Pengikut

Jumaat, 30 Januari 2015

Dark Chocolate Brownies with Vanilla Ice Cream Chef Michael's Kitchen


      Selamat petang... kelmarin aku menonton siri Chef Michael's Kitchen di AFC, kebetulan dia baru nak buat Dark Chocolate Brownies ni. Aku pun terus capai pen dan kertas, sempatlah aku menyalin resepinya ni. Disebabkan resepinya mudah dan senang je nak membuatnya, lepas tu bahan2 semua ada di rumah, aku pun mulalah operasi untuk mencuba membuat Brownies Chef Michale ni..sedap ke idok?!! Seperti muka Chef tu masa makan Brownies ni..terkelip-kelip matanya tu..kesedapanlah kononya tu kan! ha..ha. Memang sedappppp! sangat pekat rasa coklatnya & chewy serta tak pahit walaupun menggunakan Dark Chocolate tu. Teksturnya pun halus walau pun kita pukul sikit2 menggunakan tangan. So ini akan menjadi salah satu resepi Brownies kegemaran aku!!! Layan Album aku ni ye..


Brownies aku


Abby punya makan..segala benda yg boleh dimakan dalam peti ais tu diletaknya sekali..


Bahan-bahan 
1 Cawan Tepung gandum 
2 sudu besar serbuk koko 
1 sudu besar instant kopi
1/2 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil garam
6 ounces dark chocolate 
6 ounces butter
2 cawan gula perang 
2 sudu kecil esen vanila 
4 biji telur 
1 cawan chocolate chips 

Cara-cara :
- Campurkan semua bahan kering kemudian diayak 
- Cairkan butter & dark chocolate secara double boiler 
- pukul telur & gula perang hingga sebati menggunakan tangan    je.
- Masukan Campuran butter dlm telur tadi kacau lagi
- Masukan chocolate chips & bahan kering kacau sebati
- Masukan dalam loyang ( aku memandai je tabur badam cincang       atas adunan tadi)
- Bakar hingga masak 
- Sejukan dulu sebelum dipotong


pukul telur dan gula..pastu masukan coklat & butter cair tadi

masukan bahan kering pula

Tabur Badam cincang

Tada! dah siap!


Mengada-ngadakan?! makan dgn aiskrim vanila..memey la sedak!




Jumpa lagi!



Sabtu, 24 Januari 2015

Apam Susu

      Selamat pagi! Jom breakfast dengan kuih Apam Susu aku ni. Dah lama aku nak buat Kuih Apam Susu ni, hari ini baru lah mendapat. Dah lah senang sangat nak buat Apam Susu ni, sedap pulak tu, bahan2 pun tak banyak. Lepas ni kalau nak buat Breakfast atau minum petang, korang buat ni je, minum dengan Teh O panas... mmmm...sadap! (ber philippine kita ye..he..he). Resepi aku dapat dari Fb..tapi aku tak ingat dari group mana..maaf ye tuan resepi, tapi sedapppp sangat, macam kek pun ada..tq ye puan resepi.

Kuih Apam Susu aku..

Lembut tu! baru keluar dari Peti Ais..sejuk lagi..tapi masih lembut lagi tau.



Bahan2:

4 biji telur grade A
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil asen vanilla
1 cawan susu pekat
1/4 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum (diayak)
pewarna ikut suka anda

Cara2:

- Campurkan semua bahan kering, kecuali minyak jagung, blend hingga kembang
- Dah kembang baru masukkan minyak jagung, pukul lagi hingga kembang & sebati
- Masukkan tepung ,kacau hingga sebati.
- Kukuskan 30minit @ hingga masak


Masukkan semua bahan kering, blend hingga kembang..

Bila dah kembang..masukkan pula bahan kering..blend hingga sebati..masukkan dalam acuan & kukuskan.

Sekali acuan aku kecil daa..ngam2 je..bedal lah! aku malas nak tukar acuan lain! he..he.

Hah kau! nasip baik Kuih Apam aku tak melimpah keluar!


Tada! dah siap..

Tang colour kuih aku tu..aku memandai-mandai je letak colour kat bahagian bunga2 & daun2 acuan tu..lepas tu baru tuang adunan & bakar.


Jumpa lagi!


Rabu, 21 Januari 2015

Chak!!!

