Pengikut

Isnin, 29 Disember 2014

Kek Marble Trio

      Assalammualaikum..bloger2 sekalian. Hari ini aku buat Kek kesukaan Shasha, Kek Marble Trio. Dia kalau ditanya nak kek apa, memang kek ni la dijawapnya.. Apa nak buat..Kek Marble ni memang sedap!!! Cer try! Cer try! Tak boleh nak celoteh panjang sekarang...banyak.keje ni..so Layan Album aku ni lagi ye..

Kek Marble Trio aku..



Bahan2:
Resepi asal dari : Dapur Tanpa Sempadan

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)

-Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
-Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu 
-Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
-Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

nota :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Tuang adunan yang dah diwarnakan tadi berselang seli @ ikut corak kesukaan korang





Jumpa lagi..


Rabu, 24 Disember 2014

Hati-hati banjir

Selasa, 23 Disember 2014

Dinner with my children's tonight

      Bismillah.... Jemput makan readers and blogger2 semua. Kebetulan hari ini aku kerja pagi, so dapat lah aku spend time keluar makan dengan anak2 aku. Lusa anak Sulung ku dah kena balik ke Politekniknya, anak orang lain masih lagi bercuti, dia kena balik awal sebab ada program katanya..hwaaaaaa. Ada student dari Politeknik Terengganu nak datang untuk melawat, ada program apa tah dia cakap hari tu..aku pun tak paham daa! So kami makan dulu ye...

Kami makan dulu..



Jumpa.lagi..


Seoul Garden Fastival City

Assalammualaikum.. Hmmm Seoul Garden di Fastival City ni aku pergi masa bulan November yang lalu. November kan birthday aku..so budak klinik ni offer nak belanja aku makan di Seoul Garden. Aku apa lagi...yes! dengan besar hati menerimanya. Tapi..tempat apa ni?! Makan macam orang2 Korea tu ke?? Ohh! tidak! Mendengarkan namanya je aku dah terbayangkan makanan mereka yang rebus2 tu, yang bermacam-macam sos tu, tak pedas lak ke..uhhhh..sedangkan banyak benda yang aku tak makan dari makan kan?! Rupanya macam makan Steamboat daa... Bayar ikut kepala..buffet la tu, ambilah apa yang korang nak makan selagi terdaya. Segala benda ada, nasi/mee goreng, semua sea food, ayam/daging yang diperap dengan macam2 perasa, sayuran, air2, aiskrim & macam2 lagilah. Lepas tu korang rebuslah dalam sup mcm tomyam tu, kalau tak nak rebus bakar je la. Ahhh...Sedapnya..sekali sekala nanti bolehlah datang sini lagi..korang pun boleh try la ye.. Layan Album kenangan birthday aku ni ye.

Kebetulan 2 anak daraku ini cuti..so aku bawa la dia sekali..tapi yang ni aku kena bayar sendiri la..

Lepas perut dah kenyang..kami tengok wayang la.pulak..

Terima kasih kat mek ni..sebab belanja aku..Hu..Hu.


Ni mmg favorite dia la ni..














Jumpa lagi..



Sabtu, 20 Disember 2014

Doll Butter Cake for ac'hah Birthday

     Happy birthday Ac'hah! Aku try nak buat kek ala2 Princes gitu. Malu lak nak tunjuk..inilah hasil aku yang tak seberapa ni..ha..ha. Doll Butter Cake aku untuk anak buah ku yang ke 4 tahun.  Birthdaynya 6hb dis lepas, tapi baru hari ini maknya menyambutnya. Aku dah lama teringin nak cuba buat Doll Cake ni..tapi anak2 semua dah besar.. semua tak teringin bila aku offer nak buat Doll Cake. Nasip baik ada lagi anak buah yang masih kecil lg ni. Layan Album aku ni lg ye.

Birthday girl!



Birthday girl!!!

Resepi kek tengok link diatas,
Icing:
250g butter fern
1/3 bhg butter tu, shortning/krimwell
gula icing secukupnya ( ikut kemanisan g korg suka la)




Semua nak berfrozen sekarang ni!!!





Jumpa lagi


Sabtu, 13 Disember 2014

Kek Marble Duo

      Assalammualaikum, janganlah boring tengok Kek aku ni..meh lah makan Kek Marble ni lagi?! he..he. Tapi kali ini lebih malas giler lagi beb..Dari kek ni bertigo..sekarang tinggal berduo jo ni hah..dah tu budak2 ni nak makan. Omak ehh maso takdo..ponek2 pun buek gak la ni..tapi camni yolah roman Kek ni hah yo. Janji sodap eh tak?! Layan yo..Album Akak ni hah.


Kek Marble Duo Aku

Resepi Klik Sini je lah ye..






Jumpa lagi...



Puding Roti

     Assalammualaikum.. jum minum petang dengan Puding Roti aku ni.. Puding Roti ni aku dah pernah buat beberapa kali dulu. Tapi setakat ini..resepi yang ini lebih digemari..so kalau next time pun ini lah resepi yang terbaik untuk puding Roti kukus ni. Kalau korang jumpa yang lebih sedap dari ini..kongsi2lah ye.. Layan Album Puding aku ni ye.. Resepi klik disini ye..


Kali ini guna acuan yang inilah.


Orang tak berapa nak rajin buat..sikit je la lapisnya tu




Jumpa lagi

Bahulu Mekar Kukus

      Assalammua'laikum..hari ini aku nak update resepi kuih Bahulu Mekar Kukus. Makan kuih ni, pastu minum air Teh O petang2..best loh! Resepi ini aku ambil lama dah dari blogger yang mana aku tak ingat.. Kalau yang baru2 ini mesti aku dah letak nama orang punya resepi tu..silap tak tulis dulu. Kalau tuan punya resepi ni terbacalah blog aku ni suatu hari nanti..manalah tahu kan..aku nak mengucapkan terima kasih padanya kerana sudi berkongsi resepi dengan orang yang nak cuba belajar membuatnya macam aku ni lah.. Apapun resepinya simple dan senang nak buatnya..yang penting sedap dimakan.. Tapi korang kena gandakanlah kot adunan tu..sikit daa..sekali tak cukup lak..he..he.. Layan Album kuih aku ni ye.


Ni la Kuih Bhulu Mekar Kukus aku..

Sedang baik punya aku duk kacau adunan tu, nak carilah paper cup nak isi lah kononya..sekali papaer cup yang ada besar gedabak..loyang cupcake aku kecil...hmmm lipat je lah!!! aku gak yang makan nanti kan..ha..ha.



 Bahan-bahan
·                     125 g tepung gandum*
·                     1 sk baking powder* (*ayak bersama)
·                     100 g gula halus
·                     1/2 sk penuh ovallete
·                     4 1/4 sb susu cair
·                     1 biji telur - A
·                     1/2 sk esen vanilla
·                     1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
Cara-cara
1.           Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
2.           Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
3.           Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
4.           Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga      habis.
5.           Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
6.           Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Sukahati korang lah ye nak wat corak camne pun kan!


Ready dah nak bawa tempat kerja 1 bekas..satu lagi tinggalkan kat rumah.


Jumpa lagi...