Pengikut

Isnin, 28 Oktober 2013

Kek Gula Hangus Sehagus Hatiku..

      Ahhhh!!! Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Lebah aku yang tak bersarang..huaaa..huaaa.. Kek ni Aku buat masa Raya Haji yang lalu..tetiba je Mak kata "teringin lak makan Kek Gula Hangus, kau pandai buat tak?" Hehmmm..aku tak minat la Kek ni. Tapi dah mak teringin, bergegas la aku survey resepi kat Blog2 kegemaran aku..salah satunya blog yang ini.. Bukan salah resepi Kek Aku tak bersarang, salah aku la tu, masa aku pukul telur tu..aku dah tengok dah telur tu macam masuk angin sebab dia tak berapa nak naik, tapi aku belasah je teruskan. Alih2...ini la rupa Kek Sarang Lebah aku..tapi untuk 1st time kira ok la kan.?! Yang penting Mak aku dapat makan gak Kek ni..alhamdulillah...

Kek Gula Hangus Aku..
 

Tepung dah diayak!

Resepi Kek Gula Hangus:

Aku malas nak taip ye..aku copy paste je dari blog Mat Gebu ni.. boleh kan?!

BAHAN "A" :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega
BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
2.      Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).

3.        Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.

Gula dah disukat!

Dah pun Karamel Gula..!

 Masukkan Butter! sejukkan!

Pukul telur..ni yang aku spoil kot! arhhhh!!!

 Dah sejuk..bolehlah dihidangkan.. 


Bye..jumpa lagi..


4 ulasan: