Pengikut

Ahad, 30 November 2014

Cuti Sekolah Akhir tahun 2014 part ll

      Assalammualaikum..Jangan mara arrr..hari ni aku nak masukkan kenangan aku dan anak2 bercuti akhir tahun 2014 bahagian kedua ye. Masih lagi di sekitar Port Dickson..tempat yang sangat dekat dan senang dengan aku. Masa aku terhad ketika ini..Ada masa boleh edit lagi ye.. Layan Album cuti Sekolah aku ni ye..












Jumpa lagi..


Sabtu, 29 November 2014

Kek Marble Cheese Kukus II

Assalammualaikum...aku masih lagi belum menggantikan mixer aku yang dah rosak itu.Hu..hu. Tapi disebabkan aku teringin lagi makan Kek Marble Cheese Kukus ni..aku buat gak lagi hari ni.. Tada..dah siap..alhamdulillah ahhh...nikmatnya. Layan Album aku ni ye..hu..hu.

Kek Marble Keju Kukus Aku..


Bahan-bahan 

*5 keping slice cheese (aku pakai 6 keping)
*1/2 cawan susu cair
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 penutup esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

-panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api, biarkan suam.
-masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur.
-pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi, masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla.
-bahagi kpd 2 bahagian, 1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin. 
-lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble, da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

sekali pinggan Dutch lady daa...ha..ha.




Jumpa lagi...


Rabu, 26 November 2014

Nasi Kukus Ayam Panggang at Cowboy Place Port Dickson

      Assalammualaikum...alhamdulillah tengah hari tadi dapat juga kami merasa makan Nasi Kukus Ayam Panggang yang banyak geng2 semua cakap kat Teluk Kemang tu. Fuhhh!!!  Memang bagai yang dikata..memang sedap.. bagi aku setakat ni, Ayam Panggang ni la yang paling sedap yang aku penah rasa.. Rasanya tak muak walaupun makan bahagian isi tu..semua secukup rasa..harga pun biasa..macam kat K.L gak. Anak2 selalunya kalau order makan nasi ayam ke..apa2 ayam ke selalunya tak penah yang habis. Tadi masa aku ajak makan Nasi Kukus Ayam Panggang ni..semua tunjuk muka boring. Bila dah makan sedap lak katanya.. sampai korek2 lagi cari isi ayam kat tulang2 tu..memang puas hati. Selalu kita dengar Nasi Kukus Ayam Panggang..mesti dimakan dengan kuah yang macam kari & kuah cili tu kan?! Tapi yang ni..makan dengan sup kosong & sos Ayam Panggang tu. Mula2 aku tengok tadi macam nak benggang je..ye la tak de kuah & tak pedas beb! Tapi bila dah makan tu..Hmmm aku lupakan je tang nak marah tu...sebab makan sedap tak henggat beb!!! Ha..ha..  Lagipun kalau makan dengan kuah2 tu semua..hilanglah keaslian Ayam Panggang tu kan?! Cewah..iklan..iklan..tak caya cer try nanti ye. Layan Album aku ni ye..

Penah nampak kan!

Ni team nasi kukus ayam panggang..

Tengok ni! geramkan!








Jumpa lagi

Cuti Sekolah Akhir tahun 2014

      Assalammualaikum..cuti Sekolah Akhir tahun dah tiba..apa korang punya plan? Peningkan memikirkannya... Nak bawa jauh2 duit macam tak berapa nak ada lak tu..cuti pun ala2 ada tak de je ni.. Kalau tak dibawa berjalan kang..muka macam happy tak happy je ditunjuknya sepanjang cuti Sekolah ni.. Hmmm...memandangkan anak yang sulong punya cuti semester sampai hujung bln ni je..terpaksalah aku cuti awal sikit. So lepas kami bercuti ni kang..aku teruslah hantar dia ke kamsisnya.
      Distinasi kali ni.....biasalah..tempat yang senang aku nak bawa..Port Dickson!!! Ha..ha..tu je tempat yang senang & dalam tangan aku je kalau aku nak pergi. Tu pun macam tak cuti.. kejap pergi bank bayar yuran pengajian..pastu pergi cyber cafe lak daftar & tengok dah boleh print ke tak.. Pastu cari barang2 keperluan lak..hari tu tak sempat aku nak sediakan sebab dorang pun baru balik bercuti dengan baba mereka.
      Harap anak2 enjoy dan dapat sedikit memori bersama keluarga setelah selesai setahun punya aktiviti pembelajaran mereka ye tak?! Harap mereka fresh dan ceria bila sesi persekolahan bermula nanti.. Dah ngantuk ni..Nak tidur dulu..esok sambung lagi. Layan Album cuti Sekolah aku ni ye..












Jumpa lagi..


Jumaat, 21 November 2014

Test! Test!



Sabtu, 15 November 2014

Kek Marble Cheese Kukus

       Nak cerita ni..Mixer aku dah melatup!!! Hwaaa...hwaaa.. Ia meletup sejurus lepas aku selesai membuat Birthday Kek untuk Mak & Abby minggu lepas..huk!huk! Tapi disebabkan aku dah lama geram sangat kat Kek ni..maka aku buat gak Kek ni menggunakan manual daaa. Lotih!!! lama dah tak buat keje cam ni. Hmmmm..sedapnya...walaupun Kek aku tak naik sangat..apa kesah! janji aku dapat makan hari ni..hu..hu. Terima kasih kat
izzah muffin lover, aku ambil resepi dari blog tu la...sedap & yang penting kukus beb..hu..hu..resepi copy paste je ye.. Layan Album Kek aku ni ye..

Kek Marble Cheese Kukus aku


 Bahan-bahan 

*5 keping slice cheese (aku pakai 6 keping)
*1/2 cawan susu cair
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 penutup esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

-panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api, biarkan suam.
-masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur.
-pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi, masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla.
-bahagi kpd 2 bahagian, 1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin. 
-lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble, da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

Tada! dah siap..



Jumpa lagi..


Khamis, 13 November 2014

Happy Birthday Mak & Abby

      November adalah bulan yang penuh dengan hari lahir ahli keluarga & kengkawan. Jenuh gak kalau nak calebrate sengsorang kan?! Contohnya ni..Mak & Abby berkongsi tarikh yang sama..iaitu pada 06hb November..so sambut sekali lah ye..baki birthday pada tengah & akhir bulan..kita wish2 je la ye..he..he. Sebenarnya bukan buat ape pun..simple2 je..ajak adik-beradik serta kawan tempat kerja je..tu pun adik-beradik tak semua yag dapat datang..ada yang jauh dan sebagainya..tapi tak pe..dimaafkan..ha..ha.
      So aku nak share Kek yang aku buat pada hari itu, patutnya aku buat 3 biji Kek..tapi masa tidak menyebelahi aku..untuk sambut Birthday orang yang ke 3..so lain kali lah ye.. Layan Album Birthday aku ni ye..



Untuk Kek aku menggunakan resepi yang biasa aku guna tu, untuk krim Red Velvet kali ini aku mencuba krim dari blog azie kitchen..memang terbaiklah..respon yang aku dapat memang bagai yang azie kata...Best Ever Cream Cheese Frosting..


Best Ever Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak (aku kurangkan sedikit gula aising tu..ikutlah manis yg korang nak)

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.















Jumpa Lagi..