'Satu sukan, satu murid' itu yang pihak Kementerian & Sekolah cuba untuk laksanakan di Sekolah2. Iye ke?!!! Hmmm...untuk murid2 yang macam anak aku ni..tah la. Yela Abby tak macam kakak2nya, tak macam rakan2 kelasnya yang lain, pandai, aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Abby memang aktif tapi apabila dia bersama keluarganya atau kenalan aku di tempat kerja (sebab memang disitu la mereka duduk sehingga aku habis kerja) atau apabila berjumpa dengan sepupu-sepupunya. Mungkin sebab dia dah biasa atau lebih mengenali kami lebih rapat berbanding dengan kenalanya di Sekolah. Macamana nak definasikan Abby ni yeh!...Abby suka buat hal dia sendiri, tah la..aku tak tahu macam mana dia di Sekolah, tapi aku dapat bayangkannya. Walaupun Cikgunya pernah berkata abby ok je, selain dia lambat nak salin apa yang Cikgu tulis di Papan Hitam serta habiskan kerja Sekolah dia.. dia memang buat hal dia sendiri..tu yang membuat hati seorang ibu ini risau..tah mana dia pergi? rehat dengan siapa? ada ke dia best friend? ada ke bebudak yang menggangu dia? dia tak pulak pernah mengadu apa2..sedih pulak hati ummi ni.
21hb april 2013 yang lepas hari sukan Sekolah dia, Abby langsung tak ambil apa2 bahagian. Yela tahun ini Abby dah tahap 2, dah tak ada dah acara yang macam susun menara ke, isi air dalam botol tu semua. Mungkin Cikgu2 tgk dia lambat kot, pastu tak boleh bawa kemenangan untuk Rumah Sukan mereka, sebab tu la murid2 yang macam Abby ni tak berpeluang nak bersukan yang hanya setahun sekali tu! Tahun2 sebelumnya ada gak Abby masuk, paling2 pun satu acara, tak la dia merasa terpinggir & merayap sana-sini dan yang penting dia tak menyebabkan rumah sukan mereka kalah okay, sebab terbukti dia menang juga! Aku faham la...pada Sekolah2 yang bilangan muridnya ramai, memang la tak kisah kalau anak2 kita tak ambil bahagian atau mewakili rumah sukan mereka, tapi Sekolah ni bilangan muridnya tidak ramai, murid yang lebih kecil pun terkedek-kedek lari boleh masuk acara atau masuk kawad. Paling2 pun lari dalam guni tu ke, lari berhalangan tu ke, kan Abby pernah masuk semua acara tu?! Hmmm...tak pe la yang penting anak aku beriya-iya bangun pagi, sebab 'nak juga pergi Sekolah sebab hari ini ada sukan ' katanya..yang penting semangat nak bersukan dan berada bersama rakan2 di hari sukan Sekolahnya masih ada. Aku sebagai Ibunya serta kakak2nya juga akan tetap bersama, menyokong, membantu dan membimbing Abby dalam meneruskan perjalanan untuk mencari tempat di dunia dan di akhirat nanti selagi terdaya...inssyaallah. Layan je la gambar2 ni ye...
Abby breakfast dulu ye..nanti nak sorak kawan2.
Abby: "mana diorang ni?"
Amboi cekak pinggang! apa yang di fikirkan tu yeh?! agaknya..."ini aku pun ble buat apa!" he..he..
Abby: "meh la abby ganti!"
Ketua rumah sukan membawa Bendera rumah sukan masing2.
Acara pertandingan kawad.
Rumah Kuning.
Rumah Merah.
Rumah Biru.
Rumah Hijau..Rumah Abby ni..
Khemah Rumah Hijau & Biru
Khemah Rumah Merah & Biru
Khemah Rumah Merah.
1 ulasan:
salam Azlia..lama nekcik tak jengok sini...ye teringat nekcik kenangan 6 tahun bersama warga SRIM
alhamdulilah menjadi memori indah
Catat Ulasan