Pengikut

Sabtu, 28 Mac 2015

Kek Coklat Lapis Cheese

       Assalam semua...Jumpa lagi..cerita Kek lagi hari ni ye.. Entah kali keberapa entah aku buat Kek ni, nak buat macam mana..Kek ni sedap!!!  Kali ini aku buat untuk anak, dia nak bawa balik ke Kamsisnya, bagi kawan2nya di Asrama tu. Masalahnya..satu adunan kek tu sikit, kek pun comel je, untuk orang macam aku ni..mana cukup kn! heeeee... Aku memang busy sekarang ni, kat tempat kerja tak cukup staf, so memang balik kul 10pm tiap hari, tak sempat nak main masak2 @ buka blog semua @ teip resepi disini. Resepi korang boleh ke LINK ni ye.. Layan Album aku ni ye..


Kek Coklat lapis Cheese aku




kalau kukus korang kena tutup atas kek tu tau..

Tuang lapisan kedua..Cheese lak.

Dah masak sejukkan sebelum potong tau..



Ready pack untuk anak bahagi2kan pada kawan2nya nanti




Jumpa lagi..


Cream Brulee Lagi!

      Jom makan pencuci mulut jap! Cream Brulee lagi! Amboi berdessert omputeh lak ye. Ala..sebab senang je nak buat dia, Tu yang terjadi lagi ni..he..he. Kali ini aku try resepi yang lain pulak, sedap juga lebih lemak & berkrim. Tapi aku rasa...hmmm aku lebih suka resepi Cream Brulee yang pertama kali aku buat dulu kot, sedang2 je rasanya. So lepas ni kalau nak buat Ceam Brulee lagi, aku akan guna resepi paveret aku la, yang pertama dulu..he..he.. Layan Album aku ni ye.

Cream Brulee aku lagi


Cream Brulee Aku

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 remekin
Sumber: Buku Food Lovers : Dessert

200ml susu segar
200ml whipping cream
2,3 titis esen vanilla
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja)
Gula untuk ditabur di atas creme brulee


Cara-cara:
- Masak susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen    vanilla. Biarkan suam sebentar.
- Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
- Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu       dan kacau sebati.
- Tapiskan.
- Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh.
- Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas.
- Bakar kira-kira 15-20 minit.
- Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
- Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch      dengan api yang sederhana hingga gula caramelized.
- Cara lain- masukkan creme brulee yang telah ditabur gula ke  dalam oven dan gunakan api atas sahaja. Bakar hingga gula  menjadi  perang (caramelized)



Ni adunan yang dah siap ditapis dalam bekas Remekin tu.

Baru keluar dari Oven.panas! panas!

Tabur gula pasir & sedikit serbuk kayu manis
bakar lagi sehingga gula cair jadi karamel


Jumpa lagi..



Red Velvet Moist Cupcake

      Assalammualaikum.. lama tak jumpa korang, merajuk ke? jangan ler begitu, meh ler singgah sini lagi. Ni hah! aku nak tunjuk Red Velvet Cupcake aku ni. Dah lama aku buat cuma tak ada masa nak update dalam Blog kesayangan ni..tambah lak ni dah hujung bulan, time nak buat claim dah ni..aduss! Tapi resepi same ler dengan yang aku dah penah buat sebelum ni, setakat ni memang dah sedap dah resepi orang tu, cer try! cer try! he..he.. Klik SINI ye untuk resepi  Kek ni. Layan Album aku ni ye..


Red Velvet Cupcake aku







Jumpa lagi..


Selasa, 10 Mac 2015

Hokkaido Chiffon Cake Aku..

      Assalammualaikum.. jom makan Hokkaido Chiffon Cake aku ni. Aku buat minggu lepas..1st time buat ni, sedap gak kek ni ekk. Aku bukan apa, tang kastard tu yang aku tak gemau tu..tekak ni tak boleh masuk bab kastard2 ni, tak tau lak boleh tukar dengan whipp cream, kalau aku tau dah lama aku letak whipp cream pastu aku tabur buah..amacam?!!! heee.. Jom lah tengok resepi yang aku dapat ni, siapa tuannya pun aku tak tau, kalau tuannya ternampak resepi dia kat blog aku ni..tq ye sebab share resepinya ni.. Layan Album aku ni please!!!


