Pengikut

Rabu, 19 Disember 2012

Aku Bukan Untukmu - Rossa

Jumaat, 14 Disember 2012

Roti Sosej!!!

       Walaupun aku masih lagi kebinggungan dengan kemalangan yang aku alami 4 hari lepas..tapi aku masih gak nak jumpa kengkawan blog kesayangan aku ni untuk tunjuk Roti yang aku buat ni..he..he.. Sebenarnya aku dah banyak kali buat Roti Sosej ni, dah jadi makanan kegemaran anak2 lak. Selang beberapa hari je buat, kekejap buat, lantak mereka la..biar diorg makan sampai jemu kot baru diorg berhenti suruh buat.
     Resepi Roti Sosej aku ni sama dengan resepi buat Cinnamon Rolls yang aku buat hari tu (resepi asas membuat roti). Cuma yang ni korg belitkan sosej tu dengan tepung roti yang dah siap diuli & dah naik dohnya.. cuma Sosej tu je aku rebus dulu dengan bawang putih, garam & lada hitam sikit, bagi ada rasa sikit.
Sesetengah roti tu aku letak Sos Tomato @ Cili didalamnya. Doh yang sama juga aku letak inti didalamnya, seperti inti Kacang Merah & inti Kelapa...memang puas hati..


Roti Sosej aku yang ke 4 kali..

Ini Roti Sosej aku yang ke 3.. 

Roti Sosej aku yang ke 2..
lupa lak nak sapu putih telur diatasnya..
 

Roti Sosej aku yang pertama..

 Abby paling suka...
lapas mandi x menyempat-nyempat nak sikat rambut, punya nak makan Roti tu..


Bahan-bahan:

300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
 


1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Canaikan doh, potong memanjang, lilitkan pada sosej tadi.

6. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.


Biarkan naik sekejap..

Dah naik bolehlah dibakar..

Dah siap..




Rabu, 12 Disember 2012

Remuk hati ku...!!!

      Remuk hatiku seremuk kereta aku ini.. Semalam sewaktu aku berhenti menunggu lampu merah seperti kereta2 yang lain disimpang empat Carrfour Wangsa Maju, dalam keadaan hujan yang renyai2 itu, tiba-tiba sebuah kereta Kembara meleju hentam belakang kereta aku. katanya brek kereta dia tiba-tiba je tak makan..sorb..sorb. Aduh! Terus aku terbayang macam mana ni, tak ada kereta sebulan dah tentu!!! 
      Mana taknya.. ni la satu-satunya benda yang terpenting sekali dalam hidup aku ini. Ketiadaanya menjadikan aku sengsara kesana-kemari..mencari & memikir jalan pulang..he..he.. Yela...aku kerja ada syif..bila kerja pagi, keluar rumah gelap gelita nak tunggu teksi lagi. Kalau keluar lambat kang jalan jem, tah berapa RM lak aku nak kena bayar, balik kerja lagi. Bila kerja petang...kang nak balik malam2 naik teksi risau gak sengsorang ni... Sekolah nak buka tak lama lagi, barang2 Sekolah belum siap lagi, macamana la aku nak bawa anak2 aku tu pergi.
     Apapun alhamdulillah aku bersyukur sangat2 pada Allah sebab tak ada apa-apa kecederaan yang aku alami, selain kereta aku yang mau2 sebulan kat Produa tu... 'Ya allah...permudahkanlan segala urusan claim insurans aku tu & bukakanlah hati orang2 yang nak repair kereta aku tu agar kereta aku siap sebelum Sekolah buka nanti..amin..amin..amin..huk! .huk! huk!


Walaupun Kereta Viva aje..
ni je la..kekasih sahabat & teman aku.
(macam lagu Aisyah lak..he..he..)





Rabu, 5 Disember 2012

Harapan - Faizal Zainal

Isnin, 3 Disember 2012

Sepah The Movie ' Bukan biasa-biasa'..

      Dah hampir sebulan Sekolah bercuti, aku tak kemana-mana lagi dengan anak-anak. Anak2 pun dah boring 'katak' duk kat rumah, asyik menalipon dari rumah neneknya "bila nak jalan2 ni?". Insyaallah lah anak2 ye..ujung minggu ni ummi dah minta cuti so berjalanlah mengikut kemampuan &  mengikut tenaga korang sampai korang letih! Tapi untuk sementara waktu ni ummi bawa pergi IOI mall tengok wayang dulu ye sebelum ummi kerja petang ni.. Abby tak habis2 asyik menalipon ummi je nak tengok Sepah The Movie. 
      Sepah The Movie?! Hmmm.. cerita dia ok la.. cerita yang ringan, tapi korang gelak gak la sepanjang cerita tu..walaupun aku tension dengan lakonan heroin tu. Tapi tak la macam cerita 'Ngorat' tu.. aku?! usah kata nak gelak...senyum pun tak walaupun ada Aaron Aziz! Kalau korang nak pergi menonton Filem tu tak de hal lah! boleh lah nak menghiburkan hati..best gak tu! he..he..buat promosi lak!

