Pengikut

Selasa, 16 Julai 2013

Puasa 2013 - 1st Time Berbuka Di Rumah Ayah!

 Assalammualaikum...salam Ramadhan bloger2 semua...Alhamdulillah..dah hari ke 7 Ramadhan, kejap je masa berlalu. Ahad yang lalu aku berkesempatan melawat Ayah & Mak sekali gus dapat lah aku berbuka Puasa bersama kedua orang tua aku. Kebetulan Ayah tidak sihat, Diarrhoea yang teruk, kesian Ayah..dah la bertongkat, memyebabkan pergerakanya terbatas berikutan kakinya yang sakit sejak dia ditimpa kemalangan hampir 20 tahun yang lalu. Mana mungkin dia dapat berlari ke bilik air apabila perutnya meragam... Turut susah adalah Mak aku...dia turut berlari juga untuk mendapatkan Ayah aku apabila Ayah aku memanggilnya untuk ke bilik air. Waktu aku sampai..Ayah dah beransur pulih selepas memakan ubat...melihat keadaannya..aku tambah lagi beberapa ubat untuk Ayah makan supaya lebih cepat sembuh. Alhamdulillah waktu berbuka puasa itu Ayah dah boleh makan sikit.. Mak pun tak berapa sihat sangat maklumlah dah berumur.. Aku seperti biasa lah, kalau nak balik ke sana tak pernah nak bagi tau mereka dulu, sebab aku jenis bila aku terasa nak balik, aku balik tak kira waktu ke, hari ke. So..ketika itu Mak memang tak masak sangat, sebab dia ingat dia berdua je yang berbuka, jadi itu je la makanan yang ada.. Tapi jangan risau..pasar Ramadhan kan ada...maka beransur lah kami kepasar ramadhan membeli apa2 yang patut.

Abby sempat main badminton sementara tunggu waktu berbuka..




Mak & Ayah paling marah kalau ambil gambar dia..
lebih marah lagi kalau bagi tau nak masuk FB..ha..ha..

Tah mana lak datangnya meja Oshin ni..nak tidur atas ni pun boleh..

Ni lauk yang Mak masak..
masak lemak pucuk ubi ikan tenggiri, sambal udang, pecal, pucuk paku goreng & cili jeruk..

Pajeri nenas ni beli utk abby..paveret la tu!

kuih muih yang dibeli..

 Ada pulak orang jual sate & ayam bakar...Mmmm...sedapnya.. 

Tiada ulasan: