je resepinya..sama je resepi dorang tu..
Kuah Dal version mak aku..
Abaikan je lah kuali antik mak aku tu ye..
Jumpa Lagi!!!
8 ulasan:
Wah nampak sedap belaka . I think I saw this kind of bread di Aeon yesterday . Well then I should try lah .. Asyik roti canai je kan . haha
My blog link -> Syamsid Blog -
.
mcm sedap je... mcm sedap je...
wahhh.cravin' nyaaaaa
Sedap nian tu..haaa
Aah..X yah nk menebar bagai kan..
Betul! Betul! Betul!
Ihik! Ihik! 😍
Makanan dari Air tangan sendiri..sedap je la..he.he.
Catat Ulasan