Pengikut

Jumaat, 11 November 2016

Blue Coral Aquarium at Kl Tower

      Assalammualaikum.. selamat petang semua. Ni cerita kelmarin, masa aku dan anak2 pergi melawat ke Upside Down House Kuala Lumpur. Saja singgah Blue Coral Aquarium ni juga, selain aku singgah di Taman Eko Rimba yang aku cerita semalam.  Dah alang2 ada situ rasa macam rugi pula pergi Upside Down House yang tak sampai sejam dah habis, lepas tu balik kan?! 
      Blue Coral Aquarium punya harga tiket untuk dewasa seorang Rm13.00. Padan la harga dengan keluasan serta spesis haiwan yang ada dalam tu. Masa aku pergi tak ada orang pun aku anak-beranak je, so sakan la aku bergambar bagai. Kiranya betul2 punya menghabiskan masa dengan ikan dalam tulah katakan. 
      Aku dan anak2 memang suka dengan kehidupan dalam laut, suka laut, suka ikan-ikanya suka hidupan dalamnya serta donggengnay si Ikan Duyung..he..he. Aku ingat lagi masa aku di sekolah rendah, orang pergi ke perpustakaan sekolah pinjam buku untuk rujukan, aku pinjam buku tentang hidupan dalam laut. Bila time Kelas lukisan tajuk bebas, aku akan lukis pasal hidupan dalam laut, memanglah aku bukan pandai melukis pun, tapi aku nak juga lukis pasal laut. Pendek kata memang suka sangat-sangatlah kalau tentang laut ni. 
      Cuma sedihnya, berenang tak pandai2, walau berkali-kali aku try time mandi kolam masa aku bercuti, hampeh! kalau aku pandailah berenang atau menyelam bagai, fuhhh! sure aku dah macam mermaid dah, mau aku berumahtangga kat laut tu, cari suami, cari kerja, cari rumah pun area laut gak tu he..he.
      So layan Album aku ni dulu ye..


Hmmm.. rasa macam aku berenang sebelah ikan tu lak.

See, kami je ada dalam ni


Tengah fikir macam mana nak masuk dalam ni.. he.he.


Haiwan kesukanan aku, spesis buran laut ni kan?!



Macam mushroom kan?!

Besar kau! ini kalau wat famili day cukup seekor dah ni..

Finding nemo

Ni bahagian bawah tapak sulaiman, cantikkan?!

Dia ni nakal sikit asyik sondol je kat cermin yang ada hp tu..tu yang dekat ni. Pelik agaknya dia fikir, apa bendalah ni ekk!

Ikan bulldog 

Spesis Tapak Sulaiman

Ni favorite aku juga, tapi aku tak ingat lak apa namanya. aduhh!


Ni siapa tak kenal kan?! tapi yang anak saja la, kalau maknya mana nak muatnya.

Ini Kerapu tikus, macam albino je.

Cantik betul ikan ni, kulit dia halus je macam tak ada sisik, isi dia nampak gemuk je, rasa nak makan je dia ni

Aaaa...cantiknya kan?!

Kerapu ni kan?!


Geramnya!!!





Bye..Jumpa lagi!



Tiada ulasan: