Pengikut

Isnin, 3 November 2014

Hutan Lipur Tampin

       Assalammualaikum...maaf ye..tumpang lalu nak cerita lama ni jap he..he. Terlanjur aku melawat anak hari tu sambil menyerahkan Kek Birthday Anak buah hari tu kami singgah bermandi-manda la pulak di Hutan Lipur Tampin. Best gak tempat ni..air kolam tu dari terjun atas tu..kolam tu pun banyak, so korang boleh mandi kat mana korang suka. Ada chalet lagi kalau korang nak tidur sana atau buat hari keluarga kat sana. Layan Album aku ni ye.. 


Hutan Lipur Tampin..





Makan tengah hari kami..


Makan malam kami..
petang tu adik dah sampai..so keluar makan sekalilah tu..


Hari kedua pula..
ni sebab adik tak puas hatilah ni semalam tak dapat join! ha..ha.


















Jumpa lagi...


Ahad, 2 November 2014

Petrosains KLCC

      Assalammualaikum... Errrrr...konon tadi aku kata tak de apa2 kat KLCC?! Nak balik la kononnya tadi ye?! Nuh...ke Petrosains lak aku meyinggah! Gara2 Abby la ni! Adoyyaiii.Camne la Aku ble termakan dengan rayuannya itu?!
      Aku tak plain pun nak pergi petrosains ni...sebab aku berdua je dengan abby, kalau pergi ramai2 bestlah...sebab tujuan asal nk repair Hp. Kalau tahulah kakaknya kejap lagi...bisinglah pergi tanpa mereka..  Aduh... berjawap ni kang.
      Pertosains...sama je macam beberapa tahun lepas...cuma ada sedikit penambahan tang tayangan filem pendek 3D tu & astro canyon coaster. Selebihnya sama je..memang bagus untuk kanak2 belajar & mula mengenali sains.
      Tiket masuk untuk dewasa sekarang ni RM15.00..kanak2 bawah 12 tahun RM5 je. Bila cuti Sekolah nanti tak tau la sama ke tak. Layan je la Album anak kecil ku yang dah besar ni ye...
      
Tiket dah beli..


















Jumpa lagi..


KLCC

     Dah lama tul aku tak pergi tempat ni. Hari ni sebab Hp Aku wat hal..terpaksa la Aku menjejakkan kaki di sini. Hmmm...kebetulan lak...tak Ada apa2 pun KLCC ni! wayang pun tak de cerita best! Hp pun...alahai... Sudahnya singgah food court makan... So baliklah!!!





Sabtu, 1 November 2014

Kek Birthday Sarah

      Assalammualaikum...minggu lepas aku melawat anak yang belajar di Melaka tu. Kami pun pergi ke Rumah Along di Seremban & tidur semalam disana..kebetulan Birthday anaknya Sarah baru lepas, aku fikir elok gak kalau aku buat sebiji Kek sebagai hadiah aku untuk dia. (opps! terlambat sudah! he..he.) So sempat gak lah aku buat sebiji lagi Kek Coklat Lembab lagi menggunakan resepi yang the bestlah..yang biasa aku buat tu..he..he.. layan Album birthday aku ni ye..

Anak buah aku Sarah





  Bahan-bahan 

·        170g tepung superfine*
·        1 sudu kecil baking powder*
·        1 sudu kecil soda bikarbonat*
·        1 tin susu cair (400g)
·        100g serbuk koko
·        200g minyak jagung @ minyak masak
·        250g susu pekat
·        250g gula halus - hana letak 210 jer
·        5 biji telur - blend 5 minit
o   Cara-cara
·        Ayak bahan yang bertanda *.
·        Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
·        Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
·        Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
·        Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
·        Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
  
·         200ml whipping cream (dairy)
·         500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
·         1 sudu besar air panas
·         2 sudu besar sirap glukos
·         2 sudu besar butter
o   
Cara-cara
·         Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
·         Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
·         Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

o   
  RESEPI COFFEE CREAM CHEESE 
·         500g creamcheese
·         1 cawan butter lembut
·         1 cawan gula aising
·         1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)
o   
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

 CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

·         Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
·         Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
·         Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
·         Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.

·         Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Ni Kek yang dah diratakan krim.

Hiaslah ikut kreativiti korang..
Maaf ye..setakat ini je lah yang termampu aku hias..he..he.




Jumpa lagi!