Pengikut

Rabu, 13 November 2013

Simple Kek Tiramisu Utk Birthday Abby & Mak.

      Simple Tiramisu Cake ni aku pernah buat dulu masa Birthday Ayah & Shasha..lama dah tak buat Kek ni. 6th November yang lalu Birthday Abby & Mak..so aku pun merajinkanlah diri untuk membuat Kek Tiramisu ni.. Resepi Kek ni bolehlah tengok link kat sini yeh..


Tiramisu Kek aku.
Jgn pandang rupa tau..Ni tangan cucu2nya la ni..
 

Mak & Abby..










Dah buat tgh malam..ni la jdnya..

Selamat hari lahir... 

Hadiah dr Baba Abby..mcm x caya je..


Jumpa lagi!!!



Jumaat, 8 November 2013

Orchid Bistro

      Assalammualaikum..hari ni aku nak share pasal tampat makan yang aku pergi ni... 1st time aku masuk Restoran ni, selalu lalu tengok2 je, bukan jauh pun..kat dalam Aeon Big Wangsa Maju tu je..saje je nak menerai. Tempatnya ok la..makan pun sedap, harga pun berpatutan, yang penting makanan cepat sampai beb! Paling best sekali, kadang kan korang lepas Shopping, pastu barang lak penuh dalam Troli tu?! nanti diorang take care korang punya Troli! siap susun lagi..sesetengah tempat tu Troli Tak boleh masuk kan?! Kiranya tempat ni masuk dalam list aku.. 'List tempat-tempat yang akan aku kunjungi lagi'  Apa pun enjoi!!!

Antara menu yang ada di Orchid Bistro..

Air sudah sampai!!!

Erna punya, Lemon Chicken (aku rasa la..lupa lak namanya..) 
dgn Nasi Putih..

Ni aku punya..Grill Chicken Chop with Black Paper Souce..

Shasha punya..Chicken Chop dgn Sos Black Paper..

Abby?! mana2 pun cari Fun Fries & Nugget je!


Okay la kan!!!
Jumpa lagi..


Isnin, 28 Oktober 2013

Simen Abby kena tukar!!!

       Arhhh! Simen di tangan Abby kena tukar pulak..! Hmmm... disebabkan imbasan X-ray menunjukkan Tulang Abby tak bercantum elok lagi walaupun sudah dua minggu Abby memakainya, Doktor membuat keputusan untuk membuka semula Simen yang lama itu, kemudian pasang yang baru. Lagipun Simen lama tu dah retak dihujung & di siku Abby..budak la katakan..mana nak duk diam, tu la jadinya..

Abby relaks je..dah tak takut nak kena Simen.. 


Lepas menunggu lama kat Hospital tu..ni la upahnya..



Kek Gula Hangus Sehagus Hatiku..

      Ahhhh!!! Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Lebah aku yang tak bersarang..huaaa..huaaa.. Kek ni Aku buat masa Raya Haji yang lalu..tetiba je Mak kata "teringin lak makan Kek Gula Hangus, kau pandai buat tak?" Hehmmm..aku tak minat la Kek ni. Tapi dah mak teringin, bergegas la aku survey resepi kat Blog2 kegemaran aku..salah satunya blog yang ini.. Bukan salah resepi Kek Aku tak bersarang, salah aku la tu, masa aku pukul telur tu..aku dah tengok dah telur tu macam masuk angin sebab dia tak berapa nak naik, tapi aku belasah je teruskan. Alih2...ini la rupa Kek Sarang Lebah aku..tapi untuk 1st time kira ok la kan.?! Yang penting Mak aku dapat makan gak Kek ni..alhamdulillah...

Kek Gula Hangus Aku..
 

Tepung dah diayak!

Resepi Kek Gula Hangus:

Aku malas nak taip ye..aku copy paste je dari blog Mat Gebu ni.. boleh kan?!

BAHAN "A" :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega
BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
2.      Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).

3.        Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.

Gula dah disukat!

Dah pun Karamel Gula..!

 Masukkan Butter! sejukkan!

Pukul telur..ni yang aku spoil kot! arhhhh!!!

 Dah sejuk..bolehlah dihidangkan.. 


Bye..jumpa lagi..


Sabtu, 26 Oktober 2013

Puding Triffel Lagi..

