Pengikut

Isnin, 28 Oktober 2013

Simen Abby kena tukar!!!

       Arhhh! Simen di tangan Abby kena tukar pulak..! Hmmm... disebabkan imbasan X-ray menunjukkan Tulang Abby tak bercantum elok lagi walaupun sudah dua minggu Abby memakainya, Doktor membuat keputusan untuk membuka semula Simen yang lama itu, kemudian pasang yang baru. Lagipun Simen lama tu dah retak dihujung & di siku Abby..budak la katakan..mana nak duk diam, tu la jadinya..

Abby relaks je..dah tak takut nak kena Simen.. 


Lepas menunggu lama kat Hospital tu..ni la upahnya..



Kek Gula Hangus Sehagus Hatiku..

      Ahhhh!!! Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Lebah aku yang tak bersarang..huaaa..huaaa.. Kek ni Aku buat masa Raya Haji yang lalu..tetiba je Mak kata "teringin lak makan Kek Gula Hangus, kau pandai buat tak?" Hehmmm..aku tak minat la Kek ni. Tapi dah mak teringin, bergegas la aku survey resepi kat Blog2 kegemaran aku..salah satunya blog yang ini.. Bukan salah resepi Kek Aku tak bersarang, salah aku la tu, masa aku pukul telur tu..aku dah tengok dah telur tu macam masuk angin sebab dia tak berapa nak naik, tapi aku belasah je teruskan. Alih2...ini la rupa Kek Sarang Lebah aku..tapi untuk 1st time kira ok la kan.?! Yang penting Mak aku dapat makan gak Kek ni..alhamdulillah...

Kek Gula Hangus Aku..
 

Tepung dah diayak!

Resepi Kek Gula Hangus:

Aku malas nak taip ye..aku copy paste je dari blog Mat Gebu ni.. boleh kan?!

BAHAN "A" :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega
BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
2.      Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).

3.        Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.

Gula dah disukat!

Dah pun Karamel Gula..!

 Masukkan Butter! sejukkan!

Pukul telur..ni yang aku spoil kot! arhhhh!!!

 Dah sejuk..bolehlah dihidangkan.. 


Bye..jumpa lagi..


Sabtu, 26 Oktober 2013

Puding Triffel Lagi..

     Puding Triffel lagi?!!! haaaah...kan aku dah cakap...bila dah makan Triffel ni mesti nak lagi. Kali ni aku buat jeli tu perisa Strawberry pula..pastu aku packing siap2 dalam bekas senang, aku bagi je terus kepada orang2 yang berkenaan he..he.. Resepi klik di Sini ye..

Puding Triffel Aku..


Kek dah letak, Kastard pun dah letak, Cocktail Fruit pun dah tabur, tinggal tunggu jeli je..

Jeli dah masak..


 Tuang atas Kastard tadi..

Dah siap.. 

 Sedia untuk Penghantaran..ha..ha..

Bye..Jumpa lagi..

Jumaat, 25 Oktober 2013

Cucur Sayur Untuk Minum Petang...

      Jom minum petang dengan Cucur aku ni?! Ini Cucur Sayur2..sempoi je..aku buat berdasarkan apa saja bahan yang ada kat dapur tu. Tapi aku memang suka makan cucur, segala jenis cucur lah yang ada..aku memang suka, terutamanya bila ada kuah lada..bukan sos cili tau..aku nak sos yang home made ye.. Cucur Sayur! hmmm... macam gempek je namanya..sebenarnya sama je bahan2nya, cuma Cucur aku mesti letak kentang yang dipotong dadu, tak kira la Cucur apa..ikan bilis ke, Udang ke, telur ke, kentang misti ada. Jom layan Cucur aku..

Cucur Sayur & Luah Lada Aku ..

 Antara bahan yang ada dalam Cucur aku..
jagung, ubi kentang, daun bawang, cili masak, telur & udang sebagai rencah.





Petua yang aku ada..
Letak sedikit minyak yang betul2 panas ke dalam adunan tepung tadi, tujuannya untuk lebih ranggup kot! Jadi setiap kali aku buat Cucur, dah jadi kebiasaan aku akan letak nyer..  

Kacau sebati..goreng hingga kekuningan..

 Jemput minum!!!


Bye..bye..jumpa lagi..

Khamis, 24 Oktober 2013

Ketupat Palas Mama...

    Ketupat Palas Pertama ku ni resepi Mama..Mak Bos aku..tapi Bos aku la yang ajarkan, dari cara masak, sukatan & cara nak ikatnya, siap ambil video lagi (takut lupa beb). Aku saje masukkan kat post aku ni bukan apa, senang aku nak rujuk balik bila resepi hilang ke, malas nak cari, senang tengok kat blog je he..he.. Sebenarnya dari Raya Puasa yang lepas lagi nak buat, tapi tak berkesempatan nak membuatnya, daun dah beli...tapi kering begitu je sebab tak sempat nak buat. Maklumlah..aku seorang je pun yang nak mengulitnya nanti..no assistant meh! Nasib baik ada satu Raya lagi, dapatlah aku mempraktikkan cara nak membuatnya.. nasib jadi (aku rasa la)..hu..hu.. Tq Mama..korang nak tau ke cara Ketupat Palas Mama ni?! layan ni ye..


