Salam Jumaat..aku masih lagi di mood untuk menyediakan manisan Agar-agar lagi ni.. jangan marah arhhhh!!! he..he. Kali ni aku buat Agar-agar Gula Melaka (kata orang Melaka heeee)..1st time aku buat Agar2 ni. So aku intai lah di blog yatie-sinar kehidupan ku.. senang & simple je. So korang pun bolehlah intai juga di sana..macam2 ada..he..he. Layan Album Agar-agar aku ye.
Agar-agar Gula Melaka aku.
Comelnyer...(aku tak boleh tgk agar2..geram!)
Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar2 ( yang 10g tu )
4 cawan air
1 ketul gula melaka (dalam 200g)
1/4 cawan gula pasir
250ml santan (aku guna santan kotak 100ml, pastu aku tambah air jadikannya 250ml)
1 biji telur (masukkan dalam santan tadi, pastu kacau dengan garfu)
sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara2:
- masak gula melaka yang diracik kecil2, gula pasir & daun pandan bersama dengan 4 cawan air tadi sehingga larut semua gula & tapiskan.
- bila dah mendidih masukkan sebuk agar2 & kacau sebati.
- masukkan pula santan yang dah dicampur dengan telur tadi. biar menggelegak (santan pecah). kacau takut membuak keluar lak.
- kacau dalam 2 minit, bila dah nampak macam berbintil-bintil, tutup api, masukkan dalam acuan.
- bila dah sejuk bolehlah dihidangkan.
- lebih sedap dimakan kalau agar2 ni baru keluar dari peti ais wooo!!!
Masak Gula Melaka, Gula Pasir & Daun Pandan bersama 4 cawan air tadi.
Semasa menggelegak tu..masukkan santan macam bawah ni, pastikan kacau takut membuak lak..
Masukkan dalam acuan..
Tada!!! dah siap..
Jumpa lagi!!
2 ulasan:
wah...cam sedap jer..
Nk ke? Meh sini..ada lg tu dlm peti ais ni hah..
Catat Ulasan