Assalammualaikum... Alhamdulillah sebelum aku kemalangan kenderaan pada 11 dis 2012 hari itu, aku sempat gak bawa anak2 aku & anak saudara aku berjalan ke I-City Waterpark Shah Alam.. Mulanya risau gak nak pergi sana, takut sesat..ehmmm! rupanya senang sesangat! 1st time pergi ni..huhhhh! syok wooo! dari masa sampai situ, mak orang ni (aku la tu) mengalahkan anaknya pulak..panjat tangga tu sana sini try semua game tu naik berkali-kali..huhhh! nasip baik tak de darah tinggi..
Pergi Waterpark musim cuti Sekolah hmmm..alamatnya sesak la, walaupun I-City Waterpark masih baru lg..tapi dah musim cuti Sekolah..semua orang nak bawa anak2 bercuti. Harga tiket untuk masuk Waterpark RM35.00 dewasa, RM30 untuk kanak2. Kalau ambil pakej masuk Waterpark & Snow world RM55.00 dewasa, RM50.00 kanak2. So...disebabkan musim hujan waktu itu, aku hanya pergi mandi sahaja & ramalan ku benar belaka...ternyata hujan turun dengan lebatnya petang itu..kira2 dalam pukul 4pm lebih..lagi 2jam nak tutup.
Tapi aku heran gak tengok gelagat manusia ni.. ada satu keluarga ni, dah tahu Waterpark tu tutup pukul 6pm, pastu tengok langit gelap nak hujan, tapi masih gak pergi beli tiket nak mandi. Pastu bila dah turun hujan, korang nak ke mandi lg?! tak takut kilat?! Dah tentu la pihak Waterpark tu mengambil langkah keselamatan pengunjung dengan menutup tempat itu. Dah tu!!! marah la keluarga ni, bertekak-tekak suruh pulangkan duit mereka kembali.. Tension gak mendengarkan nada suara & kata2 keluarga tu pada pihak Waterpark untuk minta duit mereka. Tak tau la dia berjaya ke tak mendapat duit tu..! Apa pun..jom layan gambar2 kenangan yang aku ambil ni.
Ini la dia...errr...tah la apa nama benda ni?! Tornado kot yang terbesar di Asia.. (kalau x salah aku la)
Dah ready nak mandi ni..
Goooo....he..he..
Abby & danial asyik naik gelungsor tu je..
Abby & Danial tak boleh naik lg, sbb x cukup tinggi & tak cukup berat..next time ok..
Dah penat bermain..lapar la tu..
Tengok! berebut makan lak tu!
Betul2 lapar Abby ni..
Kalau dapat ambil gambar waktu malam..lg cantik kot..