Assalammualaikum, uhuk! uhuk! berdebunya blog ni! lama tak kemas! busy naw ke tuan rumah ni! he..he. Uish! rindunya aku kat korang tak terkata..tapi apakan daya..masa tidak mengizinkan. Hari ini kerana rindu yang tidak tertahan, aku munculkan juga sebentar diriku disini bertemu kalian.
Hari ini aku nak tunjuk Cheese Cake yang zaman nun aku buat dan simpan kat draf..la ni baru aku nak habaq kat hangpa semua. Resepi Nutella Cheese Cake ni aku ambil kat Youtube..aku taip je Nutella Cheese Cake, video resepi ni naik dulu..tengok cam simple je so aku try la. Sedap kau! so creamy..tak muak makan, lebih-lebih lagi kalau dia sejuk sikit.. makan tak berhenti tu. Ingat nk makan sesudu...tapi eh! satu sudu lagilah..lepastu..lagi satulah..sudahnya habis sepotong.. Anak2 pun suka tu..asyik suruh buat je..so adalah dekat 3-4 kali dah aku buat Kek ni. Selamat menjamu mata! Layan Album aku ye..
Nutella Cheese Cake aku..
Bahan untuk kerak:
250g biskut oreo (buangkan krimnya)
80g butter yang dicairkan (6sudu besar)
caranya:
- hancurkan biskut tadi, masukkan butter cair, kacau sebati
- masukkan adunan biskut dalam loyang, padat & ratakan biskut tadi
- bakar 180'C selama 13-15minit
Bahan untuk Cheese:
-1kg cream cheese (suhu bilik)
- 3/4 cawan heavy cream
- 1 cawan gula halus
- 2 sudu kecil esen vanila
- 4 biji telur (suhu bilik)
- 2 sudu besar tepung (ni aku tambah sendiri)
caranya:
- pukul cheese dan heavy ccream sebentar
- masukkan gula halus -pukul lagi
- masukkan esen vanila dan telur-pukul hingga sebati
- masukkan tepung-kacau sebati
- asingkan 1/3 adunan cheese, selebihnya tuang kedalam loyang biskut tadi
- ambil 1/3 adunan cheese yang di asingkan tadi,
- campur dengan 2/3 cawan nutella. (ala..agak2 la..ikut suka korang lah nak banyak mana..sedap je nanti.
- masukkan 2 sudu besar heavy cream, kacau sebati
- tuang aduan cheese dan nutella tadi diatas aduan biskut dan cheese tadi.
- ratakan atau nak buat marble ke, suka2 hati la ye.
- bakar 150'C selama 45-55 minit atau sehingga masak.
- sejukkan kek yang telah masak tadi.
sementara kek sejuk,
- ambil 1/3 cawan heavy cream panaskan sebentar, tak perlu sampai mendidih
- masukkan 2/3 cawan nutella kacau sebati.
- tuangkan atas kek yang sejuk tadi.
- sejukkan dan biarkan semalaman..fuhhh memang sedap makan time ni.
biskut yang dah diratakan
tuang cheese atas biskut tadi..
tuang cheese yang dicampur natella atas cheese yang plain tadi
ratakan dan bakar
Tada!! dah siap..
errr..maaf ye..sebenarnya aku tak de nutella..ni je yang aku jumpa kat pasaraya..tapi sedap gak.. pada aku..lagi 10% nak sama dengan nutella. Anak2 tak perasan pun tu bukan nutella. sedap je makan..
Hiaslah camne korang nak hias..
ughhhhh..sedapnya...
Jumpa lagi..
1 ulasan:
pandainya buat kek,
nutella dah la sedap digabung dengan chesee plak perghhh, mmmg meleleh air liur tgk pic ni.
jom singgah baca entry blog saya :
spitoutkata.blogspot.my
Catat Ulasan