Pengikut

Khamis, 24 Oktober 2013

Ketupat Palas Mama...

    Ketupat Palas Pertama ku ni resepi Mama..Mak Bos aku..tapi Bos aku la yang ajarkan, dari cara masak, sukatan & cara nak ikatnya, siap ambil video lagi (takut lupa beb). Aku saje masukkan kat post aku ni bukan apa, senang aku nak rujuk balik bila resepi hilang ke, malas nak cari, senang tengok kat blog je he..he.. Sebenarnya dari Raya Puasa yang lepas lagi nak buat, tapi tak berkesempatan nak membuatnya, daun dah beli...tapi kering begitu je sebab tak sempat nak buat. Maklumlah..aku seorang je pun yang nak mengulitnya nanti..no assistant meh! Nasib baik ada satu Raya lagi, dapatlah aku mempraktikkan cara nak membuatnya.. nasib jadi (aku rasa la)..hu..hu.. Tq Mama..korang nak tau ke cara Ketupat Palas Mama ni?! layan ni ye..


Inilah rupa Ketupat Palas Aku..

Cara Mama:- (sebijik yg mama bg tau)
(ni korang budget sdri la tau banyak mana nak masak.)

untuk 1kg beras pulut (dalam 5 pot susu cap junjung yg kecil)
santan 5 pot tu juga
jagung 2-3 tongkol (kalau suka letak la)
4 sudu kecil kfc garam

-mula2 rebus santan & jagung hingga mendidih
-masuk beras pulut, masak sampai 3/4 masak
-dah sejuk balut dengan daun palas 
-bila nak makan, kukus atau rebus hingga pulut betul2 kembang & masak

Nak operasi dah ni! hyah! hyah!

Okay la kan utk 1st time..

Siap pun..

Bolehlah di kukus atau di rebus..

Ta'da..dah siap!

Saja nak share..nasi impit pun aku buat juga hari itu..


Kuah kacang aku..
Goreng kacang tanpa minyak hingga masak, dah sejuk buang kulit & kisar kacang tersebut.

Blander semua bahan2 dibawah.. masukkan udang kering untuk rencah..

Tumis bahan blander hingga wangi, masuk cili giling mengikut kepedasan yg korang suka, dah garing cili tu, masuk kacang & air, tambah garam & gula secukupnya..dah pekat bolehlah ditutup apinya.


Bye-bye..


6 ulasan:

Lieya Von Jay berkata...

wow... xtau bila nak buat ketupat seniri. maybe lepas kawen kot.. :)

norhasnizakhalid berkata...

lama tak makan ketupat ni..

marhaeink berkata...

memang feveret time raya..terutama yang nenek saya buat.. ^^

azlia berkata...

ha..ha..a'ah lieya dah kawin, dah ada anak baru la terasa nak belajar macam2. nak jadi hero utk kuarga.

azlia berkata...

hasniza..akak klau teringin sgt nk tunggu raya lambat..akak cari je kat pasar tani ke, pasar malam..kadang2 ada gak.

azlia berkata...

alhamdulillah khamsi..masih ada lg org suka ketupat palas ni..tak la dilupakan makanan tradisi kita ni..anak2 akak tak suka sangat ketupat palas ni..tu yang frust skit ni..