Selamat petang semua, huaaaah! di petang yang dingin ni, rasa mengantuk pula. Kalau tidur ni mahu terlajak pula sampai pagi esok kan?! Tapi kalau tak tidur, rasa lapar pula! Godek punya godek tengok apa ada dalam peti ais tu, sekali, apa pun TIDAK ADA!!! Yang ada telur dan susu je?! huhhh! bancuh susu dengan telur nak?! lepas tu minum, uhhhh.. tu tak mungkin terjadi! ehh! ada whipping cream la.. jom buat ni, Crema Brulee, tapi bahasa melayu dia apa ekk?! Entoh! Jom layan Album aku ni dulu..
Creme Brulee aku
bahan2:
- 200ml susu segar
- 200ml whipping cream
- 1/4 cawan gula ( aku rasa banyak ni perfect dah )
- 2 biji telur
- 2 biji kuning telur sahaja
- 1 sudu kecil asen vanila
- sedikit garam
- gula untuk tabur atas creme brulee tu nanti
cara2:
- campurkan semua bahan diatas, kacau sebati sehingga gula tu larut je ( tak perlulah kacau kuat bagai macam nak buat kek tu pula kan?! )
- tapiskan adunan tuang dalam bekas remekin sehingga 3/4 penuh je
- bakar 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2 ( aku lepas 20 minit bakar tu aku goyang2 sikit bekas tu, agak macam semua dah pejal ok dah la tu )
- bila dah masak tabur gula atas dia, hidupkan api torch tu bakar gula sehingga gula tu perang.
- lagi sedap makan bila baru keluar dari peti ais, lepas tu baru tabur gula tu then bakar pakai api torch tu
* sebelum aku ada torch tu, aku bakar gula atas tu pakai oven tu juga, tapi bakar pakai api atas je
* kadang2 aku malas pasang oven, aku panaskan kepala sudu besi tu, dah panas, belakang sudu tu aku oleskan atas gula yang ditabur tu, buat sampai semua gula tu terbakar perang
* sekarang dah ada api torch tu, apa lagi zerrrrrrr je la
Tada dah siap!
Jumpa Lagi..
9 ulasan:
Alahaiii sedap..remekin x cukup pulak
Alahaiii sedap..remekin x cukup pulak
Sedapnya. Last sis makan adalah 2 tahun lepas. Terliur plak. 😅
nampak pun dah mcm sedap. huhuhu
Gosh! Nampak sedap giler!! Untungnyaa pandai masak
Ha..ha..pinja sy punya kak.. Bila nk buat meh sy antau.
2 thn lepas? Hmmm...mmg dah kena wat ulangan makan ni..he..he.
Ha. Ha. X ler pandai..terpaksa memandai-mandai ni sbb rakyat ramai..masak woo..nk beli bebanyak.
Macam je..kena try dulu ni..meh amik Resepi sonang akak..
Catat Ulasan