Pengikut

Sabtu, 1 November 2014

Kek Birthday Sarah

      Assalammualaikum...minggu lepas aku melawat anak yang belajar di Melaka tu. Kami pun pergi ke Rumah Along di Seremban & tidur semalam disana..kebetulan Birthday anaknya Sarah baru lepas, aku fikir elok gak kalau aku buat sebiji Kek sebagai hadiah aku untuk dia. (opps! terlambat sudah! he..he.) So sempat gak lah aku buat sebiji lagi Kek Coklat Lembab lagi menggunakan resepi yang the bestlah..yang biasa aku buat tu..he..he.. layan Album birthday aku ni ye..

Anak buah aku Sarah





  Bahan-bahan 

·        170g tepung superfine*
·        1 sudu kecil baking powder*
·        1 sudu kecil soda bikarbonat*
·        1 tin susu cair (400g)
·        100g serbuk koko
·        200g minyak jagung @ minyak masak
·        250g susu pekat
·        250g gula halus - hana letak 210 jer
·        5 biji telur - blend 5 minit
o   Cara-cara
·        Ayak bahan yang bertanda *.
·        Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
·        Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
·        Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
·        Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
·        Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
  
·         200ml whipping cream (dairy)
·         500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
·         1 sudu besar air panas
·         2 sudu besar sirap glukos
·         2 sudu besar butter
o   
Cara-cara
·         Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
·         Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
·         Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

o   
  RESEPI COFFEE CREAM CHEESE 
·         500g creamcheese
·         1 cawan butter lembut
·         1 cawan gula aising
·         1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)
o   
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

 CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

·         Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
·         Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
·         Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
·         Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.

·         Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Ni Kek yang dah diratakan krim.

Hiaslah ikut kreativiti korang..
Maaf ye..setakat ini je lah yang termampu aku hias..he..he.




Jumpa lagi!


Tiada ulasan: