Pengikut

Isnin, 26 Oktober 2015

Red Velvet Cake untuk Norliz

      Assalammualaikum...sebelum aku terlupa...hari ini aku nak update mengenai Kek Red Velvet ni yang aku buat untuk bagi anak buah kahwin hari tu. Sebab dulu mak dia suruh aku buat untuk anak dia, anak dia ada makan sekali Kek ni masa aku buat Birthday anak aku dulu. Tapi aku manalah ada masa sangat kan?! yang duk masak2 ni semua buat gesa2 je time lepas kerja. Saje je la aku bagi dia makan Kek aku ni, Kek kahwin dia kan ada, Kek aku ni bolehlah dia makan relaks2..time mengemas tu nanti kan! Tapi ni bukan hadiah kahwin, hadiah kahwin aku bagi lain tau! Ok..layan Album aku ni dulu ye. Kalau korang nak tengok resepi aku, same je macam yang dulu2 aku buat, tak tukar pun lagi resepinya. Aku malas nak taip ni, aku tunjuk link je la ye. 


Red Velvet Cake aku
maaf ye..tangan keras daa..





Ok..jumpa lagi!



Jumaat, 23 Oktober 2015

Majlis Perkahwinan Norliz dan Hafiz

      Assalammualaikum...dah seminggu berlalu, hari ni baru nak cerita pasal anak buah Nurliz bernikah dengan pasanganya Hafiz jumaat lepas. Maaf aku tak ingat nama penuh kome yek..ini majlis belah perempuan, diadakan di Ampang. Kerana tetamu yang hadir ramai, aku tak sempat nak bergambar dengan mak penggantin bagai, tu pun aku sampai lewat dah.
      Aku abadikan majlis perkahwinan ini dalam blog aku sebab memory aku dah full daa, tak berapa nak ingat sesetengah perkara. Kalau macam ni senang, nak recall balik je aku buka blog la he..he. Tapi aku masih ingat gak sikit2, teringat masa mereka kecil2, main bersama. Sebab umur mereka beza 5 bulan je, so kebanyakan mainan mereka pun sama gak, ye la duk seumah dengan arwah mertua dulu. Cuma jodoh Norliz sampai awal, so kami mengucapkan selamat pengantin baru ye..semoga berbahagia ke anak cucu..aamiin.


Norliz dan suaminya Hafiz..
ni masa hari nikah.




ni masa hari bersanding..

Maaf gambar gelap, ni gambar pengantin dan family belah perempuan.





Ok..jumpa lagi!!


Rabu, 21 Oktober 2015

Red Velvet Cake untuk Birthday Ayu

      Assalammualaikum, sebelum masa lerlalu lebih lama lagi, aku nk update jap sekitar Birthday kawan ni. 12hb oktober hari tu bday dia, so aku buatkanlah dai sebiji Kek Red Velvet. Buat pun gesa2, sebab tak de masa sangat, so ini jela yang termampu tangan aku buatkan.
      Resepi red Velvet ni yang biasa lah aku suka tu, senang dan sedap. Setakat ni aku tak bercadang pun nk try resepi lain, sebab yang ni memang anak2 dan kawan2 semua suka. Kecuali krim tu je la aku duk tukar2 sebab ada yang suka campuran whipping krim dan cheese, ada yang suka butter dengan cheese, so aku nanti akan tanya la org nak yang mana. Ok layan Album aku ni dulu ye. resepi klik je la ye di sini.


Happy Birthday Ayu..

Red Velvet Cake aku..

Ayu dan Boss daa.. Dr Ina












Ok..Jumpa lagi..


Rabu, 7 Oktober 2015

Jaga-jaga Ada yang memerhati

Sabtu, 3 Oktober 2015

Oreo Cheese Cupcake

      Selamat malam semua..lama tul aku tak jengah korang kan?! Dah hujung bulan ni, aku busy sikit buat claim la katakan..he..he. Hari ni dah settle ok..jom tengok Oreo Cheese Cupcake aku ni. Resepi ni aku google gak, tapi tak disangka-sangka..dahlah senang.. yang penting sedapppp bangat beb! "          
  Banyak2 Oreo Cheese Cake yang Ummi pernah buat, ini Oreo Cheese Cake yang kedua sedap dari Oreo Cheese Cake yang hari tu (nanti aku update yang tu ye..tak sabar nak tunjuk kat korang Cheese Cake ni )..nanti ummi buat lagi yang ni yeah!" kata anak2 aku tau, tak tipu punya...he..he. Aku pun tak ler minat sangat Cheese2 ni, rasa muak tekak aku ni,  tapi mungkin sebab dia kecil2 kot, makan pun sebijik2, so rasa sedap lak. Jom layan Album aku ni..


Oreo Cheese Cupcake aku





Bahan2:

25g butter
250g cheese cream (suhubilik)
60g gula aising (aku tambah lagi 1 sudu besar..he..he)
1 biji telur
1 sudu teh jus lemon (aku letak jus lemon yang dah siap kat pasaraya jual tu..he..he)
biskut oreo secukupnya (aku guna oreo biasa tu, utk resepi ni dapat 24 biji)
1 sudu kecil asen vanilla
1 sudu besar tepung ( ni aku tambah sendiri, aku guna tepung jagung)


Cara2nya:

- panaskan oven
- pukul semua bahan hingga sebati
- susun biskut oreo dalam paper cup
- letak adunan cheese cake dlm paper cup tadi-hiaskan ikut suka korang lah, senangkan!
- bakar 20min atau sehingga masak mengikut oven masing2
- biarkan sejuk baru makan ye..sabar ehh..lebih sedap dimakan esoknya..ha..ha.


Dah ready susun Oreo ni kan!

pastu tuang adunan cheese tadi

hiaslah ikut korang, aku letak nutella sikit atas tu

Tada!!! dah siap



Jom buat lagi!!!