Pengikut
Rabu, 5 Disember 2012
Isnin, 3 Disember 2012
Sepah The Movie ' Bukan biasa-biasa'..
Dah hampir sebulan Sekolah bercuti, aku tak kemana-mana lagi dengan anak-anak. Anak2 pun dah boring 'katak' duk kat rumah, asyik menalipon dari rumah neneknya "bila nak jalan2 ni?". Insyaallah lah anak2 ye..ujung minggu ni ummi dah minta cuti so berjalanlah mengikut kemampuan & mengikut tenaga korang sampai korang letih! Tapi untuk sementara waktu ni ummi bawa pergi IOI mall tengok wayang dulu ye sebelum ummi kerja petang ni.. Abby tak habis2 asyik menalipon ummi je nak tengok Sepah The Movie.
Sepah The Movie?! Hmmm.. cerita dia ok la.. cerita yang ringan, tapi korang gelak gak la sepanjang cerita tu..walaupun aku tension dengan lakonan heroin tu. Tapi tak la macam cerita 'Ngorat' tu.. aku?! usah kata nak gelak...senyum pun tak walaupun ada Aaron Aziz! Kalau korang nak pergi menonton Filem tu tak de hal lah! boleh lah nak menghiburkan hati..best gak tu! he..he..buat promosi lak!
Aku mengangkut 2 orang anak buah aku bawa sekali..
Muka2 yang kesukaan dapat keluar dari rumah jap..ha..ha..

Sempat gak singgah tgk movie 6D ni kat ioi tu..
aku memang tak suka tgk 3D ke, 6D ke..sbb aku pening..
nasip baik 10min je, tu pun rm60 utk 6org..
jadi ler...
Kalau dah sampai ioi ni..abby mesti nak naik benda alah ni...
anak buah..shida.
bergambar dgn hiasan untuk krismas di ioi thn ni..
di Diy shop ioi..
Ni aku letakkan trailer Sepah The Movie tu untuk preview korang..
Jumaat, 30 November 2012
Pengat Durian!
Amboi..sedapnya Pengat Durian.. Alhamdulillah.. berjaya juga aku makan Pengat Durian ni.. Ni Mat Gebu punya penangan la ni, semalam tengok blog Mat Gebu buat Santan durian sampai terliur. Nasip baik malam ni ada Pasar Malam, apa lagi bergegas la pergi beli, balik kerja je terus buat.. Ahhhh..sedapnya...kalau ada pulut sedap gak ni, tapi tak pe, cicah dengan roti..makan tak ingat!!! Bangun pagi terus sakit kepala! Agaknya panas sebab makan durian banyak sangat..
Tapi tak pe... janji aku dapat makan Pengat durian tu...so tak la aku duk teringat-ingat Santan Durian Mat Gebu tu..ha..ha.. Walaupun buat pengat tu korang dah tau..tapi aku nak juga bagi resepi aku..hi..hi..
Pengat Durian Aku..
Ni je yang aku dapat.. jadi ler!!!
Bahan & caranya:-
-Santan kelapa mengikut banyak & pekat yang korang nak, masukkan dalam periuk.
-Campur 1 ketuk gula melaka (kalau nak warnanya gelap sikit, pakai gula merah)
-Masukkan sedikit garam dan gula pasir mengikut citarasa korang.
-Masukkan daun pandan & durian tadi.
-Kacau sampai larut gula tu, tunggu menggelegak sikit, tutup api.
-Dah siap, bolehlah menikmatinya...
Semua bahan yang telah dicampurkan..
Dah siap!!!
Pengat Durian Aku..
Khamis, 29 November 2012
Sicilian Yogurt Orange Cake
Dah beberapa hari aku tengok buah oren dalam peti ais aku ni tergolek-golek je seorang pun tak peduli. Kalaulah buah oren tu dah berpotong.. alamatnya tinggal pinggan je dalam peti ais tu!!
Senang2 aku buat kek je.. semalam aku dah tanya bos aku resepi kek oren yang paling sedap sekali. Dia dah bagi tau dah, buat Sicilian Orange Kek, dia dah buat beberepa kali dah...paling gebu, paling lembut dan paling beroren sekali. Bos aku!.. tanya je apa kau nak masak! resepi mana yang sedap! nanti dia bagi la yang mana2 resepi yang dia dah penah try...gerenti seperti yang digambarkan! Tapi ni memang Kek Oren yang 'terbaikkk' yang aku pernah makan..hu..hu..
Nak resepinya?! Nin diaaaa!!!
RESIPI SICILIAN ORANGE YOGURT CAKE
Bahannya
250 gm selfraising flour
250gm butter
250gm gula caster
4 biji telur M
1 bekas yogurt (140ml)
85ml jus oren serta kulitnya yang diparut
1 sudu teh esen vanilla
cara:
1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Pukul butter serta gula kastor hingga kembang gebu.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu.pukul lg hingga kembang sebelum dimasukkan parutan oren,jus oren serta yogurt. kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan tepung Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 adunan tadi cukup sekadar rata. Pastikan semuanya sebati.
6. Bakar adunan selama lebihkurang 45-50 minit (ikut oven memasing).
7.Bila sejuk bolehla dihias kek dgn aising @ orange glaze ikut suka.
Icing :
125 g icing sugar
5 tsp orange juice

Separuh aku masukan dalam cup.

