Pengikut

Khamis, 15 Disember 2016

My Simple Bread Pizza

      Selamat pagi.......!!! Bangun! bangun ler! errr... korang dah bangun yeh?! maaf ye.. Assalammualaikum, Meh la sarapan sekali dengan aku ni! Aku buat bread pizza yang senang ni, ambil apa je yang ada dalam peti ais tu, masak je la.
      Cuti sekolah ni, anak2 ada kat rumah, perbelanjaan pun bertambah..hmmmm. Barang dapur pula tak banyak dah ni, tapi malas nak keluar rumah pergi beli barang tu..hu..hu. 
       Okay, layan Album sarapan sempoi aku ni ye..


My Simple Bread Pizza
 fuhh garing tu, makan kruk! kruk! bunyinya..

Bahan2nya:

- roti gardenia ( iklan sikit )
- sos spagetti Kimball ( iklan lagi )
- bawang bombay dicincang
- ayam atau daging cincang
- sedikit sosej ayam yang aku potong dadu (sebab ayam cincang aku sikit daa)..
- cili boh sikit (tekak melayu la katakan, mesti nak pedas sikit
- cheese mozarella secukupnya 

cara: (ala korang pun tau dah ni)

- tumis bawang yang dicincang tadi dengan sedikit minyak
- dah naik bau masukkan cili boh tadi goreng hingga cili tu masak
- masukkan daging cincang tadi, goreng hingga air daging tu kering
- masukkan sos spagetti kimball tu sikit
- letak perasa, biar kering seketika
- letakkan ayam tadi atas roti, taburkan cheese mozarella diatasnya
- bakar hingga roti tu garing atau kekuningan (ikut suka tekak korang la)

letak macam ni hah.

ni dah boleh bakar  dah ni


Tada! dah siap



Jumpa Lagi!!!


7 ulasan:

cikkyra90.blogspot.com berkata...

simple je. konpem sedap ni :)

Ana Suhana berkata...

Mmg sedap. Dan plg penting jimat. 👍

azlia berkata...

Sedap juga la.. Makan panas2,garing lak tu..kruk! Kruk! Bunyi dia..heeee

azlia berkata...

Haaa...tu yg nak dengau ni..jimat! Ha..ha..

Sop berkata...

menarik
sop suka kalau letak byk cheese :)

Tanpa Nama berkata...

Bestnya...tengok pun dah buat rasa lapar. Salam kenal awak, jom ler lawat blog kita http://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, masukkan kan sekali blog saya dalam bloglist awak. Terima kasih..

NEKCIK berkata...

Terus lapar lah nekcik