Pengikut

Sabtu, 10 Disember 2016

Blueberry Sponge Cake with Cheese Cream

      Assalammualaikum, guys! Hari ini anakbuah aku punya birthday, semalam dia request nak kek birthday dari aku! dia suruh aku buat! Erghhh! Macam la aku terorr kan! Tapi selalunya bila birthday dia aku memang akan buatkan dia kek sebiji he..he..he..tapi kek simple sahaja okay, korang tak perlulah imagine lebih2 ye. 
      Masalahnya aku kerja semalam beb, so..untuk menyenangkan hati semua orang, aku buat macam ini je. Tada! Blueberry Sponge Cake dengan Cheese Cream. Tapi, tapi, tapi, aku pakai tepung segera je untuk kek span tu. Semalam bila dapat je whatsapp voice message dari anakbuah aku tu, aku terus pergi kedai bakeri belakang tempat aku berkerja ni, beli tepung kek span segera tu je dan bahan yang tak ada kat rumah, tak payah dah aku nak sukat2 bagaikan untuk sediakan bahan kek macam dulu, sah-sah kek aku jadi gebu, he..he. Cream Cheese ada banyak version kan?! so ikut korang la nak pakai resepi Cream sesiapa pun, janji sedap ekk.
      Layan Album aku ni lagi ye..


Blueberry Sponge Cake with Cheese Cream 


* bahan dan cara buat kek span yang segera tu ada kat belakang pek tepung tu, so korang baca dan ikut je la arahan dia ekk


bahan2:
- 250ml whipping cream (yang topping tu)
- 200g cream cheese (aku pakai tatura cream cheese, so sayang pula lagi 50g tu, so aku masuk je semua dalam tu, heeeee...heeee)
- 1/2 cawan gula aising
- sedikit asen vanila
- sedikit jus lemon (ni ikut la, kadang ada lemon kat rumah aku masukkan, kadang tak ada lemon aku skip je la)

cara:
- pukul whipp cream sampai kembang
- pukul cream cheese berasingan sampai nampak lembut berkrim
- satukan cheese dalam whipp cream tadi, pukul hingga sebati
- masukkan gula sedikit-sedikit, pukul sebati
- serta asen vanila dan lemon jus tu

* hiaslah mengikut kreativiti masing2 ye



Ni je la dia tangan orang tak berseni, jadi ler ye tak




jumpa lagi



4 ulasan:

Sop berkata...

nampak pun dah sedap tu.. huhuh

cikkyra90.blogspot.com berkata...

Wah nampak sedap tu

azlia berkata...

Sop..akak pakai tepung segera je..sedaplah..kompem rasa dia sedang2 je. He..he. Selamat dr masalah kek X naik, telur msk angain, tension woo...

azlia berkata...

Aah..kena lak cream cheese fuhh..