Pengikut

Rabu, 27 Februari 2013

Janganlah sampai anak aku pula yang takut nak pergi sekolah!


(gambar dari google)


Rabu, 20 Februari 2013

Retak!!! by Ella..

Jumaat, 15 Februari 2013

Hantu Kak Limah 2...Husin, Mon & Jin Pakai Toncit!

     Hantu Kak Limah2.. Husin, Mon & Jin Pakai Toncit...amboi panjang betui tajuk ehh! Sempat gak la aku bawa anak2 menontonnya, sibuk sangat budak2 tu nak tengok Kak Limah la, nak tengok hussin la. Aku ni pun bawa la kat pot biasa aku.. IOI Mall Puchong. Hantu Kak Limah2 nyehhh!!! Mmmm... Kak Limah dah sihat dah pun, wataknya pun jadi biasa je le.. Hussin lak dah bankrup..ate..wataknya pun biasa gak la..kene sorok dek hantu ayu..tu.. tak de le jadi hero menyelamatkan keadaan cam 1st movie dulu.. Pastu rupa ketua Jin tu pula guna khidmat Komputer.. mhhhm..lemah da aku menengoknya.. Jalan cerita pun ringan je..Kak Limah 1st, walaupun kita tau dia tu orang gila, tapi plot2 cerita dia best gak, dengan watak anak Mamat Khalid yang asyik suka menembak tu.. bomoh dvd temberang tu, bomoh siam yang menjampi dengan perkataan ke! ke! ke! part kak Limah bertenggek kat jamban tu, part soley! soley! kesemua watak ada perananya yang berkaitan antara satu sama lain..kira..best la. Walau pun Hantu Kak Limah2 aku gelak gak...tapi ada sikit frust gak la, tak de la aku pergi menontonya 2x kat panggung macam Hantu Kak Limah 1st dulu..he..he.. Camner pun anak2 suka sangat, jadi aku pun suka juga la.. Tapi....terima kasih gak la kepada pengarah2 juga penerbit2 kita di Malaysia ni kerana tak putus asa untuk mengarah &  mengeluarkan filem lagi & lagi & lagi. Walaupun kekadang ceritanya tah apa2, tapi sekurang2nya ia dapat mewarnakan lagi industri filem kita..

 Poster Husin, Mon & Jin Pakai Toncit..

 Tengok wayang kan..kena la ada Pop Corn..


 Arwah Pak Zami Ismail..Al-Fatihah..

Watak baru ketua Jin..Rashidi Ishak.
 

 Ah' wie..he..he..

Antara adegan dlm Hantu Kak Limah2..

Lawo dah Kak Limah ni..


Layan je la Trailer HKL2 ni..




Rabu, 13 Februari 2013

Berapa Kali Aku Dah Cakap?!!!! Jangan Ada Benci - Casey

Khamis, 7 Februari 2013

Selamat Menyambut Hari Lahir Ayah!!!

      Alhamdulillah...pada 2hb februari yang lepas genab birthday ayah yang ke 70 tahun. Bersyukur aku kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada Ayah untuk bernafas di buminya ini lagi & memberi kesempatan kepada kami sekeluarga untuk bersama lagi.. Ayah dah pun berumur 70 tahun..cepat betul masa berlalu. Aku rasa macam baru je semalam Ayah balik dari kerja macam biasa, letak motornya itu ditepi pintu dapur rumah, padahal Ayah dah bertahun-tahun tak kerja kerana keadaannya yang tidak mengizinkan..malah motor pun dan lama ayah tak naik. Ayah..'semoga panjang umur, sihat walafiat, dimurahkan rezeki & happy2 selalu..jangan asyik duk marah2 je tau!
      Untuk Ayah..tiada apa yang dapat aku berikan selain doa untuk kesejahteraan Ayah selamanya & seperti biasa aku buatkan Red Velvet Cake & aneka macam Pizza buatan anakmu sendiri tau...Semoga Ayah tahu betapa aku menyayanginya & menghargai segala tenaga serta usahanya membesarkan aku & adik-beradik yang lain.. Love u much..much..much...

ayah & cucu2nya..yg besar2 x nk dah bergambar konon!!!




Red Velvet Cake aku yang dicorakan oleh Erna..
mcm dolu2 da!!!

mmm sedapnya..he..he..

ni whipping krim yang dah diputar kembang..

sapu whipping krim pada setiap lapisan kek..

ikut kreativiti masing2la kan untuk menghias..korangkan terror2..he.he..







ni la hasil kerja tangan Erna..

Pizza2 yang aku buat..



Pizza Keema Ayam..
Pizza Sosej..
Pizza Tandori

Rabu, 6 Februari 2013

kerispatih - bila rasa ini rasa mu

Sabtu, 2 Februari 2013

Kek Marble Trio The 3rd!!!

      Assalammualaikum kengkawan..dah lama aku tak makan Kek Marble ni! Asyik bagi tumpuan kat Red Velvet Cake je (cewah!)..he..he.. Saje je buat..tengok kat rak tu ada strawberry emalco tinggal sikit je lg..sakit mata lak..alang-alang baik aku habiskan..(sebenarnya memang duk teringat-ingat dari minggu lepas lagi nak buat Kek Marble ni..ha..ha..)
      Aku dah pernah cakap dulu..ni la resepi Kek Marble yang terbaik sekali yang aku pernah try! Aku dapat resepi ni dari blog mat gebu..memang best. Nanti aku letakkan link & resepinya sekali ye..

 Kek Marble Trio aku..
 


 BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega hingga kembang, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  2. Dalam mixing bowl yang lain, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima-lima biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan  yang pertama tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau, pastikan hujung pisau sampai ke dasar adunan.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

* Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan sebelum membakar kek.

Adunan yang telah siap..


bahagikan aduanan kepada 3 bahagian untuk letak perisa & colour..
yang ni coklat..

yang ni strawberry..

yang ni plain je tapi letak esen ros..(macam mak2 kita dulu2 kan! pakai esen ros utk buat kek..hmmm..sedapnya bau dia..)
 
letak adauan yang berlainan selapis demi selapis, lepas tu lorek2kan..ikut suka andalah..

dah siap..bakar..

ni la rupanya bila dah keluar dari oven..

ta'da..dah siap..

bye..jumpa lagi!