Hokkaido Chiffon Cake Aku..







Ni aku memandai-mandai letak coklat la pulak..




bahan A
4 biji kuning telur
20g gula aising (aku rasa tambah lagi sikit gula ok kot, ke aku jenis kuat manis he..he.)
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sk esen vanilla
15g tepung jagung*
55g tepung gandum*
secubit garam*
 (ayak semua bahan *)

bahan B
4 biji putih telur
30g gula aising
1/2 sk cream of tartar

bahan C (kastard)
1 sb tepung gandum
1 sb tepung kastard
1 sb mentega
4 sb gula pasir
200ml susu segar
1 biji telur

cara2:
- satukan kuning telur, gula pukul hingga berkrim.
- masukkan esen vanilla, susu segar, minyak & bahan ayak kacau sebati. ketepikan.
- pukul bahan B hingga kembang @ mcm bertanduk
- masukkan bahan B tadi sikit2 dalam aduan tepung tadi, kup balik-balikkan je, sampai rata & sebati.

kastard
-campurkan semua bahan dalam periuk, menggunakan api perlahan, kacau hingga pekat & tak berketul serta pekat.
- paipkan atas cupcake yang telah sejuk tadi.
s

Nampak tak putih telur tu? dah bertandukkan?! cam tu ler...hehe.


Tada!!!





Jumpa lagi..





Jumaat, 6 Mac 2015

Kek Kukus Lapis Cheese untuk Majlis Farewell Fira



     Kek Kukus Lapis Cheese untuk Fira last day kerja dgn kami. Member dapat offer kerja di tempat lain dan sesuai dengan kelayakan yang dia ada..alhamdulillah.. Semoga lebih berjaya lagi ditempat baru itu nanti. Kek ni aku buat segera daa..kek duk panas lagi yang aku duk letak  coklat krim tu..cair ler coklat tu..ha..ha. Takpe..janji kita ikhlas kan fira.. Kek Kukus Lapis Cheese ni biasa dah aku buat. kalau korang nak menengok resepinya disini ye. layan album aku ni lagi pls!!! 


Kek untuk Fira







Jumpa lagi tau..


Rabu, 4 Mac 2015

Pavlova Again

      Assalammualaikum...teringin makan Pavlova lagi!!! Aduh! dah umur2 cam ni seleranya.. masya Allah.. nak buat cam ne. Disebabkan anak pun nak juga, aku ambil alasan ni untuk makan lagi ler..buat lagi minggu lepas..nikmatnya makan..alhamdulillah.. Korang layan Album Pavlova aku ni ye.. resepi tengok link disini ye.

Pavlova buah2an aku..








Jumpa lagi..


Chocolate Moist Cupcake

      Assalammualaukum..hari itu aku buat kek coklat, anak nak makan lepas tu nak bawak bekal ke kamsisnya untuk bagi kengkawan dia katanya. So aku buat buat kecil2, senang dia nak bagi kengkawan dia tu nanti. Resepi aku guna resepi kek coklat yang biasa aku guna tu..dari hana family..terbaikk. Tak dapat nak komen banyak..aku busy sekarang ni, staff tak ada daa..dah berapa lama tah aku kerja straight sampai malam. he.he. Layan Album aku ni ye.


Kek Cawan Coklat Lembab aku.



Bahan-bahan
·                     170g tepung superfine*
·                     1 sudu kecil baking powder*
·                     1 sudu kecil soda bikarbonat*
·                     1 tin susu cair (400g)
·                     100g serbuk koko
·                     200g minyak jagung @ minyak masak
·                     250g susu pekat
·                     250g gula halus - aku kurangkan sedikit
·                     5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
·                     Ayak bahan yang bertanda *.
·                     Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
·                     Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
·                     Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
·                     Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus sehingga masak.. Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
·                     200ml whipping cream (dairy)
·                     500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
·                     1 sudu besar air panas
·                     2 sudu besar sirap glukos
·                     2 sudu besar butter

Cara-cara
·                     Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
·                     Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
·                     Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.


Ni yang baru keluar dari Oven




Jumpa lagi.