Inilah rupa Ketupat Palas Aku..

Cara Mama:- (sebijik yg mama bg tau)
(ni korang budget sdri la tau banyak mana nak masak.)

untuk 1kg beras pulut (dalam 5 pot susu cap junjung yg kecil)
santan 5 pot tu juga
jagung 2-3 tongkol (kalau suka letak la)
4 sudu kecil kfc garam

-mula2 rebus santan & jagung hingga mendidih
-masuk beras pulut, masak sampai 3/4 masak
-dah sejuk balut dengan daun palas 
-bila nak makan, kukus atau rebus hingga pulut betul2 kembang & masak

Nak operasi dah ni! hyah! hyah!

Okay la kan utk 1st time..

Siap pun..

Bolehlah di kukus atau di rebus..

Ta'da..dah siap!

Saja nak share..nasi impit pun aku buat juga hari itu..


Kuah kacang aku..
Goreng kacang tanpa minyak hingga masak, dah sejuk buang kulit & kisar kacang tersebut.

Blander semua bahan2 dibawah.. masukkan udang kering untuk rencah..

Tumis bahan blander hingga wangi, masuk cili giling mengikut kepedasan yg korang suka, dah garing cili tu, masuk kacang & air, tambah garam & gula secukupnya..dah pekat bolehlah ditutup apinya.


Bye-bye..


Sabtu, 19 Oktober 2013

Puding Triffel Aidil Adha.

      Puding Triffel ini aku hidangkan pada hari Raya korban yang lalu. Sangat mendapat sambutan ahli keluarga. Pada mulanya semuanya kata "apa ni?!"..."Triffle apa?!"..."buat dari apa?!".."sedap ke?!"...arrrr!!! banyak betul soalan yang aku kena jawap. Bila dah sumbat kat mulut diorang barulah kata "hmmmh...sedap la". Baru la aku rasa seronok sikit sebab dapat buat benda yang mereka terima & yang penting mereka suka makan.
     Resepi ni aku ambil dari majalah Rasa ke?!..Saji ke?! tak ingat la..tapi memang syukur sangat sebab resepinya sedap & sukatan serta arahanya menjadi.. Nak tengok resepinya?! nanti layan ye...

Puding Triffel

Bahan2nya:-

2 gulung kek swiss roll pandan (aku guna kek span pandan je)
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
2 biji telur
1 tin buah-buahan koktel
1 kotak jeli (aku guna perisa pandan)
1 cawan air
secubit garam

Cara2nya:-

-potong kek & susun dalam bekas kaca
-tuang susu, telur,air buah koktel ke dalam periuk.
-masukkan tepung, gula & secubit garam & masak pekat & berkilat
-bila dah pekat tuang atas kek tadi & ratakan
-taburkan buah2an koktel tadi & biarkan sejuk sebentar
-dalam periuk lain, didihkan  jeli mengikut arahan pada kotak jeli.  setelah larut, tuangkan atas buah2an  koktel dalam bekas kaca tadi,  setelah sejuk bolehlah dihidangkan.


Kek Span yang telah disusun.

Kacau sehingga tepung kastard pekat & likat.

Tuang atas Kek tadi, taburkan buah2an Koktel dah sejuk barulah tuang jeli yang dimasak tadi.

Ta'da!!! Inilah rupa Puding Triffel aku..



Jumpa lagi...


Sabtu, 12 Oktober 2013

Abby Beraya Dengan Tangan Simen..

      Abby Raya Haji dengan tangan bersimen?!!! Sebenarnya dah 2 minggu Abby jatuh waktu aktiviti Persatuan di sekolahnya. Waktu tu tengok keadaan dia macam ok je so ingat tak de apa2 la yang serius. ( Abby memang jenis diam, sakit pun suka menahan je, orang buat dia pun dia diam je tak pun melopong je dia.. hmmm..risau lak ) Lepas tu, alih2 lepas 2 minggu tengok keadaaan tangan dia macam tu gak, huh! tak boleh jadi ni.. terus bawa Abby ke Hospital bahagian kecemasan. Doktor tengok je terus suruh pergi x-ray, apalagi.. kena simen la Abby...
       Mulanya bila aku kata nak ke Hospital check tangan dia je..dah gundah hatinya..kesian lak. Tapi bila aku terangkan satu persatu prosedurnya, ye la x-ray tu tak sakit macam ambil gambar je, lepas tu simen tu umpama macam dia tengok aku letak Krim atas Kek la, sejuk je.( ha..ha..samakan dengan kek lak) baru la Abby ok.. Dua minggu lagi jumpa Doktor, harap tangan Abby memberi respon yang baik. Semoga cepat sembuh Abby sebab tak lama lagi nak Periksa Akhir Tahun ni tau... love u sayang ummi. 

Wajah Abby selepas simen

Sewaktu Pegawai bertugas memasang simen di tangan Abby..