Lepas pukul butter, masukan telur satu persatu...
Masukan tepung, kacau pakai tangan je..
Aku masukkan separuh tepung tu dalam cup..
Ni yang dah siap bakar..
Dan siap dihias.. arrr.. ni aku nak bawa tampat keje!
Sebelum dibakar..
Selepas dibakar..
Tada!!! dah siap.. jemput makan!
Rabu, 28 November 2012
Selasa, 27 November 2012
Cinnamon Rolls..
1st time aku buat roti ni.. resepi ni aku ambil dari blog bos aku.. Dah lama aku ambil resepi ni, baru kini aku berkesempatan nak membuatnya.. Bukan apa..ni kira dah teringin sangat nak makan Cinnamon Rolls buatan sendiri, tu yang tak menyempat-nyempat membuatnya.
Apa pun aku memang berpuas hati dengan resepi ni.. sedap, tak manis sangat, lembut, walaupun aku punya tak gebu sangat macam yang ada kat kedai bakeri tu..tapi jadi roti gak kan, kira okey la tu.. Dan disebabkan itu..dah tentu aku akan cuba dan mencuba lagi membuatnya. Tapi aku rasa jenama yis yang aku pilih kot, dulu aku pakai jenama mauri buat donat ke, roti naan ke, kayu keramat ke..okey je.
Tapi takpe.. aku sertakan juga resepi ni untuk tatapan korang..

Ini la Roti Cinnamon Rolls aku..
( suka hati aku la kan nak letak cinnamon tu bebanyak..he..he..)
RESEPI CINNAMON ROLLS
Bahan2:
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh
1 sudu kecil garam
BAHAN UNTUK FILING
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik
20 gm walnut/badam cincang
raisins (option- ikut suka)

1. Gaulkan butter dengan tepung
sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry
yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

BAHAN UNTUK ICING
Icing! (tak buat pun), cuma gles dgn susu je pastu tabur badam.
Icing! (tak buat pun), cuma gles dgn susu je pastu tabur badam.
Tapi aku sertakan juga resepinya sebagai rujukan.
20 gm butter
50 gm krim cheese
100 gm gula aising
2-3 titik esen vanilla
secubit garam
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan. kemudian aising ni disapu keatas roti yg telah masak.
20 gm butter
50 gm krim cheese
100 gm gula aising
2-3 titik esen vanilla
secubit garam
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan. kemudian aising ni disapu keatas roti yg telah masak.
Tepung yang dah dicampur dengan semua bahan2 kering..
Doh yang telah siap...pastu doh tu naik tunggu dalam sejam..
Ambil sikit doh tu, canaikan, pastu taburkan bahan filing tadi..
ni paveret aku..sebab tu la letak bebanyak! he..he..
Bolehlah di bentukan/gulungkan ikut..
Shasha...kesukaan makan!
bukan apa tu..dah cuti sekolah..duduk rumah asyik cari benda nak makan je..
Cinnamon Rolls.. I made it from my heart..
speacial for my lovely child & my lovely husband..hi..hi..
Isnin, 26 November 2012
Cucur Pisang
Hujan pula petang ni! Syok gak kalau dapat tidur ni..hi..hi.. Kalau hujan2 ni..mulut memang rasa nak mengunyah je! Apa nak buat?!..Selongkar peti ais jumpa lak Pisang 3 biji je pulak tu.. Cukup la! boleh buat Cucur Pisang version aku...untuk aku seorang jadi la...
Buat Cucur Pisang ni sama je macam buat Cucur Kodok yang lain tu, cuma yang ni masukan sikit pisang emas yang dah dilenyek/dihancurkan ( aku tak sure la nak guna perkataan apa? ) Lebih sedap kalau ada kelapa parut, masukan sikit campur dengan gula perang sikit...sedap gak.

Cucur Pisang..
Ni adalah campuran tepung gandum, garam, gula pasir, gula perang, garam & pisang yang dilecek..
Bancuh dengan air & kacau sebati semua bahan, biarkan sekejap, baru goreng sampai masak cucur tu...
Dah pun siap..
Tada!!..
Langgan:
Catatan (Atom)