Selasa, 20 Januari 2015

Cream Brulee Aku

      Assalammualaikum...hari ni aku buat Cream Brulee. Salah seorang Boss aku tu suka sangat makan benda ala2 Puding2 ni, apatah lagi Cream Brulee ni. Asyik cakap kat Secret Recipe tu sedap sangat2, tension aku dengar..ha..ha.  So aku plan nak buat untuk dia masa Birthday dia nanti..tapi masa tu aku tak sempat nak buat Cream Brulee ni, aku hanya buat Puding Pandan je untuk dia. Tapi next weeknya aku buat juga untuk dia..dah niat kan. So masa tu lah 1st time aku buat Cream Brulee ni, tapi lupa lak nak ambil gambar bagai..aduh! 
      Bila aku bagi je dia benda ni, aku cakaplah kat dia sebenarnya saya nak buat Cream Brulee ni untuk Birthday dia hari tu, tapi tak sempat lak. Member nak menangis terharu, sebab ada orang nak buat Cream Brulee ni untuk Birthday dia! kami ni semua dah beransur menua tu yang taching sangat he..he. Nasip baik dia suka..sedap katanya..alhamdulillah. 
      Resepi aku google je..lebih kurang sama diantara bloger2..cuma tang gula & cream lah ikut kemanisan & kelemakkan yang korang suka. Cumaaaaa....aku tak ada api touch tu hwaaaaa! so aku masuk dalam oven balik untuk cairkan gula tabur tu.. Secara keseluruhannya Cream Brulee aku ni...suksesssss beb! banyak yang suka..ni dah kali keberapa dah aku buat Cream Brulee ni. Cer try! he..he. Layan Album aku ni ye...
      

Cream Brulee aku..


Bahan2:
4 biji kuning telur
2 sudu besar gula kastor
600ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)

cara:- 
pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan

Aku pakai 5 biji telur kuning sebab telur kecil daa..
kacau sebati sikit2 je..

Cream yang dipanaskan tadi..

Tapis dalam acuan..

Dah siap bakar..camni la..


Tabur gula diatasnya

Aku memandai-mandai campur gula putih tu dgn sedikit gula perang & serbuk kayu manis sikit..he..he.

Tada!!! dah siap..

Kawan2 cakap sedap je! hu..hu..


Bubuy!!!



Jumaat, 16 Januari 2015

Ke Seoul Garden lagi!

      Salam jumaat semua, hari ni anak aku balik yeyyyyyyy! balik hujung minggu je..hu..hu. Bila anak2 nak balik cuti ni, kami mak2 ni start la kan fikir nak buat apa nanti, betul tak?! Sebab terfikirkan dia duk sana, makan minum dia kan, tah teratur ke tak. So bila balik sekali sekala cam ni, aku nak la masak @ buat benda yang dia tak dapat kat sanakan! Teringat sebelum last dia nak balik cuti yang lepas dia dah cakap dah, kali ni dia balik dia nak makan kat Seoul Garden lagi! adusss! Dah syok la tu makan kat situ dulu.     Memanglah syok dengar nak makan kat situ..tapi rm..rm..he..he. Alhamdulillah ada rezeki kami waktu itu, Abby pun tak pernah pergi lagi, jadi kesana lagilah kami. Balik kali ni dia tak cakap lagi nak apa2..so kita tengok je lah nanti ye.. Layan album kami ni lagi ye..


Jom Serang!



Beria-ia abby masakan untuk kakak2nya

Muka eksen abby

Tak sangka banyak gak abby makan..



Dah makan tengok movie lak dgn budak tempat kerja sorang ni.





Jumpa lagi..


Khamis, 15 Januari 2015

Apam Polkadot

      Selamat malam semua... sambil tengok TV tu jom ler ngunyah Apam Polkadot aku ni. Sedap tau..orang lain letak Blueberry la..Strawberry la..tapi aku letak Jem Mixed Fruis je..ha..ha.. Abis tu! dah teringin sangat nak buatnya..tengok dalam Peti Ais..ada Jem Mixed Fruits je..bedal lah! Aku Follow resepi dari Hana , memang dah cukup2 je rasa semuanya..tq ye Hana & insan2 yang sudi berkongsi resepi untuk kami2 yang nak mencuba ni.. Bahagia rasanya bila dapat sesuatu resepi tu, pastu buat menjadi lak, dengan sedap pulak tu..tq..tq. Apam aku ni berwarna Purple kuning tau, tak tau la hp aku ni ambil gambar jadi warna lain lak...hampeh! Masa tidak mengizinkan, layan Album aku ni ye..


Apam Polkadot Purple Kuning aku..





Bahan-bahan
·                     3 biji telur - dari peti sejuk
·                     275 gm tepung gandum - kurangkan sedikit jd 250g
·                     220 gm gula halus - hana kurangkan sedikit 200g
·                     170 gm susu segar@susu cair
·                     3 sudu teh baking powder
·                     1 sudu kecil ovallete 
·                     1 sudu kecil esen vanila
·                     Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
·                     Pewarna
Cara-cara
1.            Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
2.            Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.            Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.            Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.            Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
6.            Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.

7.            Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.


Dah siap semua bancuhan..masukkan dalam Pipping Beg tau..lg senang..

Siapkan paper cup..masukkan dalam acuan kuih lompang..



Ni dah malas la tu, hilang dah dot2nya..




Jumpa lagi..