Pengikut

Sabtu, 31 Mei 2014

Jalan-jalan cari makan

      Assalammualaikum, hari ni nak lunch di kedai makan Upin & Ipin la. Dah lama Abby ajak makan kat sini, tapi duk pikeur apa ada kat sana?!! Sempena cuti Sekolah ni, baru lah aku berkesempatan untuk bawa Abby makan disini. Kalau ikut menu..makanan disini macam2 ada..western..masakan kampung..dari dapur Opahlah katakan. Tapi waktu aku pergi sini.banyak yang tak ada, Abby nak Nasi Lemak tak ada, Roti Milo pun tak ada, sudahnya kami makan yang ini la..Layan Albun kami ni nanti ye.. Harga biasalah, standard Restoran..rasanya pun biasa2 sahaja..bagi aku makan disini.. hmmm..1st & last kot!!


Kedai makan Upin & Ipin..

Kanak2 memang suka la pergi sini..
Abby tak habis2 ronda tgk barang2 Upin & Ipin ni..




Ni la makanan Abby!

Ni tentulah Shasha punya..

Aku punya! Daging Black Pepper..arghhh!


Bye-bye!



Isnin, 26 Mei 2014

Kek Marble Trio Aku..

      Kek Marble Trio! Kek ni pun dah biasa aku buat dulu. Hari ni aku buat untuk bagi kat kawan sebiji, untuk Shaha di asrama sebiji. Setakat ni kalau aku nak buat Kek Marble..tak lain dan tak bukan ini la resepi Kek Marble yang terbaik yang aku pernah buat.. Sayang orang yang mencipta & berkongsi resepi Trio Kek Marble ni..ha..ha..


Kek Marble Trio Aku..

Resepi aku Copy Paste je la ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega hingga kembang, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  2. Dalam mixing bowl yang lain, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima-lima biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan  yang pertama tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau, pastikan hujung pisau sampai ke dasar adunan.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

* Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan sebelum membakar kek.















Tada! sila cuba ye..


Jumpa lagi!
Bye-bye!





Sabtu, 24 Mei 2014

Kek Kukus Coklat Lapis Cheese Cream..

      Kek ni aku buat lama dah.. masa Hari Ibu yang lepas.. Ni Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Cream yang tah keberapa aku buat pun  aku tak tau..pemintaan tinggi beb untuk kek ni. Selagi dorang tak boring buat la ye!! Layan Album aku ni..resepi korang boleh tengok kat link ni ye..atau di link ni..


Krim Coklat ni aku tambah sendiri..aku ambil dari resepi hana family..
korang boleh tengok kat link ni..terbaekkk!













Bye-Bye..




Rabu, 21 Mei 2014

Pemain Badminton Negara!!!







Khamis, 15 Mei 2014

Godzilla

   
   Semalam aku tengok filem godzilla..salah satu filem yg aku nantikan tahun ini.. Aku masih ingat lagi filem Godzilla yang lama dulu..best woo..aku memang suka cerita tu. Skrip yang aku paling ingat dalam cerita tu ialah "gojira" scene masa orang jepun tu cakap dia nampak Godzilla..masa tu dia kat hospital sakit jiwa ke apa tah..tak ingat la..
      Tapi Godzilla semalam kelakar la..baik lak Godzilla tu siap tolong manusia daa! Pastu tengok Godzilla tu lawan dengan Muto tu rasa macam tengah tengok cerita Ultraman lak.. Lambat lak tu Godzilla tu nak kuar..skrip pun tak kuat beb.. Apa pun bolehlah untuk menghiburkan & melupakan masalah sekejap..ha..ha..








filem yang bakal  kami 
tonton..




Selasa, 13 Mei 2014

Uniform Baru Wei....

      Assalammualaikum..hari ni nak tunjuk kat korang baju Uniform baru kami ni!!! 

Tada!!!
 Sekali macam BN daaa..! 

Macam Panca Sitara daa...