Pengikut

Rabu, 29 Oktober 2014

Kuih Seri Muka

      Jom minum petang? makan Kuih Seri Muka ni! Tadi ternampak beras pulut dalam gobok aku tu..dah lama pun..tak masak2 lagi. Lepas hantar anak Sekolah tadi balik rumah terus tanak Pulut tu. Aku dah pernah buat Kuih ni dulu.. menggunakan resepi dari blog kegemaran aku ler Dapur Tanpa Sempadan tu. Layan Album Kuih aku ni ye..


Kuih Seri Muka Aku..




RESEPINYA:-

BAHAN LAPISAN BAWAH :-
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna hijau

BAHAN LAPISAN ATAS :-)

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-
  

-UNTUK LAPISAN ATAS :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja). 

-UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan. 

-UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...


Daun pandan yang di blander & tapiskan..



Tada! Dah siap!!


Jumpa lagi!

2 ulasan:

nita berkata...

feberet saye... nak sikit ^_^

azlia berkata...

Nk resepi yeh?! Ble je..ha..ha..