Aku mengangkut 2 orang anak buah aku bawa sekali..


Muka2 yang kesukaan dapat keluar dari rumah jap..ha..ha..


 


Sempat gak singgah tgk movie 6D ni kat ioi tu..
aku memang tak suka tgk 3D ke, 6D ke..sbb aku pening..
 nasip baik 10min je, tu pun rm60 utk 6org..
jadi ler...


 

Kalau dah sampai ioi ni..abby mesti nak naik benda alah ni...


anak buah..shida.


 

bergambar dgn hiasan untuk krismas di ioi thn ni..

 

 

 di Diy shop ioi..


Ni aku letakkan trailer Sepah The Movie tu untuk preview korang..



Jumaat, 30 November 2012

Pengat Durian!

      Amboi..sedapnya Pengat Durian.. Alhamdulillah.. berjaya juga aku makan Pengat Durian ni.. Ni Mat Gebu punya penangan la ni, semalam tengok blog Mat Gebu buat Santan durian  sampai terliur. Nasip baik malam ni ada Pasar Malam, apa lagi bergegas la pergi beli, balik kerja je terus buat.. Ahhhh..sedapnya...kalau ada pulut sedap gak ni, tapi tak pe, cicah dengan roti..makan tak ingat!!! Bangun pagi terus sakit kepala! Agaknya panas sebab makan durian banyak sangat..
      Tapi tak pe... janji aku dapat makan Pengat durian tu...so tak la aku duk teringat-ingat Santan Durian Mat Gebu tu..ha..ha.. Walaupun buat pengat tu korang dah tau..tapi aku nak juga bagi resepi aku..hi..hi..

Pengat Durian Aku..



Ni je yang aku dapat.. jadi ler!!!


 Bahan & caranya:-

-Santan kelapa mengikut banyak & pekat yang korang nak,  masukkan dalam periuk.
-Campur 1 ketuk gula melaka (kalau nak warnanya gelap sikit, pakai gula merah)
-Masukkan sedikit garam dan gula pasir mengikut citarasa korang.
-Masukkan daun pandan & durian tadi.
-Kacau sampai larut gula tu, tunggu menggelegak sikit, tutup api.
-Dah siap, bolehlah menikmatinya...

Semua bahan yang telah dicampurkan..


Dah siap!!!
Pengat Durian Aku..







Khamis, 29 November 2012

Sicilian Yogurt Orange Cake

     Dah beberapa hari aku tengok buah oren dalam peti ais aku ni tergolek-golek je seorang pun tak peduli. Kalaulah buah oren tu dah berpotong.. alamatnya tinggal pinggan je dalam peti ais tu!!
     Senang2 aku buat kek je.. semalam aku dah tanya bos aku resepi kek oren yang paling sedap sekali. Dia dah bagi tau dah, buat Sicilian Orange Kek, dia dah buat beberepa kali dah...paling gebu, paling lembut dan paling beroren sekali. Bos aku!.. tanya je apa kau nak masak! resepi mana yang sedap! nanti dia bagi la yang mana2 resepi yang dia dah penah try...gerenti seperti yang digambarkan! Tapi ni memang Kek Oren yang 'terbaikkk' yang aku pernah makan..hu..hu..
     Nak resepinya?! Nin diaaaa!!!

  Sicilian Yogurt Orange Cake


 Separuh aku masukan dalam cup.

 RESIPI SICILIAN ORANGE YOGURT CAKE

Bahannya


250 gm selfraising flour
250gm butter

250gm
gula caster
4 biji telur M

1 bekas yogurt
(140ml) 

85ml jus oren serta kulitnya yang diparut
1 sudu teh esen vanilla

cara:

1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Pukul butter serta gula kastor hingga kembang gebu.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu.pukul lg hingga kembang sebelum dimasukkan parutan oren,jus oren serta yogurt. kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan tepung Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 adunan tadi cukup sekadar rata. Pastikan semuanya sebati.
6. Bakar adunan selama lebihkurang 45-50 minit (ikut oven memasing).
7.Bila sejuk bolehla dihias kek dgn aising @ orange glaze ikut suka.

Icing :

125 g icing sugar
5 tsp orange juice


Lepas pukul butter, masukan telur satu persatu...


Masukan tepung, kacau pakai tangan je..

Aku masukkan separuh tepung tu dalam cup..

 Ni yang dah siap bakar..


 Dan siap dihias.. arrr.. ni aku nak bawa tampat keje!


Sebelum dibakar..


 Selepas dibakar..


Tada!!! dah siap.. jemput makan!