Selamat malam semua..lama tul aku tak jengah korang kan?! Dah hujung bulan ni, aku busy sikit buat claim la katakan..he..he. Hari ni dah settle ok..jom tengok Oreo Cheese Cupcake aku ni. Resepi ni aku google gak, tapi tak disangka-sangka..dahlah senang.. yang penting sedapppp bangat beb! "
Banyak2 Oreo Cheese Cake yang Ummi pernah buat, ini Oreo Cheese Cake yang kedua sedap dari Oreo Cheese Cake yang hari tu (nanti aku update yang tu ye..tak sabar nak tunjuk kat korang Cheese Cake ni )..nanti ummi buat lagi yang ni yeah!" kata anak2 aku tau, tak tipu punya...he..he. Aku pun tak ler minat sangat Cheese2 ni, rasa muak tekak aku ni, tapi mungkin sebab dia kecil2 kot, makan pun sebijik2, so rasa sedap lak. Jom layan Album aku ni..
Oreo Cheese Cupcake aku
Bahan2:
25g butter
250g cheese cream (suhubilik)
60g gula aising (aku tambah lagi 1 sudu besar..he..he)
1 biji telur
1 sudu teh jus lemon (aku letak jus lemon yang dah siap kat pasaraya jual tu..he..he)
biskut oreo secukupnya (aku guna oreo biasa tu, utk resepi ni dapat 24 biji)
1 sudu kecil asen vanilla
1 sudu besar tepung ( ni aku tambah sendiri, aku guna tepung jagung)
Cara2nya:
- panaskan oven
- pukul semua bahan hingga sebati
- susun biskut oreo dalam paper cup
- letak adunan cheese cake dlm paper cup tadi-hiaskan ikut suka korang lah, senangkan!
- bakar 20min atau sehingga masak mengikut oven masing2
- biarkan sejuk baru makan ye..sabar ehh..lebih sedap dimakan esoknya..ha..ha.
Dah ready susun Oreo ni kan!
pastu tuang adunan cheese tadi
hiaslah ikut korang, aku letak nutella sikit atas tu
Tada!!! dah siap
Jom buat lagi!!!
10 ulasan:
wow... Mesti best ni... :D
Terbaik resepi kek dari blog ni. Keep on sharing ye.
Kami mencari agen dropship seperti pelajar universiti dan suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan WERDA. Boleh lihat di sini: KOLEKSI WERDA SOFIA
Wah..mesti cuba resipi ni.. Senang & sedapp! Thanks tuan belog
wahh.. nak try resepi yg ni pulak.. :))
salam perkenalan daripada followers #362
jom folo saya
Sedap..nk bagi sikit dah abis lak tu..he..he..
Tq..inssya allah kalau Ada rezeki..kt cari lagi kot2 Ada insan2 yg sudi kongsi resepi2 mereka..kt tty lak
Sama2
Ok..dah follow
Ok..dah follow
Sama2
Catat Ulasan