Pengikut

Jumaat, 21 Februari 2014

City Of Digital Lights & Funworld Rides and Attractions Shah Alam.

      City Of Digital Light! hmm...memang penuh dengan...lampu!!! Hari tu kan seharian aku dan anak2 ke I-City! Pagi mandi di Waterpark, petang ke Snowalk, malam aku ke sini la..City Of Digital Lights & Funworld Rides & Attraction. Disebabkan aku memang dah parking kereta dalam I-City..so tengok lampu & games semua tu free la sebab aku jalan kaki je ke sana..dekat je. Kalau yang bawa kereta nak masuk kawasan tu..Rm10.00 untuk parking, masuk kawasan games free, nak main games tu semua baru la bayar menggunakan token.
       Disebabkan anak2 aku dah besar2 belaka semuanya..tinggal yang kecil tu je seorang, jadi kami pun hanya jalan2 menikmati pemandangan lampu-lampu tu sambil mengambil gambar. Next time kalau malam2 tetiba je rasa boring lak boleh la pergi sana jalan2. Kalau yang ada anak2 yang masih kecil tu lagi la best, tengok anak2 seronok main kat situ. 


Layan je la Album Aku ni ye..sambil klik2 la tabung tu..hu..hu.. 
















Ni kat bahagian Funworld Rides & Attractions.
Games dia biasa la, cam tempat lain gak, ble la try..
tapi makcik...takottttt!!


 Naik Pirate Ship ni je berani..
Abby & Danial ada naik Spacewalk Which Rm20.00 per cable Car..tapi lupa lak nak ambil gambar sbb sibuk makan..he..he.


Jumpa lagi!!!


Bye-bye..


ohh! ni la map i-city..



Rabu, 19 Februari 2014

Abby teringin jadi kecil semula kot?!




Khamis, 13 Februari 2014

I-City Snowalk Shah Alam.

      Assalammualaikum bloger2 semua..aku nak share pengalaman aku pergi ke I-City Snowalk masa cuti Sekolah pada tahun lepas. Ni la 1st time aku ke I-City Snowalk tu, kalau Waterpark tu dah beberapa kali dah la. Nak la merasa Snow-snow ni..nak ke oversea tah bila la pulak..best gak kat sini..cantik2 lampu & segala ais2 tu, anak2 semua suka sangat, tapi bagi orang yang macam aku ni..kalau nak pergi ke tempat2 yang sejuk nampaknya..tidak ler..aku memang tak tahan sejuk! Naik beku aku kat situ, sebab anak2 teringin nak pergi situ, aku kumpulkan segala tenaga & stamina maka aku pun gagahkan diri pergi ke sana..he..he. Anak2 & anak buah semua ok je..aku je la..bila dah sejuk sangat, aku keluar kejap, lepas tu masuk balik, budak yang jaga pintu tu gelak je tengok aku! abis..dah bayar tak kan nak masuk sekejap je.
      Sebenarnya I-City Snowalk ni aku pergi masa cuti Sekolah hari tu, seharian kami habiskan masa di I-City Shah Alam tu, pagi mandi kat Waterpark, petang kami pergi ke Snowalk, malam pulak City of Digital Light..yang ni nanti aku post ye..
      Tiket sekarang tak macam masa aku pergi dulu, dulu ada pakej mandi & Snowalk Rm55, sekarang kena beli asing2. So tiket ke Snowalk sebelum pukul 6.00pm Rm25.00 untuk dewasa, kanak2 Rm20.00 seorang. Selepas pukul 6.00pm tiket untuk dewasa Rm35.00 & kanak2 Rm30.00 seorang.(kalau aku tak silap la, maklumlah dah lamakan, lupa lak).



Layan Album2 Snowalk aku ni ye..
Baru masuk ni..cewah!

Baju sejuk disediakan, cuma kasut je kena sewa Rm10.00 seorang berserta stokin sekali.

Utk pengetahuan korang, kalau tak nak sewa kasut, pakai kasut yang bertutup kalau pakai stokin lg bagus.
kalau nak tunjuk terror slamber je nak pakai selipar macam anak aku tu, abis la korang, mengelupur lari keluar sewa kasut sebab kaki dah kebas tak boleh berjalan da!!! ha..ha..

Abby & anak buah..Daniel.


Try la semua benda yang ada kat sini!







Serik la naik benda ni, sakit badan2 aku! hu..hu..


















Ni kat bahagian luar..



Jumpa lagi!



Isnin, 3 Februari 2014

'Happy Birthday Ayah Yang Ke 72 Tahun...'

      Selamat hari lahir Ayah! semoga sihat selalu & dipanjangkan umur hendaknya..aminnn.. Hmmm..02hb Febuari yang lalu genap umur ayah 72 tahun. Alhamdulilllah..walaupun ada sakit itu & ini, tapi bersyukur kami kehadrat illahi..Ayah masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah ini lagi. 
      Tiada apa yang dapat aku berikan untuk meraikan hari lahir Ayah, selain Kek yang aku buat tanda ingatan & sayang aku pada Ayah..harap Ayah faham keadaan aku & betapa aku sayangkannya. 
      Hari yang sama juga aku buat juga Kek Untuk Shasha untuk Birthday nya yang lepas. Hari tu Kek yang aku buat untuk Shasha raikan bersama kawan2 Dormnya, kali ini untuk bersama kami sekeluarga. Untuk kedua-dua insan yang amat aku sayang ini..Selamat menyambut hari lahir!!!! 
      Layan gambar kenangan aku ni ye... Resepi?! tengok kat link je ye..(malas lak nak taip)..he..he..

Ayah & Shasha..susahnya nak buat Ayah senyum!!! ish!
 



Yang ni made dari tangan anak2 aku yang menconteng! 


Wajah kesayangan hamba..

 Jumpa lagi!
Bye-bye..