Pengikut

Isnin, 7 November 2016

Blueberry Cheese Tart aku

Assalammualaikum..selamat petang semua 
Hujan lebatlah kat luar tu kan!!. tidur sedap ni..tapi 
hujan-hujan macam ni perut mesti lapar punya. Nasip baik aku ada spare makanan.. Blueberry Cheese Tart. 

       Ni malam tadi aku buat..Ada lebih aku simpan la. Tapi tart ni kulit dia aku tak buat..aku beli yang dah siap tu..saje wat stok kat rumah. Mana tau kalau kes malas timbul, tapi tekak nak makan sesuatu aku buat sekejap. 
       Contohnya malam tadi, tetiba Ada Orang nak datang rumah, tak tau nk buat apa, aku keluarkan kulit tart tu, bancuh Cheese, inti letak Nutella sikit, Blueberry sikit, bakar je 20min pun tak sampai, dah siap. Okay aku nak tidur jap, kang kalau lapar aku dah Ada makanan..korang layan dulu album aku ni ye..

                         Blueberry Cheese Tart aku


Resepi untuk bahan Cheese

-250g cream cheese 
-50g gula halus
-Sebiji telur
-1sudu kecil esen vanila
-Sedikit garam
Cara-:
-Campur semua bahan, blend guna mixers jap hingga sebati
-Picit dalam kulit tart inti apa yang korang nak guna
-letak adunan Cheese atasnya, corak la macam mana yang korang nak buat.
-Bakar15-20 minit ikut oven masing2
-Korangvtgk dia dah bulat cantik licin tu ok dah la tu, kang Lama sangat merekah lak dia.

Ni aku punya tart sebelum dibakar

Ni baru keluar dari oven..

Bye..Jumpa lagi


2 ulasan:

Eyqa Zaque berkata...

Sedapnyer. :D

azlia berkata...

Aah..makan panas2 lak tu..garing je shell