     Puding Triffel lagi?!!! haaaah...kan aku dah cakap...bila dah makan Triffel ni mesti nak lagi. Kali ni aku buat jeli tu perisa Strawberry pula..pastu aku packing siap2 dalam bekas senang, aku bagi je terus kepada orang2 yang berkenaan he..he.. Resepi klik di Sini ye..

Puding Triffel Aku..


Kek dah letak, Kastard pun dah letak, Cocktail Fruit pun dah tabur, tinggal tunggu jeli je..

Jeli dah masak..


 Tuang atas Kastard tadi..

Dah siap.. 

 Sedia untuk Penghantaran..ha..ha..

Bye..Jumpa lagi..

Jumaat, 25 Oktober 2013

Cucur Sayur Untuk Minum Petang...

      Jom minum petang dengan Cucur aku ni?! Ini Cucur Sayur2..sempoi je..aku buat berdasarkan apa saja bahan yang ada kat dapur tu. Tapi aku memang suka makan cucur, segala jenis cucur lah yang ada..aku memang suka, terutamanya bila ada kuah lada..bukan sos cili tau..aku nak sos yang home made ye.. Cucur Sayur! hmmm... macam gempek je namanya..sebenarnya sama je bahan2nya, cuma Cucur aku mesti letak kentang yang dipotong dadu, tak kira la Cucur apa..ikan bilis ke, Udang ke, telur ke, kentang misti ada. Jom layan Cucur aku..

Cucur Sayur & Luah Lada Aku ..

 Antara bahan yang ada dalam Cucur aku..
jagung, ubi kentang, daun bawang, cili masak, telur & udang sebagai rencah.





Petua yang aku ada..
Letak sedikit minyak yang betul2 panas ke dalam adunan tepung tadi, tujuannya untuk lebih ranggup kot! Jadi setiap kali aku buat Cucur, dah jadi kebiasaan aku akan letak nyer..  

Kacau sebati..goreng hingga kekuningan..

 Jemput minum!!!


Bye..bye..jumpa lagi..

Khamis, 24 Oktober 2013

Ketupat Palas Mama...

    Ketupat Palas Pertama ku ni resepi Mama..Mak Bos aku..tapi Bos aku la yang ajarkan, dari cara masak, sukatan & cara nak ikatnya, siap ambil video lagi (takut lupa beb). Aku saje masukkan kat post aku ni bukan apa, senang aku nak rujuk balik bila resepi hilang ke, malas nak cari, senang tengok kat blog je he..he.. Sebenarnya dari Raya Puasa yang lepas lagi nak buat, tapi tak berkesempatan nak membuatnya, daun dah beli...tapi kering begitu je sebab tak sempat nak buat. Maklumlah..aku seorang je pun yang nak mengulitnya nanti..no assistant meh! Nasib baik ada satu Raya lagi, dapatlah aku mempraktikkan cara nak membuatnya.. nasib jadi (aku rasa la)..hu..hu.. Tq Mama..korang nak tau ke cara Ketupat Palas Mama ni?! layan ni ye..


Inilah rupa Ketupat Palas Aku..

Cara Mama:- (sebijik yg mama bg tau)
(ni korang budget sdri la tau banyak mana nak masak.)

untuk 1kg beras pulut (dalam 5 pot susu cap junjung yg kecil)
santan 5 pot tu juga
jagung 2-3 tongkol (kalau suka letak la)
4 sudu kecil kfc garam

-mula2 rebus santan & jagung hingga mendidih
-masuk beras pulut, masak sampai 3/4 masak
-dah sejuk balut dengan daun palas 
-bila nak makan, kukus atau rebus hingga pulut betul2 kembang & masak

Nak operasi dah ni! hyah! hyah!

Okay la kan utk 1st time..

Siap pun..

Bolehlah di kukus atau di rebus..

Ta'da..dah siap!

Saja nak share..nasi impit pun aku buat juga hari itu..


Kuah kacang aku..
Goreng kacang tanpa minyak hingga masak, dah sejuk buang kulit & kisar kacang tersebut.

Blander semua bahan2 dibawah.. masukkan udang kering untuk rencah..

Tumis bahan blander hingga wangi, masuk cili giling mengikut kepedasan yg korang suka, dah garing cili tu, masuk kacang & air, tambah garam & gula secukupnya..dah pekat bolehlah ditutup apinya.


Bye-bye..